awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Zelenskyy jumpa Trump esok untuk bincang usaha tamatkan perang dengan Rusia
Wanita cedera dihempap pokok tumbang di Kampung Pantai Sepat
Kronologi kes 1MDB dihadapi Najib
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu kartel: Tiada daging kanggaru, kuda dan babi ditemui

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
29/12/2020
07:46 MYT
Isu kartel: Tiada daging kanggaru, kuda dan babi ditemui
Kesemua daging yang disita telah dihantar ke Jabatan Kimia untuk proses ujian dan hasil keputusan mendapati tiada daging kanggaru, kuda dan babi. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR:Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengesahkan bahawa tiada daging kuda, kanggaru atau babi ditemui susulan rampasan di sebuah gudang di Senai pada awal bulan ini.
Timbalan Menterinya, Datuk Rosol Wahid memaklumkan perkara itu diperoleh hasil laporan pensampelan yang dilakukan oleh Jabatan Kimia.
"Apa yang dimaklumkan kepada kita bahawa (kononnya) ada daging kanggaru, kuda daripada apa yang disita tersebut.
"Kita tidak pilih-pilih, kita hantar semua sekali kepada Jabatan Kimia dan (Jabatan Kimia) telah beri laporan kepada kita bahawa tidak ada daging kanggaru, tidak ada daging kuda dan tidak ada daging babi daripada apa yang kita tersebut," katanya ketika menggulung perbahasan usul berkait isu kartel daging haram di Dewan Negara pada Selasa.
Selain itu, beliau menegaskan setakat ini sebanyak 53 negara dibenarkan mengimport daging beku ke negara ini termasuk dari China, Ukraine, Brazil dan Argentina.
Dalam perkembangan sama, Rosol berkata, kerajaan bersetuju dan menyokong penuh cadangan untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat isu penyeludupan daging yang menyalahgunakan logo halal.
Katanya, kerajaan memandang serius isu kartel daging haram yang menimbulkan keresahan dalam kalangan rakyat.
BACA: Isu kartel daging: KPDNHEP setuju supaya RCI ditubuhkan - Rosol
Topic Berkaitan
#Dewan Negara
#kartel daging
#Ukraine
#China
#daging babi
#daging kanggaru
#Kartel Daging Haram
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan