awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu lagu Negaraku: Pempengaruh politik akan dibebas dengan jaminan polis

Bernama
Bernama
10/04/2025
22:15 MYT
Isu lagu Negaraku: Pempengaruh politik akan dibebas dengan jaminan polis
Bakri berkata hasil siasatan awal mendapati video tular itu dirakam pada 6 Jun 2024 semasa majlis pelancaran Kelab Tarian Naga di sekolah terbabit. - Foto BERNAMA
IPOH: Pempengaruh politik yang ditahan polis pada Khamis bagi membantu siasatan berhubung dakwaan lagu 'Negaraku' dinyanyikan bukan dalam bahasa kebangsaan di sebuah sekolah di Teluk Intan, akan dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Bakri Zainal Abidin berkata wanita berusia 40-an itu ditahan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak di pekarangan IPD Petaling Jaya, Selangor kira-kira 12 tengah hari semalam.
"Kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya pada Jumaat untuk arahan dan tindakan selanjutnya," katanya dalam kenyataan malam tadi.
Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Sebelum ini, Bakri dilaporkan berkata hasil siasatan awal mendapati video tular itu dirakam pada 6 Jun 2024 semasa majlis pelancaran Kelab Tarian Naga di sekolah terbabit.
Lagu dinyanyikan kanak-kanak itu, katanya bukan lagu kebangsaan sebaliknya adalah lagu kebesaran negeri Perak.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pempengaruh politik
#Negaraku
#Bakri Zainal Abidin
#jaminan polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan