Susulan isu cadangan pemberian kontrak kenderaan mewah melibatkan 32 unit Toyota Vellfire dan 3,000 Honda Accord untuk menteri dan pegawai tinggi kerajaan.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam sidang media pada Selasa dengan nada sinis menjelaskan kerajaan sekarang perlu menerima kritikan seperti mana sewaktu mereka menjadi pembangkang sejak 60 tahun lalu.

"Semua kerajaan buat keputusan, paling baik bila menjadi pembangkang dimana mereka seronok mengkritik kerajaan ketika itu.

"Kini mereka merupakan kerajaan, jadi mereka terimalah kritikan yang sama seperti mereka lakukan," kata kata beliau dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti-Rasuah (JKKMAR) di Putrajaya pada Selasa.

Isu kenderaan mewah itu mendapat kritikan daripada pelbagai pihak termasuk netizen yang mempersoalkan kewajaran untuk berbelanja mewah.

Bagaimanapun Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dalam kenyataan kepada media menjelaskan kerajaan masih belum membuat keputusan berhubung perkara itu dan hanya akan diputuskan dalam Mesyuarat Kabinet akan datang.

Difahamkan kontrak baharu selam 15 tahun itu membabitkan 12,500 unit kenderaan dengan jumlah RM300 juta setahun.

Ia berikutan kontrak kenderaan selama 25 tahun oleh Spanco dijangka tamat hujung tahun ini.