awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gaza terima 54 jenazah rakyat Palestin, puluhan tinggalan jasad daripada Israel
Menteri Luar Australia pertahan lawatan Presiden Israel, gesa hormati sensitiviti komuniti
Sony dianugerah paten alat kawalan permainan dengan permukaan sentuhan penuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu Mara: Siasatan 5 pegawai kanan dijangka siap minggu ini - SPRM

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
13/02/2022
10:20 MYT
Isu Mara: Siasatan 5 pegawai kanan dijangka siap minggu ini - SPRM
Hishamuddin Hashim memberitahu, hasil siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya sebaik selesai untuk tindakan susulan. - Gambar fail/SPRM
KUALA LUMPUR: Siasatan mengaitkan isu integriti dan salah guna kuasa lima pegawai kanan Majlis Amanah Rakyat (MARA) dijangka siap dalam minggu ini.
Pengarah Kanan Bahagian Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Hishamuddin Hashim memberitahu, hasil siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya kemungkinan besar pada minggu hadapan, untuk tindakan susulan.
Katanya, siasatan masih berjalan dengan sekurang-kurangnya 14 saksi lagi termasuk Ahli Lembaga Pengarah (BOD) MARA Corporation (MARA Corp), pengurusan MARA dan pegawai bank akan dipanggil bermula Isnin.
"Lima pegawai kanan (MARA) telah direkodkan keterangan dan selesai awal pagi semalam. Jadi buat masa ini, pegawai-pegawai kami sedang meneliti semula penjelasan yang diberikan mereka.
"Kita juga akan kaji keterangan saksi-saksi yang lain, kemungkinan kita akan memanggil semula saksi-saksi semula jika perlu sebagai penjelasan kepada dokumen-dokueman yang dikemukakan," katanya ketika dihubungi Astro AWANI di sini, pada Ahad.
Media melaporkan, lima pegawai kanan Mara telah hadir ke Ibu Pejabat SPRM untuk dirakam keterangan berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasa pada Jumaat.
Setakat ini, SPRM sudah memanggil 14 saksi meliputi Lembaga Pengarah MARA Corporation (MARA Corp), kakitangan dari pengurusan MARA Corp, pegawai MARA, syarikat setiausaha korporat dan syarikat perkhidmatan penyumberan luar korporat (CoSec) kepada agensi itu.
Isnin lalu, sepasukan pegawai SPRM turut menyerbu sekurang-kurang tiga pejabat berkaitan agensi bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) itu bagi membantu siasatan.
Topic Berkaitan
#integriti
#Rasuah
#MARA
#SPRM
#Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
#siasatan
#Hishamuddin Hashim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan