KOTA TINGGI: Isu kelewatan yang dihadapi 16 lokaliti Program Pembasmian Kemiskinan Tegar Keluarga Malaysia (BMTKM) Fasa Pertama akan diselesaikan minggu depan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata masalah tersebut akan diselesaikan sebelum bermulanya Fasa Dua BMTKM pada pertengahan bulan ini.
Beliau berkata baki 64 lokaliti BMTKM Fasa Pertama melibatkan 2,200 Ketua Isi Rumah (KIR) berjalan lancar dan kini dalam proses latihan dan kursus berkaitan termasuk memasak, menjahit dan berniaga.
"Terdapat 16 lokaliti mengalami masalah daripada segi cadangan projek kurang sesuai, kos yang tidak berbaloi dan memakan masa yang lama contohnya ada yang mahu menanam kelapa sawit, ia tidak sesuai kerana memakan masa empat hingga lima tahun baru dapat hasil.
"Berbanding jika mereka melaksanakan perniagaan gunting rambut, kita bagi peralatan menggunting termasuk kerusi, esok lusa akan dapat pendapatan," katanya pada sidang media selepas mendengar taklimat dan lawatan BMTKM di Tanjung Sedili di sini hari ini.
Turut hadir Menteri Perpaduan Negara Datuk Halimah Mohamed Sadique yang juga Ahli Parlimen Kota Tinggi.
Mustapa berkata sehingga 15 Ogos lepas, sebanyak 134,853 KIR miskin tegar direkodkan di negara ini dan kerajaan menyasarkan peserta yang terlibat dalam program BMTKM dapat keluar daripada kelompok kemiskinan menjelang akhir 2025.
"Pengalaman dalam melaksanakan BMTKM Fasa Pertama akan digunakan untuk menambah baik setiap aspek program ini bagi memastikan pelaksanaannya mencapai objektif yang telah ditetapkan.
"Ini termasuk dipantau dengan rapi setiap bulan oleh Pegawai daerah, Ketua Kampung dan Ahli Parlimen, berbeza dengan sebelum ini, mungkin pemantauannya kurang," katanya.
Mustapa berkata pelaksanaan BMTKM Fasa Pertama yang melibatkan 80 lokaliti rintis dan kira-kira 2,500 KIR, telahpun bermula pada Jun 2022, manakala Fasa Dua BMKTM melibatkan 100 lokaliti membabitkan seramai 5,000 KIR miskin tegar di seluruh negara.
Tambahnya, sebanyak 15 lokaliti baharu di Sabah, 15 lokaliti baharu di Sarawak dan 10 lokaliti baharu di Kelantan akan dimasukkan dalam program BMTKM Fasa Dua ini.
Matlamat BMTKM adalah untuk mencapai kemiskinan tegar sifar pada akhir 2025, seperti ditetapkan dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12).
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 02 2022

Mustapa berkata masalah tersebut akan diselesaikan sebelum bermulanya Fasa Dua BMTKM pada pertengahan bulan ini. - Gambar fail

Kelayakan Euro 2024: Perancis menang bergaya, benam Belanda 4-0
Perancis memenangi perlawanan pertama sejak kekalahan di final Piala Dunia apabila mengatasi Belanda 4-0 bagi memulakan kelayakan Euro 2024 dengan penuh bergaya.

AWANI Ringkas: Kerja pembaikan paip pecah selesai
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Kadar pencen lapuk, kerajaan digesa tambah baik PHU, ELS
Kadar pencen lapuk, kerajaan digesa tambah baik PHU, ELS

Pelarian Rohingya gagal lari ke Malaysia
Penahanan kumpulan termasuk wanita dan kanak-kanak itu dibuat di bandar Thanbyuzayat di selatan Yangon.

KPDN Terengganu gerakkan 116 penguat kuasa Op Pantau 2023
Lokasi yang dipantau termasuk bazar Ramadan, bazar Aidilfitri, pasar awam, pasar tani, pasar raya dan aktiviti jualan dalam talian.

AWANI Ringkas: Sediakan perkhidmatan lebih baik dan adil kepada rakyat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Azeem raih emas acara 100 meter di Florida
Azeem menamatkan perlumbaan dengan catatan 10.32 saat sekali gus meninggalkan sembilan pelumba lain.

Mangsa banjir di Johor menurun kepada 263 orang pagi ini
Kesemua 64 keluarga itu ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara yang masih beroperasi ketika ini.

Syarikat korporat, individu disaran selaraskan bantuan Ramadan, Aidilfitri
Perkara ini bertujuan memastikan sumbangan itu dapat diagihkan secara sistematik dan terus kepada golongan terlibat.

7 tip khatam al-Quran di bulan Ramadan
Rebutlah ganjaran yang Allah tawarkan di sepanjang bulan penuh kemuliaan, Ramadan.

Kadar inflasi September 2022 pada 4.5 peratus, lebih rendah berbanding Ogos
Perbandingan bulan ke bulan turut menunjukkan inflasi September 2022 terus menyederhana kepada 0.1 peratus berbanding 0.2 peratus pada Ogos 2022.

2.1 juta pekerja asing di Malaysia sehingga Jun tahun ini - Mustapa
Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) merekodkan 2.1 juta warga asing yang bekerja dalam pelbagai bidang, berada di Malaysia setakat Jun tahun ini.

Warga asing: Bilangan menurun berbanding 2020
Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) merekodkan bilangan warganegara asing yang berada di Malaysia berkurangan daripada 2.7 juta orang pada 2020 kepada 2.4 juta tahun ini.

Malaysia mampu tawar banyak perkara berkaitan ekonomi halal, bidang lain dalam dunia Islam - Mustapa
Malaysia sebagai sebuah negara terkemuka dalam dunia Islam, mampu menawarkan banyak perkara terutama yang membabitkan amalan terbaik, perdagangan dan inovasi.

Jumlah penganggur turun, kadar pengangguran kekal 3.7 peratus
Kedudukan pasaran buruh pada bulan Ogos 2022 kekal stabil berikutan prestasi ekonomi yang semakin baik dan memberangsangkan.

Sektor pelancongan perlu dipertingkatkan, perkukuh ekonomi negara - Mustapa
Peruntukan RM200 juta menerusi Bajet 2023 bagi tujuan pemulihan sektor pelancongan dilihat salah satu usaha memulihkan ekonomi dalam negara.

Kerajaan semak semula kategori kumpulan pendapatan - Mustapa
Kerajaan akan menyemak semula kategori kumpulan pendapatan berdasarkan hasil Survei Pendapatan, Perbelanjaan dan Kemudahan Asas tahun 2022.

Malaysia kekal sebagai destinasi pelaburan menarik - Mustapa
Malaysia kekal sebagai destinasi pelaburan yang menarik untuk pengembangan perniagaan global dan serantau, kata Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Impak penyusutan ringgit kepada bayaran hutang langsung kerajaan adalah kecil
Mustapa berkata kebanyakan hutang kerajaan adalah dalam nilai mata wang ringgit, khususnya Bil Perbendaharaan dan Sekuriti kerajaan.

Tanpa subsidi kerajaan, inflasi negara boleh cecah 10.6 peratus pada Ogos 2022 - Mustapa
Malaysia yang juga sebagai sebuah negara ekonomi kecil dan terbuka, tidak terkecuali daripada terkena tempias cabaran ekonomi global.