awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
Kerajaan MADANI terus komited pacu kesejahteraan rakyat Sarawak - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu jawatan tetap jururawat di Sabah dibangkit di Dewan Rakyat

Bernama
Bernama
19/11/2020
08:41 MYT
Isu jawatan tetap jururawat di Sabah dibangkit di Dewan Rakyat
Mohamad menggesa KKM untuk meningkatkan jumlah tawaran perjawatan itu, bagi memaksimumkan sumber manusia bidang kesihatan di negeri berkenaan. - Bernama
KUALA LUMPUR:Isu melibatkan tawaran perjawatan tetap jururawat dan doktor di Sabah antara perkara yang dibangkitkan pada sesi perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2021 berkenaan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat, hari ini.
Datuk Mohamad Alamin (BN-Kimanis) menggesa Kementerian Kesihatan (KKM) untuk meningkatkan jumlah tawaran perjawatan itu, bagi memaksimumkan sumber manusia bidang kesihatan di negeri berkenaan.
Beliau mendakwa berlaku lambakan pelajar kejururawatan dan doktor di Sabah berikutan tidak ada penawaran perjawatan tetap sehingga KKM terpaksa menghantar pegawai perubatan dari Semenanjung untuk membantu pasukan perubatan Sabah mengawal penularan COVID-19.
"Ramai lulusan jururawat terpaksa berkerja di pasar raya kerana tiada penawaran tetap bagi jawatan jururawat. Perkara ini perlu diteliti sebagai persedian untuk memperkasakan sumber manusia bidang kesihatan sekiranya kita berdepan masalah seumpama ini (COVID-19) pada masa akan datang," katanya.
Beliau turut menggesa diwujudkan keselarasan dalam perancangan mengawal penularan COVID-19 antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri termasuk memudahkan proses perolehan peralatan perubatan.
Sementara itu, Yusuf Abd Wahab (GPS-Tanjong Manis) membangkitkan keperluan memperkasakan infrastruktur rangkaian jalan raya bagi kemudahan penduduk khususnya di kawasan pedalaman Sarawak.
Beliau berkata, walaupun rangkaian jalan dan jambatan sememangnya ada, namun masih banyak kemudahan diperlukan, terutamanya di kawasan yang mempunyai taburan kampung dan rumah panjang yang berselerak, misalnya di Bintangor, Sarikei dan Sibu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#Sabah
#Kementerian Kesihatan
#KKM
#perubatan
#undang-undang
#jururawat
#perjawatan tetap
#COVID-19
#kesihatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan