KUALA LUMPUR: Dakwaan beberapa pihak yang mengatakan bahawa Israel mempunyai hak untuk mempertahankan diri adalah tidak boleh diterima sama sekali.
Menurut bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, dakwaan itu sebaliknya merujuk kepada warga Palestin yang terpaksa mempertahankan hak mereka daripada diserang oleh rejim zionis Israel sejak seminggu lalu.
“Saya tidak boleh diterima dengan jawapan Israel yang mendakwa mereka ada hak mempertahan diri. Itu bukan mempertahankan diri, kerana sepanjang tempoh pergolakan ini, mereka menimbulkan konfrontasi dengan rakyat Palestin.
“Ini kerana, mereka ingin menceroboh lebih banyak tanah di Palestin. Saya yakin bahawa selepas ini, mereka akan mengambil alih Sheikh Jarrah misalnya dan mungkin akan mengambil alih tanah di kawasan terletaknya Masjid Al-Aqsa.
“Ini adalah taktik Israel, mereka tidak mempertahankan diri mereka, tetapi mereka menyerang pihak lain. Jika mereka mempertahankan diri, maka mereka harus berada di negara mereka sendiri.
“Tetapi mereka berperang di tanah Palestin, jadi alasan orang Israel bahawa mereka berhak untuk mempertahankan diri adalah tidak dapat diterima.
“Sememangnya, apa yang berlaku ketika ini ialah rakyat Palestin yang sedang berusaha mempertahankan diri dan mereka sangat lemah,” ujarnya.
Beliau berkata demikian semasa berucap menerusi satu sesi penstriman bertajuk ‘Palestine: Malaysia With Love’ di laman Facebook beliau pada malam Ahad.
Terdahulu, Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden menyuarakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada hak Israel mempertahankan diri daripada serangan roket Hamas dan kumpulan pejuang lain.
Beliau menyuarakan pendirian itu dalam satu panggilan telefon bersama Presiden Palestin, Mahmoud Abbas. Pada masa sama, Setiausaha Pertahanan, Lloyd Austin pula mengulangi hak Israel untuk mempertahankan diri.
Faris Danial Razi
Sun May 16 2021
Menurut Dr Mahathir, dakwaan itu sebaliknya merujuk kepada warga Palestin yang terpaksa mempertahankan hak mereka daripada diserang oleh rejim zionis Israel sejak seminggu lalu. - Astro AWANI
AWANI Ringkas: Kedutaan AS sangkal dakwaan Prof Gilley
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PRK Kuala Kubu Baharu: Gerakan turun padang, sokong PN
Gerakan berkata, parti itu akan bersama-sama memastikan untuk merampas kerusi DAP pada pilihan raya kecil kali ini.
Penstrukturan Akaun KWSP: Seimbangkan disiplin, fleksibiliti dalam pengurusan kewangan
Semua caruman selepas tarikh berkenaan akan diperuntukkan ke dalam akaun baharu mengikut pecahan iaitu sebanyak 75 peratus ke dalam Akaun Persaraan, 15 peratus Akaun Sejahtera dan 10 peratus Akaun Fleksibel. Bagaiman akaun yang distruktur kepada tiga akaun mampu membawa pengurusan kewangan yang lebih cekap?
Rumah Terbuka Selangor Sabtu ini
Majlis akan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti, juadah menarik serta persembahan daripada penyanyi terkenal tanah air.
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Ipoh White Coffee disenarai ke-10 kopi terbaik dunia
Ipoh White Coffee menduduki tempat ke-10 dalam senarai 39 kopi terbaik di dunia yang diterbitkan laman web TasteAtlas pada 15 Mac lalu.
Tesla tawar potongan harga sehingga RM8,000
Tesla Model Y yang dijual bermula 20 Julai 2023 pada harga asal RM199,000 kini dijual pada harga RM191,000.
Lelaki parah kereta terbabas langgar pokok
Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian dada dan muka.
Prestasi mingguan FBM KLCI dan unjuran minggu depan
#NiagaAWANI bersama Ketua Strategi MIDF Research, Syed Muhammad Kifni Syed Kamaruddin bagi membincangkan mengenai prestasi mingguan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI).
Kad Laporan MITI: Mudah cara pelaburan, fasilitasi perdagangan & pacu industri
Pengarah Institut Kajian Malaysia & Antarabangsa, UKM, Prof Dr Sufian Jusoh mengulas berkenaan kad laporan MITI yang memberi fokus kepada memudah cara pelaburan, fasilitasi perdagangan & memacu industri.
Dr Mahathir dakwa undang-undang kini 'mengancam rakyat'
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa undang-undang kini digunakan untuk mengancam rakyat.
'Jika SPRM ada bukti tunjuklah' - Tun Mahathir
Dr Mahathir berkata, setakat pengetahuannya, beliau tidak pernah disiasat tetapi notis SPRM menyatakan bekas Ahli Parlimen Langkawi itu melakukan kesalahan.
Sambutlah hari raya dengan kesederhanaan, keinsafan - Tun Mahathir
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menitip pesanan kepada rakyat khususnya umat Islam yang akan meraikan Hari Raya Aidilfitri, untuk menyambut dengan kesederhanaan dan keinsafan.
Tun M sambut Ramadan di IJN
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyambut Ramadan kali ini di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur.
Tun M jalani proses pemulihan di IJN
Jurucakap Tun M memberitahu, belum dapat dipastikan bila bekas Perdana Menteri itu akan dibenarkan discaj.
Gambar tular keadaan terkini kesihatan Tun M palsu
Gambar yang sedang tular di pelbagai platform media sosial, berkaitan kesihatan terkini bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad adalah palsu.
Dr Mahathir terima rawatan di IJN akibat jangkitan
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kini sedang menerima rawatan akibat jangkitan di Institut Jantung Negara (IJN).
Kertas siasatan 'Himpunan Selamatkan Rakyat' dirujuk ke TPR
Kertas siasatan 'Himpunan Selamatkan Rakyat' di Istana Negara telah dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk tindakan lanjut.
Siasatan SPRM ke atas Mokhzani didakwa ada kaitan dengan Tun M
Siasatan SPRM terhadap Tan Sri Mokhzani dipercayai ada kaitan dengan dakwaan penyalahgunaan kuasa membabitkan bapanya, yang juga bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Kertas siasatan kenyataan Dr Mahathir dijangka dirujuk kepada AGC tiga ke empat hari lagi - KPN
Beliau juga menafikan kenyataan bekas Ahli Parlimen Langkawi itu yang mendakwa disoal siasat umpama seorang penjenayah dan berkata polis hanya menjalankan tugas dengan meneruskan siasatan.