awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wabak norovirus tangguh aksi pembukaan hoki ais wanita Finland
Lakaran kaki Michelangelo dijual RM90 Juta, lebih 10 kali anggaran asal
Lebih 200 premis makanan terima pengiktirafan BeSS, 72 premis diarah tutup di Kelantan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu ISIL dan MH17 tumpuan utama perbahasan Perhimpunan Agung PBB

Bernama
Bernama
21/09/2014
23:17 MYT
Isu ISIL dan MH17 tumpuan utama perbahasan Perhimpunan Agung PBB
Dua isu - kekejaman ISIL dan insiden MH17 ditembak jatuh - jadi tumpuan perbahasan Perhimpunan Agung PBB.
Dua isu mengenai kekejaman yang dilakukan oleh Kumpulan Negara Iraq dan Jajahannya (ISIL) dan insiden pesawat Malaysia Airlines MH17 ditembak jatuh di timur Ukraine akan menjadi tumpuan utama perbahasan pada sesi ke-69 Perhimpunan Agung Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di sini.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang tiba di sini pada 7.30 malam (7.30 pagi Ahad di Malaysia) mengetuai delegasi Malaysia ke persidangan itu.
Insiden MH17 sekali gus akan mengalihkan perhatian kepada konflik Rusia-Ukraine dan ancaman yang ditimbulkan oleh puak pemisah yang disokong oleh Rusia di timur Ukraine.
Kedua-dua isu itu dibangkitkan pada Jumaat oleh Menteri Luar Australia Julie Bishop semasa perbahasan Majlis Keselamatan PBB (UNSC) peringkat menteri mengenai Iraq, yang dipengerusikan Setiausaha Negara Amerika Syarikat, John Kerry. (Pada hari itu juga, Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Anifah Aman berucap di UNSC).
Australia 'secara aktif terlibat' dalam kedua-dua isu seperti diberitahu oleh seorang pegawai Australia kepada Bernama yang tidak mahu namanya didedahkan. Malah, Bishop berkata tindakan ISIL menimbulkan ancaman bukan sahaja kepada Australia tetapi juga Asia Tenggara dan rantau lain.
Topic Berkaitan
#MH17
#MH370
#najib
#PBB
#Rosmah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan