KUALA LUMPUR: Isu berkaitan kedudukan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang dikatakan diletak di bawah Majlis Raja-Raja serta jumlah bayaran balik hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan SRC International Sdn Bhd (SRC) oleh kerajaan, antara tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Menurut Aturan Urusan Mesyuarat dalam laman sesawang Parlimen, soalan berkaitan kedudukan JAKIM itu diajukan Abdul Latif Abdul Rahman (PAS-Kuala Krai) pada Waktu Pertanyaan Menteri yang mahu Perdana Menteri menjelaskan sama ada benar JAKIM kini diletakkan di bawah Majlis Raja-Raja sepertimana dilaporkan di dalam media.
Turut tersenarai, soalan M. Karupaiya (PH-Padang Serai) kepada Menteri Kewangan berkaitan jumlah yang dijelaskan oleh kerajaan untuk membayar balik hutang berkaitan 1MDB dan SRC International serta sumber kewangan yang digunakan.
Karupaiya juga ingin tahu mengenai jumlah nilai daripada setiap sumber berkenaan dan pembayaran itu dibuat atas nama siapa serta jumlah baki yang masih rakyat Malaysia berhutang.
Pada sesi soal jawab pula, Datuk Rubiah Wang (GPS-Kota Samarahan) meminta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menyatakan sama ada terdapat cadangan untuk mengekalkan Program Jualan Keluarga Malaysia khasnya, ketika musim perayaan di seluruh negara.
Selain itu, isu pengangguran belia (kategori umur 15-24 tahun) akan diajukan Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH-Port Dickson) yang meminta Menteri Sumber Manusia menjelaskan langkah segera kerajaan dalam menangani masalah itu yang kini berada pada tahap 13.7 peratus menurut perangkaan Tenaga Buruh Malaysia November 2021.
Datuk Seri Azalina Othman Said (BN-Pengerang) pula bertanyakan Menteri Dalam Negeri sama ada terdapat kematian dalam tahanan imigresen dalam tempoh lima tahun lepas dan langkah-langkah untuk menyiasat serta mencegah kejadian itu.
Selesai sesi tersebut, persidangan akan bersambung dengan sesi menggulung perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja melibatkan tiga lagi kementerian didahului dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia.
Dewan Rakyat bersidang hingga 24 Mac ini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 17 2022

Selesai sesi tersebut, persidangan akan bersambung dengan sesi menggulung perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja. - Foto fail

Pencemaran Laut | Komuniti nelayan diminta salurkan maklumat
Tuan Ibrahim meminta komuniti nelayan merakam video atau gambar dan menyalurkannya kepada pihak berkuasa sekiranya mengesan kegiatan pencemaran di laut. Ini bagi membolehkan tindakan undang-undang diambil terhadap pihak terlibat.

Kenaikan Harga | B40 & M40 akui tertekan
Kenaikan harga barangan memberi tekanan terhadap pelbagai lapisan masyarakat termasuk golongan B40 dan M40. Situasi itu lebih dirasai bagi mereka dengan tanggungan atau bilangan ahli keluarga yang ramai.

Pencemaran | 4,111 aduan pencemaran direkod dari Jan-Jun 2022
Sebanyak 4,111 aduan melibatkan pencemaran direkodkan dalam tempoh enam bulan bermula Januari hingga 30 Jun lalu. Menurut Menteri Alam Sekitar Dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man daripada jumlah itu lebih 80 peratus aduan diterima membabitkan pencemaran udara atau pembakaran terbuka.

Cacar monyet: Pesakit ada gejala berbeza daripada wabak sebelum ini - Kajian
Pesakit memberitahu kurang demam dan keletihan dan lebih banyak luka kulit di kawasan alat sulit mereka.

AWANI Ringkas: PH belum muktamad pembahagian kerusi PRU-15
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

COVID-19: Vaksin khusus Omicron mampu tingkat perlindungan - EMA
Keberkesanan vaksin telah terjejas apabila virus itu telah bermutasi.

Kem Badminton Astro: Ketua jurulatih masih tercari-cari bakat luar biasa
Chew Choon Eng mengharapkan lebih ramai pemain berpotensi di kem pemilihan Kuala Lumpur pada 16 dan 17 Julai ini.

COVID-19: 2,536 kes baharu, lima kematian direkod
Tiada kematian melibatkan kes di luar fasiliti hospital, 'brought-in-dead' (BID).

Lelaki maut motosikal terbabas, langgar lori sampah
Mangsa disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah di badan dan kepala selepas terseret kira-kira 40 meter.

Pengunjung pusat beli-belah maut dalam insiden tembakan
Polis enggan mengulas tentang motif suspek dalam kejadian ini dan jika dia mempunyai sejarah jenayah lampau.

Annuar nafi atur rancangan dengan Ismail Sabri rebut jawatan tinggi UMNO
Kata Annuar, beliau dan PM ada banyak tugas lain untuk dilaksanakan pada masa ini.

Tatacara penyimpanan barang kes SPRM perlu lebih sistematik - Dewan Negara
Ia bagi memastikan SPRM dapat meningkatkan kredibiliti sebagai agensi penguatkuasaan antirasuah yang lebih dihormati.

Azis Jamman sokong tindakan SLS, akan bawa isu geran khas Sabah ke Dewan Rakyat
Datuk Azis Jamman akan membawa pemberian khas 40 peratus kepada Sabah ke Sidang Dewan Rakyat Julai depan.

Speaker bukan ejen badan Eksekutif, tidak boleh dilihat seperti dikawal kerajaan - Mohamad Ariff
Konsep yang digunapakai sejak kemerdekaan ialah Demokrasi Berparlimen, perasingan kuasa antara Eksekutif, Legislatif, dan Kehakiman.

RUU Antilompat Parti: Kabinet sudah dimaklumkan cadangan pindaan - Wan Junaidi
Kata Wan Junaidi, tiada bantahan terhadap draf berkenaan dalam kalangan jemaah menteri seperti dicadang Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen

Shafie dakwa Muhyiddin ajak bergabung, cukup 'angka' untuk kembali jadi PM
Presiden Parti Warisan Malaysia (Warisan) itu berkata Muhyiddin memaklumkan bahawa beliau mendapat sokongan 119 ahli Parlimen di Dewan Rakyat yang mempunyai 222 anggota.

Isu MySejahtera: PAC akan bentang laporan di Dewan Rakyat pada Julai ini
PAC akan membentangkan laporannya berhubung prosiding Pembangunan dan Perolehan Aplikasi MySejahtera di Dewan Rakyat pada minggu pertama persidangan Parlimen, Julai ini.

Khairy ulangi gesaan agar RUU larangan merokok diluluskan
Undang-undang baharu itu akan menjadi pengakhiran kepada aktiviti merokok dalam kalangan generasi belia.

Lukisan Dewan Rakyat dipenuhi 'monyet, babun, katak' jadi pilihan Sultan Selangor
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj hari ini berkenan membeli sebuah karya seni lukisan selepas ia menarik perhatian Baginda.

Pembentangan RUU Pindaan Perlembagaan manifestasi politik lebih sihat - PM Ismail Sabri
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob justeru menzahirkan rasa puas hati dengan penyatuan Ahli-Ahli Parlimen pada Mesyuarat Khas Dewan Rakyat hari ini.