Mahkamah Persekutuan membenarkan permohonan kerajaan Negeri Sembilan untuk merayu keputusan Mahkamah Rayuan berhubung kes tiga orang lelaki Muslim berpakaian wanita khususnya di tempat awam.

Lima pemohon lain termasuk dari Majlis Agama Selangor, Perak, Pulau Pinang, Johor dan Wilayah Persekutuan telah ditolak.

Panel lima hakim Mahkamah Persekutuan dipengerusikan Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md Raus Sharif bagaimanapun berkata mahkamah hanya akan memutuskan sama ada Seksyen 66 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 melanggar Artikel 5(1), 8(1), 8(2), 9(2) dan 10(1) Perlembagaan Persekutuan.

Artikel 5(1), 8(1), 8(2), 9(2) dan 10(1) Perlembagaan Persekutuan memastikan hak kebebasan asasi rakyat Malaysia.

Pada November, Mahkamah Rayauan memutuskan bahawa Muhammad Juzaili Mohd Khamis, Shukor Jani and Wan Fairol Wan Ismail Lelaki boleh berpakaian seperti wanita.

Panel tiga hakim yang diketuai Datuk Mohd. Hishamudin Mohd Yunus yang termasuk Hakim Aziah Ali dan Lim Yee Lan membuat keputusan Seksyen 66 Enakmen Syariah (Negri Sembilan) 1992 tidak sah dari segi perlembagaan melalui Perlembagaan Persekutuan Artikel 5, 8,9 dan 10.

Keputusan ini dilakukan selepas rayuan ketiga-tiga mereka yang beragama Islam yang menyatakan Seksyen 66 Undang-Undang Syariah tidak sah dari segi perlembagaan.

Mereka dakwa seksyen itu mendiskriminasi hak bersuara, hak untuk bergerak dan hak mereka untuk hidup tanpa diganggu.