KUALA LUMPUR: Beberapa siri pindaan Perlembagaan Persekutuan akan dibentang dalam tempoh sekarang hingga Julai 2022 termasuk isu lompat parti, Dewan Rakyat dimaklumkan hari ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata pindaan juga akan menyentuh tempoh mengehadkan jawatan Perdana Menteri.
"Ini dalam CSA (Perjanjian Keyakinan dan Perbekalan) kita yang saya dikehendaki melaksanakannya, sekurang-kurangnya mesti dibentangkan sebelum atau semasa persidangan Julai nanti," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2022 peringkat dasar.
Beliau berkata perkara kritikal lain termasuk isu kerakyatan anak warganegara Malaysia (sama ada ibu atau ayah) yang lahir di luar negara turut diambil kira dalam pindaan Perlembagaan Persekutuan itu.
Mengulas lanjut, beliau berkata pindaan berhubung isu kewarganegaraan ini hendaklah mendapat persetujuan Majlis Raja-Raja berdasarkan Fasal (5) Perkara 159 Perlembagaan Persekutuan dan sokongan sekurang-kurangnya dua pertiga Ahli Parlimen.
"Sekiranya cadangan pindaan menyentuh hak orang yang lahir sebelum Hari Malaysia untuk menjadi warganegara oleh sebab perhubungan mereka dengan Sabah dan Sarawak atau jaminan layanan sama rata antara yang lahir dan bermastautin di negeri-negeri Borneo dengan yang lahir dan bermastautin di negeri-negeri Melayu, persetujuan Yang di- Pertua Negeri Sabah dan Sarawak hendaklah diperoleh," katanya.
Wan Junaidi berkata dalam hal in, mesyuarat pramajlis dan Mesyuarat Majlis Raja-Raja telah dijadualkan pada 23 dan 24 Nov ini.
Menyentuh saranan supaya pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan diteliti satu jawatankuasa dwipartisan, Wan Junaidi mencadangkan ia diteliti oleh jawatankuasa sedia ada yang ditubuh di bawah Parlimen.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 15 2021
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) merangkap Ahli Parlimen Santubong Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menghadiri Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 di Parlimen hari ini. - Foto BERNAMA
AWANI Pagi: PULIH | Inovasi Tempatan Mengesan Sakit Belakang
Ikuti diskusi Awani Pagi 8.30 Sabtu, bersama dua tetamu dari Universiti Malaya, berhubung inovasi mengesan sakit belakang dengan lebih objektif berbanding kaedah tradisional hingga mendapat pengiktirafan daripada Medical Device Authority Malaysia.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Persatuan Bola Sepak Indonesia terima dana RM77 juta dari Presiden Prabowo
Komitmen Presiden Prabowo terhadap kemajuan sepak bola Indonesia benar-benar luar biasa, kata Ketua Umum PSSI.
AWANI Pagi: Pembekuan jasad bayi - Hukum dan hak jenazah
Ikuti perbincangan eksklusif #AWANIpagi bersama Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, yang akan mengupas secara mendalam isu pembekuan jasad bayi dari perspektif hukum Islam, kehormatan jenazah, dan hak si mati.
#AWANIpagi #AWANInews
#AWANIpagi #AWANInews
Cenderahati produk Tenun Pahang Diraja tersedia di Kuantan 188
Di Kuantan 188 juga, para pelancong boleh menikmati pemandangan panorama bandar dan Sungai Kuantan.
[INFOGRAFIK] Kerugian Banjir 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan kerugian banjir 2024.
Hubungan erat Malaysia-Denmark tawar manfaat kepada tenaga kerja
Pembukaan semula Kedutaan Denmark bantu tingkat kerjasama dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
[INFOGRAFIK] Buat Pilihan Lebih Baik Demi Malaysia Yang Lebih Hijau Dan Lestari
Berikut adalah info berkenaan dengan membuat pilihan lebih baik demi Malaysia yang lebih hijau dan lestari.
Siang "concierge", malam "Doktor Mayat" - Kisah Muslimah pertama pengawet jenazah di Singapura
Kisah Zainab Ash Shughra Amer, Muslimah pertama yang menjadi pengawet jenazah - juga satu-satunya buat masa ini - di Singapura.
Sistem politik penuhi aspirasi rakyat penting bagi Syria
Penentuan masa depan Syria masa depan melalui sistem politik yang memenuhi aspirasi rakyat negara itu adalah penting bagi mengekalkan kestabilan politik.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
Netanyahu, Katz adakan tinjauan di Bukit Golan
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, melalukan tinjauan di Bukit Golan pada Jumaat ketika tentera Israel meluaskan kawalan mereka ke puncak Gunung Hermon, kawasan strategik yang bersempadan dengan Syria.
Perkara itu dikongsikan Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz di platform X yang turut hadir bersama Netanyahu.
Perkara itu dikongsikan Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz di platform X yang turut hadir bersama Netanyahu.
Isu lompat parti antara pindaan Perlembagaan dibentang menjelang Julai 2022
Beberapa siri pindaan Perlembagaan Persekutuan akan dibentang dalam tempoh sekarang hingga Julai 2022 termasuk isu lompat parti, Dewan Rakyat dimaklumkan hari ini.