awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Isu jual aset TH terbukti fitnah' - Mujahid

Sinar Harian
Sinar Harian
02/05/2023
06:23 MYT
'Isu jual aset TH terbukti fitnah' - Mujahid
Mujahid membuat kenyataan berkenaan selepas tersebarnya video ceramah Ahmad Dusuki yang mendakwa aset TH dijual kepada orang bukan Islam. - Fail/FB Dr Mujahid Yusof Rawa
SHAH ALAM: Isu penjualan aset Tabung Haji (TH) kepada orang bukan Islam terbukti adalah satu fitnah, kata bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa.
Beliau berkata, ia susulan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Selasa telah menolak rayuan bekas Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas, Ahmad Dusuki Abd Rani yang kalah saman di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada 14 September 2022.
"Isu saya jual hotel TH terbukti di dua mahkamah satu fitnah!
"Terima kasih peguam, Norazmir dan akhirnya TH terbela daripada fitnah keji sesama Islam. Alhamdulillah," katanya menerusi ciapan di akaun Twitter miliknya pada Selasa.
Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini 2/5/23 tolak rayuan Dusuki yg kalah saman pd 14 Sept 2022 di Mahkamah Sesyen. Isu saya jual hotel TH terbukti di 2 Mahkamah satu fitnah! Tq peguam Norazmir, akhirnya TH terbela dari fitnah keji sesama Islam.. Alhamdulillah pic.twitter.com/OlGTyEAYBx
— Mujahid Yusof Rawa (@mujahidrawa) May 2, 2023
Pada 14 September 2022, Mahkamah Sesyen Shah Alam menolak saman fitnah dikemukakan Ahmad Dusuki Abd Rani terhadap Mujahid.
Saman fitnah itu berikutan kenyataan Mujahid di Twitter pada 22 November 2020 iaitu 'Seorang ustaz berdusta, berpuluh ribu jadi mangsa. Berlagak tahu segalanya akhirnya telan api fitnah dalam perut dia sendiri hingga kini tak pernah tarik balik pendustaannya'.
Mujahid membuat kenyataan berkenaan selepas tersebarnya video ceramah Ahmad Dusuki yang mendakwa aset TH dijual kepada orang bukan Islam. — Sinar Harian
Topic Berkaitan
#jual aset Tabung Haji
#Mujahid Yusof Rawa
#Ahmad Dusuki Abd Rani
#fitnah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan