KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memuktamadkan sama ada pindaan peruntukan berkaitan kewarganegaraan akan dibuat kepada Perlembagaan Persekutuan atau ia hanya akan melibatkan akta serta peraturan lain sedia ada.
Menteri berkenaan Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata dalam Perlembagaan Persekutuan jelas memperuntukkan tiga jalur mendapatkan kewarganegaraan, iaitu penguatkuasaan undang-undang, pendaftaran dan naturalisasi menerusi Perkara 14,15, 16,19 dan 30.
Bagaimanapun, beliau berkata terdapat puluhan akta dan peraturan lain yang menyokong kepada peraturan utama yang diperuntukkan berkaitan kewarganegaraan dalam Perlembagaan Persekutuan .
"Undang-undang berkaitan warganegara bukan hanya di bawah Perlembagaan Persekutuan tetapi turut didukung dengan akta dan peraturan lain seperti Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957, Akta Pendaftaran Negara 1959, Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam di negeri-negeri, Akta Pasport 1966 dan Akta Imigresen 1959.
Prinsip kewarganegaraan dihurai dalam Perlembagaan Persekutuan tetapi untuk tujuan meluluskan isu warganegara turut diapit berbelas lagi peraturan... justeru bentuk pindaan nanti mungkin tidak dicerminkan pada Perlembagaan Persekutuan tetapi mungkin pada akta-akta sokongan ini...ini akan dimuktamadkan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan peringkat dasar Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 bagi kementerian itu di Dewan Rakyat hari ini.
Selain itu, Saifuddin Nasution berkata sesi libat urus dengan pihak terlibat juga masih diteruskan, di samping KDN membuat semakan dengan amalan baik berkaitan perundangan kewarganegaraan yang diamalkan negara lain termasuk negara Komanwel dan bukan Komanwel.
Sementara itu, mengulas isu kebebasan bersuara dan pemansuhan Akta Hasutan 1948, Saifuddin Nasution menjelaskan jemaah Kabinet telah menetapkan akta berkenaan hanya digunakan bagi kesalahan yang menyentuh Institusi Raja.
"... jemaah menteri membuat satu keputusan jika membabitkan Institusi Raja seperti mencela, fitnah, perlekeh dan hina Institusi Raja yang mengikut Perlembagaan Persekutuan dilindungi sifat dan kemuliaannya, maka baru Akta Hasutan digunakan.
Bagi perbezaan biasa (kesalahan berkaitan kebebasan bersuara) kita guna akta sedia ada iaitu Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) serta Kanun Keseksaan (Akta 574)", katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 01 2023
Saifuddin berkata dalam Perlembagaan Persekutuan jelas memperuntukkan tiga jalur mendapatkan kewarganegaraan, iaitu penguatkuasaan undang-undang, pendaftaran dan naturalisasi menerusi Perkara 14,15, 16,19 dan 30. - Gambar fail
Saya nampak bumbung jatuh timpa kereta - Penduduk Apartment Putra Ria
Santha Kumari berkata rumahnya di tingkat 20 tidak terkesan namun cermin belakang sebuah kereta milik adiknya pecah akibat kejadian itu.
Tabung Hidupan Liar Sedunia saman Norway rancangan perlombongan dasar laut
WWF percaya keputusan berkenaan dibuat berdasarkan penilaian kesan strategik yang tidak memenuhi syarat minimum.
Pendaki wanita Nepal cipta rekod tawan Gunung Everest tiga kali dalam satu musim
Bekas wartawan foto berusia 33 tahun itu berjaya mencapai puncak ketiganya pada 5.50 pagi waktu tempatan pada Sabtu.
Manchester United juara Piala FA
Gol dijaringkan Garnacho pada minit ke-30 diikuti Kobbie Mainoo sembilan minit kemudian menafikan impian City menambah koleksi kejuaraan.
Speaker Pulau Pinang serah notis kekosongan DUN Sungai Bakap Isnin ini
Kekosongan kerusi terjadi susulan kematian penyandangnya Nor Zamri Latiff pada Jumaat kerana mengalami keradangan dalam perut.
Jururawat tidak sangka mangsa kemalangan sepupu sendiri
Petugas di Klinik Kesihatan Ayer Tawar itu berkata, menerusi panggilan diterima, kemalangan itu melibatkan sembilan mangsa cedera.
Liga Super: JDT belasah KL City 5-1
Keputusan itu memberi skuad Harimau Selatan tiga mata penuh untuk berada di tangga teratas carta liga dengan keseluruhan sembilan mata.
Wan Arif-Roy King tumpas kepada pilihan kedua dari Denmark
Wan Arif-Roy King ditewaskan pilihan kedua kejohanan itu menerusi permainan straight set 13-21, 19-21 dalam masa 43 minit.
Pemimpin tertinggi PBB akan hantar keputusan ICJ mengenai serangan israel kepada Majlis Keselamatan
Guterres akan menghantar notis langkah sementara yang diarahkan ICJ kepada Majlis Keselamatan untuk tindakan.
29 jemaah dirawat di tanah suci kerana pelbagai penyakit
Setakat 23 Mei 2023, daripada 12,686 jemaah haji Malaysia yang tiba di Mekah dan Madinah, 29 daripadanya dirawat di Hospital Arab Saudi, Pusat Rawatan TH Mekah dan Pusat Rawatan Madinah disebabkan pelbagai penyakit, antaranya disebabkan cuaca panas.
DSA NATSEC Asia 2024 buka peluang integrasi teknologi terkini dalam keamanan negara
Penganjuran DSA NATSEC Asia 2024 memberi peluang kepada syarikat industri pertahanan dan keselamatan tempatan memperkenalkan serta mempamerkan keupayaan masing-masing selari dengan kemajuan teknologi.
JIM, KDN teroka penggunaan kod QR di pintu masuk negara
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang meneroka kaedah penggunaan kod respons pantas (QR) di beberapa pintu masuk utama negara bagi menangani isu kesesakan.
KDN pilih Mini Amazon Malaysia, Kampung Beng, sebagai Kampung Angkat MADANI
Kampung Beng, yang terkenal sebagai Mini Amazon Malaysia, telah dipilih sebagai Kampung Angkat MADANI bagi Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Sabah terus kerjasama dengan KDN perhebat usaha perangi dadah
Kerajaan Sabah akan terus bekerjasama dengan KDN bagi memperhebat usaha memerangi penyalahgunaan dadah, serta menyokong penuh inisiatif yang dapat mengurangkan masalah dadah di negeri itu.
Saifuddin Nasution sifatkan pertemuan dengan Brian Nelson sebagai berterus-terang
Saifuddin menyifatkan perjumpaan beliau dengan Brian Nelson pada Khamis lepas sebagai pertemuan yang berterus-terang.
Saifuddin Nasution jumpa Brian Nelson esok, sampaikan pendirian negara
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan beliau akan bertemu dengan Setiausaha Rendah Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) bagi keganasan dan risikan kewangan Brian Nelson
Akta Penagih Dadah 1983 kini di peringkat akhir pindaan
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata proses pindaan itu dilaksanakan dengan kerjasama pelbagai pihak seperti Jabatan Penjara dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).
PIKM saran dapatkan khidmat pengawal peribadi berlesen
Syarikat itu juga perlu ada perlindungan insurans bagi memastikan kebajikan pekerja terjaga sekiranya berlaku kejadian tidak diingini.
Kerajaan akan wujudkan RUU baharu pertingkat keselamatan di pintu masuk negara - Fahmi
Kerajaan akan mewujudkan satu rang undang-undang (RUU) baharu bagi meningkatkan tahap keselamatan di semua pintu masuk negara, kata jurucakap Kerajaan Perpaduan Fahmi Fadzil.
Isu stoking kalimah Allah: KDN terus pantau trend menghasut, tindakan melampau - Saifuddin
KDN diarahkan untuk memantau trend menghasut dan tindakan melampau dilakukan mana-mana rakyat Malaysia dalam isu stoking tertera kalimah Allah.