KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memanggil beberapa lagi saksi lain berkait prosiding Pembangunan dan Perolehan Aplikasi MySejahtera.
Pengerusi PAC, Wong Kah Woh berkata, tiga agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) akan dipanggil dalam prosiding akan datang.
"PAC akan memanggil tiga agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri iaitu Majlis Keselamatan Negara (MKN), Unit Permodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) serta Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) pada 21 April 2022, Khamis untuk hadir bagi memberikan keterangan dan penjelasan berhubung isu ini," memetik kenyataan itu.
Dalam prosiding berkait isu sama yang berlangsung hari ini, Wong Kah Woh berkata Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin telah dipanggil memberi keterangan dan penjelasan.
"Fokus PAC dalam prosiding pada hari ini termasuk pemberian kontrak pmbangunan aplikasi MySejahtera kepada syarikat KPI Soft Sdn. Bhd. pada bulan April 2020.
"Pemberian kontrak secara rundingan terus kepada syarikat MySJ Sdn Bhd oleh Kerajaan pada bulan November 2021 serta status rundingan Kerajaan dengan syarikat berkenaan selain pemilikan aplikasi MySejahtera termasuk modul aplikasi, source code aplikasi, harta intelek dan pangkalan data;
"Komitmen Kerajaan untuk melindungi data-data peribadi rakyat dalam aplikasi MySejahtera dan entiti syarikat-syarikat yang terlibat dalam aplikasi MySejahtera iaitu MySJ Sdn. Bhd., KPI Soft Sdn. Bhd. dan entiti-entiti syarikat lain dalam pertikaian kes antara pemegang-pemegang saham MySJ Sdn. Bhd. di mahkamah," memetik kenyataan itu.
Dalam prosiding yang berlangsung selama tiga jam bermula 10 pagi itu, turut hadir adalah Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Seri Asri Hamidon dan Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Harjeet Singh Hardeev Singh serta pegawai-pegawai kanan Kementerian Kewangan (MOF) dan KKM.
Astro Awani
Thu Apr 14 2022

Khairy (kiri) dan Zafrul (kanan) memberi keterangan dan penjelasan dalam prosiding PAC berkait isu MySejahtera yang berlangsung hari ini. - Foto PAC Parlimen Malaysia

Kes Hilang | Kanak-kanak ditemukan selamat selepas lapan hari
Selepas lapan hari dilaporkan hilang, seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun ditemukan selamat dalam lubang saliran perparitan di Oldenburg, Jerman. Dia diselamatkan pasukan kecemasan selepas menerima laporan orang awam yang terdengar tangisan mangsa.

Bangunan Runtuh | Tiga maut bangunan empat tingkat runtuh
Pihak berkuasa India mengesahkan setakat ini sekurang-kurangnya tiga individu terkorban, manakala 11 yang lain cedera dalam runtuhan bangunan kediaman empat tingkat di Mumbai pada lewat malam Isnin. Pasukan penyelamat ketika ini juga dilaporkan sedang giat mencari empat individu yang masih terperangkap dalam runtuhan berkenaan.

Dikhianati | Johnny Depp tolak watak Captain Jack Sparrow
Bintang Hollywood, Johnny Depp tidak akan kembali melakonkan watak Captain Jack Sparrow dalam Francais filem Pirates Of The Caribbean. Perkara itu disahkan wakil pelakon berkenaan dan dipetik berkata 'perkara itu tidak benar'.

Letupan Gas klorin | 13 maut, 250 cedera
Sekurang-kurangnya 13 maut, manakala lebih 250 yang lain cedera akibat letupan gas klorin di Pelabuhan Aqaba, Jordan pada Isnin. Antara cedera termasuk empat warga negara China dan seorang warga Vietnam. Insiden berlaku selepas sebuah tangki terjatuh dari kren, sekaligus mengakibatkan letupan dan mengeluarkan asap kuning.

Krisis Ekonomi | Sri Lanka berdepan kekurangan bekalan minyak
Kegawatan ekonomi di Sri Lanka berterusan dengan negara itu kini dihimpit dengan krisis kekurangan bekalan minyak. Galle, salah satu bandar yang terkesan menyaksikan orang ramai terpaksa beratur panjang, malah hampir berjam bagi mendapatkan bahan bakar itu.

Lawatan Kerja | Menteri Luar Australia melawat Astro AWANI
Astro AWANI pada Selasa menerima kunjungan Menteri Luar Australia Senator Penny Wong di Pusat Penyiaran Asia, Bukit Jalil. Ketibaan beliau dan delegasi pada pukul enam petang disambut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro Henry Tan dan ketua pengarang Astro AWANI, Ashwad Ismail disertai tenaga kerja Astro AWANI yang lain.

WUF11: Pendekatan pembiayaan perumahan perlu dikaji semula
Semua negara digesa memberi perhatian terhadap kajian semula pendekatan membabitkan pembiayaan perumahan dalam usaha memastikan keperluan kediaman dapat diselesaikan.

WUF11 | Isu SDG, agenda perbandaran baharu tumpuan hari ke-3
Isu matlamat pembangunan mampan (SDG) dan agenda perbandaran baharu antara topik yang menjadi tumpuan di hari ketiga penganjuran World Urban Forum Ke 11 di Katowice, Poland. Kita terus sahaja bersama rakan setugas yang membuat liputan di sana.. Teruskan Dzulfitri Yusop.

Kebakaran | 18 penghuni sebuah rumah terselamat
Seramai 18 penghuni nyaris rentung apabila terperangkap dalam sebuah rumah terbakar di Taman Sri Taman, Jalan Sultanah, Alor Setar pada Selasa. Mereka bagaimanapun sempat diselamatkan orang awam dan pasukan bomba dalam kejadian jam 5.45 petang itu.

WUF11: Perkongsian komitmen dan pengalaman Malaysia di sesi Meja Bulat Peringkat Menteri
Sesi meja bulat ini turut disertai Menteri dan pemimpin tertinggi kerajaan dari 24 buah negara di seluruh dunia.

Laporan asal audit dibentang kepada PAC jika tiada mesyuarat pada 24 Feb - Arul Kanda
Arul Kanda berkata Najib telah memberikan beberapa alasan kenapa beliau perlu menghadiri mesyuarat itu.

PAC gesa audit khas perbelanjaan kerajaan semasa wabak COVID-19
Pengerusi PAC Wong Kah Woh dalam kenyataan hari ini berkata perkara itu telah dimaklumkan secara rasmi kepada Ketua Audit Negara semalam.

Isu MySejahtera: PAC akan bentang laporan di Dewan Rakyat pada Julai ini
PAC akan membentangkan laporannya berhubung prosiding Pembangunan dan Perolehan Aplikasi MySejahtera di Dewan Rakyat pada minggu pertama persidangan Parlimen, Julai ini.

Isu MySejahtera: Selain Khairy dan Tengku Zafrul, PAC panggil 3 agensi di bawah JPM
Tiga agensi di bawah JPM yang akan dipanggil oleh PAC pada 21 April ini adalah MKN, MAMPU dan NACSA.

"Tiada apa yang disembunyikan" - Khairy sedia 'menghadap' PAC 14 April
Khairy tiada masalah untuk beri keterangan pada PAC selepas berbuat demikian di Dewan Negara pada 31 Mac lalu.

MySejahtera: Saya sedia 'menghadap' PAC - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata proses itu perlu dihormati selain ia bukan kali pertama dia dipanggil memberi keterangan di hadapan PAC.

MySejahtera: PAC akan mula prosiding, KJ dan Tengku Zafrul dua saksi terawal - Wong Kah Woh
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara Parlimen memutuskan untuk memulakan prosiding berhubung Pembangunan dan Perolehan Aplikasi MySejahtera pada pertengahan April ini.

Projek LCS: 'Tiada apa yang disembunyikan' - Hishammuddin
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammudin Hussein memberi jaminan tiada perkara yang disembunyikan berhubung projek perolehan Littoral Combat Ship (LCS) yang tergendala ketika ini.

Jualan Tanah Lot 41 pada RM2.07 bil untuk pendanaan Pelan Rasionalisasi 1MDB - PAC
PAC turut merumuskan harga perolehan Tanah Lot 41 berjumlah RM2.07 bilion berdasarkan penilaian yang dilaksanakan Tetuan Suleiman Co adalah tinggi.

Penyumberluaran projek AES kepada swasta tidak wajar - PAC
Wong Kah Woh berkata projek itu sepatutnya dilakukan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sendiri dan bukan ATES serta Beta Tegap.