Polis Perlis bersedia dengan pelan kontingensi bagi menghadapi situasi luar jangka berikutan kemelut yang berlaku susulan pelantikan Datuk Seri Azlan Man sebagai Menteri Besar Perlis yang tidak mendapat sokongan sembilan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Barisan Nasional (BN).
Ketua Polis Perlis Datuk Azisman Alias berkata beliau juga telah mengarahkan supaya kawalan keselamatan di kawasan Istana Arau dipertingkatkan.
Beliau ditemui pemberita semasa menyertai delegasi Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dalam Ops Pasir 2018 di Sabah bermula hari ini sehingga Ahad ini.
Azlan mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Perlis bagi penggal kedua di hadapan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail di Istana Arau, Perlis hari ini.
BACA: Azlan angkat sumpah MB Perlis tanpa kehadiran sembilan ADUN BN
Pengerusi BN dan Badan Perhubungan UMNO Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim dalam sidang media di Kuala Lumpur petang ini mencadangkan kepada pucuk pimpinan UMNO pusat supaya memecat Azlan sebagai anggota UMNO.
Tindakan Shahidan itu mendapat reaksi netizen yang memberi pelbagai komen 'nakal' dan juga provokasi.
Sehubungan itu, Azisman mengingatkan orang ramai dan netizen supaya mengawal kelakuan mereka dan tidak membuat komen-komen jelik atau menghina raja atau institusi diraja.
"Saya berharap biarlah isu kepimpinan dibincang oleh mereka yang terbabit, semoga isu ini diselesaikan dengan berhikmah dan tidak terpalit kepada masyarakat," katanya.
Beliau berkata, setakat ini keadaan terkawal dan polis belum menerima sebarang aduan berkaitan gangguan oleh mana-mana pihak atau individu.
"Kakitangan istana bolehlah mengambil "screenshot" kenyataan-kenyataan menghina yang ditularkan di laman sosial sebagai bahan bukti untuk kita siasat", katanya.
BACA: Krisis politik Perlis jadi contoh kenapa anak muda meluat dengan UMNO
Azlan, 60, yang merupakan ADUN Bintong, dilantik sebagai Menteri Besar Perlis bagi penggal kedua selepas BN berjaya mempertahankan negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 pada 9 Mei lepas dengan menguasai 10 daripada 15 kerusi Dewan Undangan Negeri manakala parti Pakatan Harapan tiga kerusi dan PAS dua kerusi.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 24 2018
AZISMAN: Setakat ini keadaan terkawal dan polis belum menerima sebarang aduan berkaitan gangguan oleh mana-mana pihak atau individu.
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Fokus Minggu Depan: Masa depan Harimau Malaya dan saingan Kejohanan ASEAN
Ikuti kupasan Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM, Mohd Sadek Mustaffa berkenaan masa depan Harimau Malaya dibawah kendalian jurulatih baharu dan berdepan dengan saingan Kejohanan ASEAN.
BDDA peruntuk RM60 juta perhebat transformasi Bukit Saban sebagai hab pengeluaran makanan - Uggah
Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA) akan memperuntukkan sebanyak RM60 juta tahun depan untuk memperhebat usaha menjadikan kawasan DUN Bukit Saban sebagai hab pengeluaran makanan.
DUN Sabah dijangka dibubarkan pada Ogos 2025 - Ruddy Awah
Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dijangka dibubarkan pada Ogos 2025 bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17).
Peruntukan RM60,000 ADUN pembangkang Pulau Pinang kekal bagi tahun 2025
Kerajaan Pulau Pinang memperuntukkan RM60,000 kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang bagi tahun 2024, dan jumlah itu akan dikekalkan tahun 2025, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.
Rasuah ADUN: Peguam individu terlibat sebar video pernah bertemu SPRM minta perlindungan
Peguam individu terlibat dengan penyebaran video yang didakwa berkaitan isu rasuah melibatkan seorang ADUN pernah mengadakan pertemuan dengan SPRM untuk mendapatkan perlindungan.
Contohi tindakan Hajiji serah siasatan isu rasuah kepada SPRM - Ahmad Zahid
Tindakan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dakwaan rasuah membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah harus dicontohi.
Woo Kah Leong tawar diri bertanding sebagai calon Ketua DAPSY kebangsaan
ADUN Pasir Bedamar Woo Kah Leong menawarkan diri untuk bertanding sebagai calon Ketua DAPSY pada pemilihan parti itu yang akan berlangsung pada 17 November ini.
Tiada aduan dakwa ADUN bincang rasuah ratusan ribu ringgit - Azam Baki
Tiada sebarang aduan diterima berkaitan rakaman audio didakwa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang membincangkan rasuah bernilai ratusan ribu ringgit setakat ini.
Hamzah Zainudin bertanding Timbalan Presiden Bersatu
Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainudin, disahkan bertanding jawatan Timbalan Presiden Bersatu dalam pemilihan parti yang dijadualkan berlangsung pada Oktober ini.
Penduduk Kampung Kerinting mohon jambatan gantung rentas Sungai Ketil dinaik taraf
Lebih 1,000 penduduk Kampung Kerinting memohon agar jambatan gantung yang digunakan untuk menyeberangi Sungai Ketil dibaik pulih dengan segera.
PRN17 Sabah: Pas beri autonomi pada pimpinan parti tempatan
Tuan Ibrahim berkata, ia berikutan landskap politik yang berbeza berbanding di Semenanjung Malaysia.