awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sempadan Rafah dibuka semula secara rasmi
AOT cadang kenaikan 53% caj perkhidmatan penumpang penerbangan antarabangsa Thailand
Waris Sultan Zainal Abidin III diminta tampil, selesai tuntutan tanah pusaka
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu Kuil Sri Maha Mariamman: Lelaki ini tidak kisah video tular...

Sinar Harian
Sinar Harian
29/11/2018
07:19 MYT
Isu Kuil Sri Maha Mariamman: Lelaki ini tidak kisah video tular...
Sambil menyifatkan tindakan netizen yang meniru gayanya adalah melucukan, Kanagarajah berkata, dia tidak sengaja membuat mimik muka seperti itu. - Foto Sinar Harian
'Kalau itu menggembirakan mereka, biarkanlah,' kata ahli perniagaan, S Kanagarajah berhubung klip videonya yang berkaitan dengan rusuhan kuil Sri Maha Mariamman menjadi tular.
Sambil menyifatkan tindakan netizen yang meniru gayanya adalah melucukan, Kanagarajah berkata, dia tidak sengaja membuat mimik muka seperti itu.
"Saya bukan sengaja, kalau awak tengok kawan awak muka kena potong keluar darah, kita tolong mereka pada masa itu," katanya.
Menurutnya, dia kecewa terhadap insiden yang berlaku.
"Saya buat begitu kerana terlalu kecewa dengan keadaan yang berlaku pada masa itu," katanya.
Menceritakan semula kejadian itu, dia berkata, sekumpulan lelaki memasuki kuil dengan membawa senjata tajam.
"Pada masa itu, kita adakan upacara sembahyang dan dalam kuil semua ada dalam 40 orang termasuk wanita dan orang tua.
"Jadi kami mahu lindungi mereka," katanya.
Kanagarajah berkata, apa yang berlaku tidak melibatkan isu perkauman.
"Saya boleh cakap ini 100 peratus bukan masalah perkauman kerana kita berkawan baik dengan semua orang," katanya.
Bagaimana pun, dia tidak menolak sekumpulan individu yang melakukan rusuhan itu diupah oleh pihak lain.
"Sudah tentu! Tiada orang melakukan perbuatan seperti itu percuma," katanya.
Tambahnya, dia tidak menerima sebarang ugutan dan ancaman daripada mana- mana pihak selepas video itu tular.
Video tersebut menjadi tular sehingga mencetuskan parodi di media sosial menggunakan #Deychallenge dan #Theyychallenge.
Terdahulu, video berdurasi sembilan saat itu menunjukkan seorang lelaki sedang mengawal keadaan di kuil berkenaan.
Selain itu, gambar lelaki sama dalam video berkenaan memakai uniform polis turut tular di laman sosial sehingga wujud spekulasi ada anggota polis terlibat.
Bagaimana pun, Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, individu tersebut merupakan anggota Polis Simpanan Sukarelawan (PVR) yang telah ditamatkan perkhidmatannya.
Isu pemindahan kuil itu telah mencetuskan rusuhan di kawasan rumah ibadat berkenaan pada awal pagi Isnin dan Selasa, yang menyaksikan seorang anggota bomba cedera parah selain perusuh turut membakar 23 kenderaan dan merosakkan cermin bangunan kompleks One City yang terletak satu kilometer dari kuil tersebut.
Seramai 30 individu ditahan polis berhubung kes tersebut.
Topic Berkaitan
#kuil sri maha mariamman
#media sosial
#S Kanagarajah
#viral
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan