KUALA LUMPUR:Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah tidak memberikan sebarang komen lanjut mengenai isu kontroversi yang tercetus berhubung Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali yang didakwa tidak menjalani kuarantin selepas pulang dari Turki, Julai lalu.
Sebaliknya, beliau hanya meminta orang ramai supaya merujuk semula kenyataan yang dikeluarkannya pada 25 Ogos lalu.
“Pihak polis telah menjalankan siasatan, dan Peguam Negara juga telah membuat kenyataan media.
“Tetapi yang lebih penting saya rasa, sila lihat semula kenyataan yang saya berikan semasa sidang media pada 25 Ogos lalu.
“Saya ditanya soalan yang sama dan pada 25 Ogos saya sudah membuat komen mengenai perkara ini,” jelasnya ketika ditanya mengenai alasan Jabatan Peguam Negara untuk tidak mendakwa Ahli Parlimen Kuala Nerus itu.
Dalam sidang media itu, Dr Noor Hisham dilaporkan berkata bahawa polis dan Peguam Negara diberi kuasa melalui Seksyen 3, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).
Beliau pada sama memberi pesanan agar semua mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan menjalankan tanggungjawab masing-masing sebagai pejuang barisan hadapan.
“Apa yang lebih penting adalah kita, sebagai barisan hadapan, untuk mengikuti dan mematuhi SOP. Itulah peringatan penting kepada kita semua,” jelas beliau lagi.
Terdahulu, Jabatan Peguam Negara (AGC) memutuskan untuk tidak mengemukakan sebarang pertuduhan terhadap Khairuddin atas pelanggaran kuarantin kerana tiada keterangan yang kukuh.
Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun berkata hasil kajian dan penelitian terhadap segala keterangan yang dikemukakan, mendapati pegawai diberi kuasa telah menggunakan budi bicaranya untuk tidak mengeluarkan perintah pemerhatian atau pengawasan di rumah bagi mengarahkan menteri berkenaan menjalani pemerhatian atau pengawasan di rumah di bawah subseksyen 15(1) Akta 342.
Idrus berkata bagi menjadikan perbuatan melanggar perintah kuarantin di rumah sebagai suatu kesalahan di bawah Akta 342, perintah pemerhatian atau pengawasan di rumah mestilah diserahkan kepada menteri tersebut terlebih dahulu sebagaimana kehendak di bawah subseksyen 15(1) Akta 342.
Berdasarkan pertimbangan tersebut, Jabatan Peguam Negara memutuskan untuk tidak mengemukakan sebarang pertuduhan terhadap Mohd Khairuddin memandangkan tiada keterangan yang kukuh bagi memenuhi beban bukti yang diperlukan di bawah undang-undang.
BACA: Datuk Dr. Mohd Khairuddin mohon maaf
BACA: Polis akan panggil saksi lengkap siasatan kes Mohd Khairuddin
Faris Danial Razi
Wed Oct 21 2020
Dr Noor Hisham meminta orang ramai supaya merujuk semula kenyataan yang dikeluarkannya pada 25 Ogos lalu berkaitan isu kontroversi yang tercetus berhubung Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali yang didakwa tidak jalani kuarantin. - Astro AWANI
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
KKM batal notifikasi enam produk kosmetik mengandungi racun berjadual
Penjual dan pengedar produk berkenaan perlu menghentikan penjualan dan pengedarannya dengan serta-merta.
Kemasukan pesakit COVID-19 ke hospital awam meningkat minggu lepas
Kes baharu naik 5.2% (1,367 kepada 1,438 kes), kes sembuh turun 8.8% (1,497 kepada 1,365), kes kematian naik 300% (dua kepada lapan).
Kes denggi meningkat minggu lepas - KKM
Sepanjang tempoh tersebut 2,149 kes demam denggi dilaporkan, meningkat sebanyak 182 kes atau 9.3 peratus.
Kemasukan pesakit COVID-19 ke fasiliti kesihatan menurun 6.5 peratus
Tiada perubahan dari segi peratus pengisian katil fasiliti COVID-19 pada ME 6/2023, berbanding ME 5/2023, bagi katil bukan kritikal.
Malaysia pengerusi mesyuarat Lembaga Eksekutif WHO buat pertama kali
Malaysia dilantik ahli Lembaga Eksekutif WHO mewakili rantau Pasifik Barat bagi tempoh tiga tahun bermula Mei 2021.
Kes denggi catat penurunan minggu lepas
Kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sehingga kini adalah sebanyak 8,968, berbanding 2,948 kes bagi tempoh sama tahun 2022.
Genap tiga tahun negara 'diserang' COVID-19
Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah merakamkan penghargaan kepada kesemua staf barisan hadapan yang bertungkus-lumus sejak kes pertama dilaporkan.
KKM arah premis ditutup 14 hari berikutan insiden tikus 'jamah' ayam
Dr. Noor Hisham Abdullah menerusi kenyataan media memberitahu, lokasi kejadian dikenal pasti di Pandan Indah, Kuala Lumpur.
Ubat batuk, selesema dari India tidak didaftarkan di Malaysia
KKM menerusi NPRA akan menjalankan pemantauan secara berterusan berkaitan kejadian ini.
Laporan kesihatan Najib: KKM terikat etika kerahsiaan pesakit - Dr Noor Hisham
Laporan kesihatan Najib hanya boleh dikemukakan kepada mahkamah sekiranya diarahkan oleh badan perundangan itu.