Pemuda PAS Kedah menerima baik penjelasan Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai kenyataan beliau sebelum ini mengenai penyakit kencing manis yang dikatakan menghina bekas Menteri Besar Kedah Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak.
Ketua Pemuda PAS Kedah Nasir Zakaria mengakui mereka mendapat maklumat itu daripada sumber kedua.
"Ada rasa terkilan (pada mulanya) dengan kenyataan (timbalan perdana menteri) itu, ada tekanan supaya Pemuda Kedah buat sesuatu. Maka kami sampaikan hasrat hati mereka kepada TPM.
"Tan Sri (Muhyiddin) menyebut mungkin disalah petik ataupun kenyataan maksudnya lain. Kami juga dapat daripada sumber kedua," katanya kepada pemberita selepas menemui Muhyiddin yang menghadiri program 'Sepetang Bersama Penduduk Bukit Choras' dekat sini Selasa.
Terdahulu, timbalan perdana menteri mengimamkan solat Asar di Masjid Nurul Huda, Bukit Choras sebelum didatangi Nasir yang meminta penjelasan beliau mengenai isu itu.
Muhyiddin menjelaskan bahawa kenyataannya yang dibuat sewaktu Majlis Perjumpaan Bersama Waris Murid dan Warga Pendidikan Kuala Muda dan Yan Sabtu lepas hanya menyebut tentang Bajet 2014 dan subsidi gula, serta soal menjaga kesihatan dan tidak mengaitkan Azizan, anggota Dewan Undangan Negeri Sungai Limau, yang dipotong kaki akibat komplikasi kencing manis dan meninggal dunia 26 Sept lepas.
"(Kenyataan itu) hanya sepintas lalu. Tapi apa pun sebagai manusia, kalau kenyataan itu disalah tafsir atau menyinggung keluarga (Azizan) saya mohon maaf.
"Sebagai orang Islam, yang penting bagi kita bermaaf-maafan dan tujuannya jelas untuk kebaikan. Bukan berniat untuk saya ambil kesempatan. Isu yang saya jelaskan adalah bajet, apa yang bermanfaat pada rakyat, subsidi. Jadi saya harap tidak dipergunakan (modal kempen oleh PAS)," katanya kepada pemberita.
PAS termasuk Dewan Pemudanya telah mendesak supaya kenyataan Muhyiddin mengenai subsidi gula dan kononnya menyentuh Allahyarham Azizan ditarik balik kerana didakwa menyinggung dan mengguris hati keluarga bekas menteri besar itu.
Pada sidang media Selasa, Muhyiddin berkata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang hadir pada majlis itu boleh mengesahkan bahawa beliau hanya menyatakan tentang bajet.
"Saya harap dengan penjelasan ini, mereka (keluarga Azizan) boleh terima dengan hati terbuka. Kita tidak ada niat jahat, (hanya) sebagai untuk kita ambil iktibar. Apa yang berlaku jadi peringatan kepada kita," katanya.
Muhyiddin berkata pegawainya mengesahkan kenyataan itu tidak menghina Allahyarham Azizan dan pihak berkaitan boleh menyemak balik video ucapannya itu.
"Mereka yang tidak hadir pada majlis itu tidak mengetahui cerita sebenar.
Tapi bila dibangkitkan media sosial, dan disambut oleh pihak Mahfuz (Pesuruhjaya PAS Kedah Datuk Mahfuz Omar), saya diminta mohon maaf dan sebagainya," katanya.
Muhyiddin berkata tindakan menjadikan kenyataannya itu satu isu menunjukkan bahawa parti pembangkang tidak banyak isu dalam kempen pilihan raya kecil kali ini.
"Mereka (penduduk DUN Sungai Limau) nampak keikhlasan kita (Barisan Nasional). Kehadiran saya pun sebagai pemimpin. PAS rasa tergugat dan kerana itu pelbagai cara digunakan," katanya.
Bernama
Tue Oct 29 2013
PDRM siap siaga kawalan keselamatan sempena WTD, WTC - KPN
PDRM sentiasa bersiap siaga dalam aspek keselamatan terutama membabitkan acara berskala besar peringkat antarabangsa seperti World Tourism Day (WTD) dan World Tourism Conference (WTC).
Mayat kanak-kanak lemas ditemukan di pesisir pantai Bachok
Pencarian kanak-kanak lelaki yang hilang selepas terjatuh di Pantai Kandis, Bachok berakhir apabila mayatnya ditemukan 11.15 pagi ini, kira-kira enam kilometer dari tempat kejadian.
Fokus Minggu Depan: Apa seterusnya untuk Syria?
Prof Dr Kamaruzaman Yusoff, Profesor Adjung Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya
Lubang benam di Jalan Lojing-Gua Musang kerana faktor cuaca - Alexander
Kejadian lubang benam di laluan FT185 Seksyen 78.60 Jalan Lojing-Gua Musang berhampiran Kampung Jekjok, Pos Brooke, ekoran cuaca buruk.
Taufan terburuk dalam 100 tahun landa Mayotte, Perancis
Taufan kuat, 'Chido', melanda Mayotte pada awal Sabtu dan menimbulkan kebimbangan mengenai skala kemusnahan daripada ribut terburuk yang melanda wilayah luar dari Perancis dalam tempoh hampir satu abad, kata pihak berkuasa.
Angka korban meningkat kepada 44,930
Angka korban rakyat Palestin akibat serangan tidak berperikemanusiaan Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 44,930 orang dengan 106,624 yang lain dilaporkan cedera.
Tindakan SAPP taktik tuntut lebih banyak kerusi - Ronald
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Seri Ronald Kiandee berharap Parti Maju Sabah (SAPP) yang mengumumkan keluar komponen itu, tidak lagi bergantung kelangsungannya dengan menjadi ADUN dilantik.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Pindaan Perlembagaan lebih inklusif, adil kepada semua pihak
Pindaan Perlembagaan PKR yang memberi peluang keterlibatan sama rata dalam proses pemilihan parti dilihat lebih inklusif dan adil kepada semua pihak.
Pindaan perlembagaan parti iltizam luaskan peranan wanita
Ketua Wanita Pusat PKR, Fadhlina Sidek menyambut baik pindaan perlembagaan PKR melibatkan fasa 17.2, 17.2A dan 17.2B yang dilluluskan dalam Kongres Khas parti itu pada Ahad.
PKR tingkat jumlah perwakilan bagi 6 jawatan tertinggi parti
PKR meminda Perlembagaannya dengan meningkatkan jumlah perwakilan yang akan mengundi bagi enam jawatan tertinggi parti serta 20 anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP).
Muhyiddin kaya, tiada justifikasi tangguh bayar RM1.402 juta - Guan Eng
Guan Eng memfailkan bantahan di Mahkamah Tinggi berhubung permohonan Muhyiddin untuk menangguhkan bayaran RM1.402 juta kerana memfitnah.
Projek Jana Wibawa: PMO syor lima syarikat termasuk Nepturis - Saksi
Mahkamah Sesyen diberitahu PMO telah mengesyorkan lima syarikat termasuk Nepturis Sdn Bhd untuk dinilai bagi pelaksanaan projek di bawah Program Jana Wibawa.
Batu Puteh: Tidak timbul soal PM perlu tanggungjawab secara peribadi atas keputusan Kabinet - Muhyiddin
Muhyiddin berkata tidak timbul soal Perdana Menteri mesti mengambil tanggungjawab secara peribadi atas keputusan yang dibuat oleh Kabinet.
Kertas siasatan SD sokong Muhyiddin jadi PM telah dirujuk kepada AGC - Saifuddin Nasution
PDRM telah menjalankan siasatan sebagaimana laporan di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Muhyiddin peroleh pasport jumpa pakar kanser pankreas di UK
Peguam Datuk Hisyam Teh Poh Teik memaklumkan anak guamnya memohon untuk mendapatkan pasport bermula hari ini hingga 14 Januari depan.
‘Saya akan ketuai Bersatu hingga berjaya tawan Putrajaya pada PRU16’ - Muhyiddin
Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan beliau akan kekal mengetuai parti berkenaan sehingga berjaya menawan Putrajaya pada PRU16.
Muhyiddin akui bukan Melayu masih ragu-ragu sokong Bersatu
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui masyarakat bukan Melayu masih ragu-ragu untuk menyokong parti itu.
Tiada draf kedua MoU peruntukan pembangkang, kalau ikhlas luluskan sahaja - Muhyiddin
Tiada draf memorandum persefahaman (MoU) mengenai peruntukan pembangkang dikemukakan oleh kerajaan setakat ini.
Bicara kes Muhyiddin dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur
Ia berkaitan tuduhan menyebut perkataan menghasut semasa kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri Ogos lepas.
Isu calon PM PN: Wan Saiful jumpa Hashim Jasin
Datuk Wan Saiful Wan Jan mengadakan pertemuan dengan Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin di kediamannya di Perlis pada Sabtu.