awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan lelaki curi barang kemas bernilai lebih RM150,000 di pusat beli-belah
Kluster tibi: KPM patuh saranan KKM, keadaan terkawal setakat ini - Fadhlina
Malaysia, Arab Saudi bakal meterai perjanjian kerjasama pertahanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu kepadatan murid SK Cyberjaya akan dirujuk kepada PM - MP Sepang

Sinar Harian
Sinar Harian
17/03/2024
06:40 MYT
Isu kepadatan murid SK Cyberjaya akan dirujuk kepada PM - MP Sepang
Isu kepadatan murid di sekolah berkenaan telah disuarakan dan dibincangkan dengan pihak Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Sepang. - Gambar tular/ Media sosial
SHAH ALAM: Isu kepadatan murid di Sekolah Kebangsaan (SK) Cyberjaya akan dirujuk semula kepada Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk pertimbangan.
Ahli Parlimen Sepang, Datuk Aiman Athirah Sabu menjelaskan isu kepadatan murid di sekolah berkenaan telah disuarakan dan dibincangkan dengan pihak Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Sepang.
Ujarnya yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, hal itu juga telah dimajukan untuk perhatian Kementerian Pendidikan (KPM) dan Fadhlina.
"Saya juga mengambil maklum projek pembinaan SK 2 Cyberjaya yang telah pun dimulakan dan dijangka siap pada 2028.
"Sejak tahun lepas, beberapa tindakan dan cadangan telah dimaklumkan oleh PPD Sepang kepada saya dalam menghadapi situasi ini.
"Ia termasuklah penyuraian pelajar ke beberapa sekolah berhampiran, rancangan penyediaan bangunan kelas kabin sementara menanti bangunan SK 2 Cyberjaya siap dan kewajaran menyewa bangunan sementara untuk dijadikan sekolah dan kelas," katanya dalam satu kenyataan.
Malah Aiman Athirah menambah, beliau difahamkan semua perkara tersebut sudah berada dalam pertimbangan dan tindakan pihak KPM.
Pada Sabtu, Aiman Athirah mengadakan perbincangan dengan pegawai PPD Sepang dan seterusnya melawat ke lokasi cadangan awal bangunan sekolah sementara SK Cyberjaya 2 di CoPlace 13 Cyberjaya.
Lawatan berkenaan bagi merundingkan beberapa hal untuk kepentingan, kesejahteraan dan keselesaan murid di sekolah berkenaan.
"Saya komited untuk membawa isu-isu ini kembali ke perhatian Menteri Pendidikan dan Perdana Menteri untuk dipertimbangkan seihsannya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kepadatan murid
#Aiman Athirah Sabu
#SK Cyberjaya
#Perdana Menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan