awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
12 Orang Asli ditahan disyaki ceroboh tanah di Rompin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu Laut China Selatan: Negara ASEAN kini berunding dengan China

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
07/03/2022
03:36 MYT
Isu Laut China Selatan: Negara ASEAN kini berunding dengan China
Negara ASEAN termasuk Malaysia kini sedang berunding dengan China untuk mewujudkan Kod Tatalaku (COC) di Laut China Selatan. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Negara ASEAN termasuk Malaysia kini berunding dengan China untuk mewujudkan Kod Tatalaku di Laut China Selatan (COC).
Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Kamarudin Jaffar berkata, kod tatacara itu adalah untuk mengelakkan konflik dan ketegangan di Laut China Selatan dan ia juga dilakukan tanpa prejudis terhadap tuntutan wilayah dan maritim negara terlibat.
Tegasnya, Malaysia juga sentiasa memastikan rundingan COC itu tidak akan sesekali mengetepikan kedaulatan dan hak kepentingan negara.
“Kementerian berpandangan sebarang konflik yang berlaku hanya akan meningkatkan ketegangan sekali gus menggugat keamanan, keselamatan dan kestabilan di Laut China Selatan.
“Oleh sebab itu, sebarang perbezaan dan pertikaian yang timbul perlu diselesaikan secara aman, tanpa menggunakan kekerasan atau ancaman kekerasan, menerusi dialog, rundingan atau Iebih tepat, jalan diplomasi,” katanya.
Beliau berkata demikian di Dewan Rakyat pada Isnin bagi menjawab soalan daripada Mohamad Sabu (PH - Kota Raja) yang bertanya tindakan kerajaan bersama ASEAN dalam isu melibatkan lautan tersebut.
Tambah Kamarudin, isu berkaitan Laut China Selatan merupakan isu kompleks berikutan tuntutan-tuntutan bertindih antara negara-negara di rantau ASEAN.
“Dalam hal ini, Malaysia tetap komited untuk menyelesaikan isu-isu berkaitan Laut China Selatan secara konstruktif, menggunakan forum dan saluran diplomatik yang sesuai.
“Pendirian negara ini juga telah disuarakan secara konsisten di platform-platform antarabangsa khususnya ASEAN.
“Malah, dalam beberapa bulan kebelakangan ini, Kerajaan Malaysia menerusi Kementerian Luar Negeri khususnya, telah beberapa kali menyuarakan pendirian kepada para pemimpin negara yang mempunyai kaitan dengan isu Laut China Selatan.
“Pendirian Malaysia adalah semua pihak perlu bekerjasama dalam usaha mengelakkan insiden yang sama ada disengajakan atau sebaliknya di perairan berkenaan,” ujarnya.
Topic Berkaitan
#ASEAN
#Laut China Selatan
#Mohamad Sabu
#China
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan