awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu pakaian di HTAA: Salah faham antara pengawal keselamatan, pelawat

Bernama
Bernama
08/03/2023
13:47 MYT
Isu pakaian di HTAA: Salah faham antara pengawal keselamatan, pelawat
Dr Nor Azimi berkata selepas kejadian itu, tiada lagi berlaku masalah dari aspek etika berpakaian. - Foto BERNAMA
KUANTAN: Pertikaian berlaku antara pengawal keselamatan dan pelawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini semalam, disebabkan salah faham mengenai etika pemakaian, kata Pengarah Kesihatan Negeri Pahang Datuk Dr Nor Azimi Yunus.
Beliau berkata kejadian yang berlaku ketika waktu melawat itu berkemungkinan akibat salah faham mengenai definisi berpakaian untuk masuk ke hospital oleh pengawal keselamatan tersebut.
"Selama ini tidak ada masalah timbul bagi pelawat yang berpakaian sedemikian untuk masuk pada waktu melawat, kecuali pelawat berpakaian mencolok mata tidak dibenarkan masuk untuk melawat.
"Pihak HTAA telah mengambil langkah sewajarnya dengan memberi kefahaman kepada pengawal keselamatan dan mereka diminta untuk tidak membuat sebarang penguatkuasaan tanpa mendapat arahan rasmi daripada hospital," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Dr Nor Azimi berkata selepas kejadian itu, tiada lagi berlaku masalah dari aspek etika berpakaian.
Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai beberapa video tular di media sosial yang memaparkan pelawat tidak dibenarkan masuk ke hospital berkenaan kerana memakai seluar pendek bawah paras lutut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#media sosial
#video tular
#HTAA
#pelawat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan