IPOH: Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) tidak mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan kesalahan murtad membabitkan seorang wanita Islam warga Indonesia, kerana perbuatan itu dipercayai bukan berlaku di negara ini.
Mengulas mengenai isu itu yang tular baru-baru ini, Ketua Pengarah dan Ketua Hakim Syarie JKSM, Datuk Mohd Na'im Mokhtar berkata, jika kesalahan itu dilakukan di negara ini, individu terbabit boleh disiasat di bawah Enakmen Jenayah Syariah 1992.
"Kalau kesalahan percubaan untuk murtad contohnya, sudah tentu dalam konteks syariah ini tidak melihat kepada negara (kewarganegaraan).
"Contohnya kalau ada orang Indonesia atau Arab yang beragama Islam melakukan satu-satu kesalahan dalam negara ini yang jatuh di bawah Enakmen Jenayah Syariah.
"Contoh isu khalwat, dia (warganegara) Indonesia dan beragama Islam dan ditangkap di Malaysia, jadi dia boleh dihukum di bawah undang-undang negara kita. Kita tidak melihat dari mana orang itu selagi dia beragama Islam.
"Tetapi kalau kesalahan itu berlaku melibatkan orang Indonesia, di negara Indonesia (kesalahan murtad), sudah tentulah kita tidak ada bidang kuasa untuk membicarakan. Mahkamah Syariah tidak ada bidang kuasa untuk membicarakan perkara tersebut," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Perbicaraan Mahkamah Utama Syariah di Mahkamah Syariah Ipoh, di sini pada Rabu. Turut hadir ialah Ketua Pendaftar Jabatan Kehakiman Syariah Perak, Ab Rahman Thobroni Mohd Mansor.
Mahkamah Utama Syariah ditubuhkan dan diluluskan penubuhannya oleh Dewan Undangan Negeri Perak pada 5 Disember 2018.
Ia merupakan hierarki tertinggi mahkamah yang mempunyai bidang kuasa mendengar rayuan daripada keputusan Mahkamah Rayuan Syariah.
Sebelum ini, tular video memaparkan pengakuan seorang lelaki bukan Muslim yang mendakwa memurtadkan seorang wanita Islam bukan warga tempatan.
Sehubungan itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata kes itu kini dalam siasatan dan tindakan pihak polis.
Aida Aziz
Wed Feb 24 2021

Jika kesalahan itu dilakukan di negara ini, individu terbabit boleh disiasat di bawah Enakmen Jenayah Syariah 1992. - Gambar fail

Tandas awam Plaza Tol Tapah ditutup esok sehingga 11 Ogos
Tandas awam di Hentian Sebelah Plaza Tol Tapah di Lebuhraya Utara-Selatan ditutup selama dua bulan mulai esok hingga 11 Ogos bagi memberi laluan kerja-kerja menaik taraf kemudahan tersebut.

Wan Saiful mohon ketepikan tuduhan kes rasuah
Wan Saiful memfailkan permohonan untuk mengetepikan dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM6.9 juta membabitkan projek Jana Wibawa yang dihadapinya.

Meneladani Korea Selatan: Mengambil contoh pada yang sudah, mengambil tuah pada yang menang
Korea Selatan menghargai bahasanya dengan mengisytiharkan 9 Oktober sebagai cuti umum bagi memperingati Hari Hangeul atau Hari Abjad Korea.

Harga petrol RON97 naik dua sen, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit bagi petrol RON97 naik dua sen seliter daripada RM3.35 seliter kepada RM3.37 seliter manakala harga petrol RON95 dan diesel kekal bagi tempoh 1 hingga 7 Jun.

Isu air di UMS, Anwar umum peruntukan RM3 juta
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan RM3 juta bagi menyelesaikan masalah air di Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Ujian rintis 'SmartLane' di Lebuhraya ELITE bermula esok, bantu lancar trafik USJ-Seafield - PLUS
Plus Malaysia Berhad (PLUS) akan mengadakan ujian rintis awam 'SmartLane' di Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) bermula esok sehingga 31 Ogos.

Zahid gesa SKMM pantau hantaran isu agama, perkauman oleh pemimpin politik
Dapatan utama kajian Pemantauan Media Sosial Pada PRU15 oleh Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) mendapati sememangnya ada pemimpin politik yang cuba menyentuh isu sensitif itu di media sosial.

Tasik Kenyir diiktiraf sebagai Geopark Kebangsaan
Tasik Kenyir yang terletak di daerah Hulu Terengganu diisytihar sebagai Geopark Kebangsaan dan bakal dikenali sebagai "Kenyir Geopark".

Angkasawan persendirian AS tamat misi, pulang ke bumi
Kapal angkasa Dragon SpaceX yang membawa empat angkasawan persendirian Axiom Space selamat pulang ke bumi sekali gus menamatkan misi angkasawan persendirian kedua ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).

Dua lelaki ditahan bantu siasatan kes gaduh di BSI
Polis menahan dua lelaki bagi membantu siasatan kes pergaduhan di kawasan Bangunan Sultan Iskandar, 22 Mei lepas.

Isu murtad: Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia tiada kuasa bicara kes wanita Indonesia
Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia tidak mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan dakwaan murtad membabitkan seorang wanita Islam bukan warga Malaysia yang tular baru-baru ini.