MALAYSIA
Isu mansuh program matrikulasi: Polis rakam keterangan Presiden UMANY

Tang diiringi peguamnya di Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju. - Foto Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Polis hari ini merakam keterangan Presiden Persatuan Belia Baru Universiti Malaya (UMANY) Tang Yi Ze berhubung kenyataan beliau yang menggesa agar program matrikulasi dimansuhkan.
Ringkasan AI
- Presiden UMANY Tang Yi Ze dipanggil polis untuk dirakam keterangan berhubung gesaan memansuhkan program matrikulasi.
- Ketua Polis Daerah Wangsa Maju ACP Mohammad Lazim Ismail berkata 14 laporan polis diterima, namun tiada penahanan dibuat.
- Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Terdahulu, Tang yang diiringi peguamnya dilihat memasuki Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju pada kira-kira 2 petang.
Pada 16 Sept lepas, polis menjalankan siasatan berhubung kenyataan itu mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Kenyataan Tang menggesa supaya program matrikulasi dimansuhkan dan kemasukan ke universiti awam diganti hanya dengan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia sehingga menimbulkan pelbagai kontroversi.
- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami