awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu MARA: SPRM rakam keterangan tujuh individu, beberapa lagi akan dipanggil

Bernama
Bernama
08/02/2022
16:07 MYT
Isu MARA: SPRM rakam keterangan tujuh individu, beberapa lagi akan dipanggil
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata individu yang dipanggil meliputi kakitangan daripada MARA, MARA Corporation (MARA Corp) dan sebuah syarikat setiausaha korporat yang terlibat. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah merakam percakapan tujuh individu bagi membantu siasatan dakwaan salah laku dan integriti melibatkan beberapa pegawai kanan Majlis Amanah Rakyat (MARA).
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata individu yang dipanggil meliputi kakitangan daripada MARA, MARA Corporation (MARA Corp) dan sebuah syarikat setiausaha korporat yang terlibat.
"SPRM akan memanggil beberapa lagi individu daripada ketiga-tiga pihak berkenaan untuk dirakam kenyataan," katanya kepada Bernama di sini malam ini.
Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan jumlah individu yang akan dipanggil untuk memberi keterangan.
Azam berkata pihaknya juga tidak menerima laporan mengenai salah laku membabitkan Pengarah Eksekutif MARA Corp Datuk Suhaili Abdul Rahman yang didakwa menggunakan kad kredit korporat syarikat itu.
Sebaliknya beliau berkata setakat ini, siasatan SPRM hanya mengenai isu salah laku dan integriti melibatkan pegawai kanan MARA dan MARA Corp.
Pada Sabtu lepas, SPRM mengesahkan menerima satu laporan berhubung dakwaan isu integriti melibatkan beberapa pegawai kanan MARA yang sedang disiasat secara dalaman oleh agensi itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SPRM
#MARA
#salah laku
#Majlis Amanah Rakyat
#Azam Baki
#Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan