KUALA LUMPUR:Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah meminta orang ramai supaya mendengar penjelasan daripada pihaknya terlebih dahulu sebelum memberikan komen mengenai isu tular yang tersebar pantas di media sosial.
Isu berkenaan adalah berkaitan beberapa keping gambar yang menunjukkan pekerja warga asing masih bekerja meskipun dikenakan pemakaian gelang merah jambu.
Dr Noor Hisham dalam satu kenyataan pada Selasa memaklumkan, pekerja tersebut masih boleh bergerak di dalam kawasan tapak binaan berkenaan kerana mereka merupakan saringan surveillance (pemantauan) dan bukan saringan kontak rapat.
“Jangan komen dulu sehingga dengar penjelasan ini.
“Sebenarnya, seramai 264 daripada 273 yang telah disaring, adalah melalui saringan surveilance tapak bina.
“Mereka berada di dalam kawasan tapak bina (rumah kongsi basement 1&2 dan rumah kongsi tepi sungai).
“Mereka diberikan gelang pink kerana bukan warganegara untuk mengelakkan daripada keluar dari tapak bina.
“Tetapi mereka masih boleh bergerak didalam tapak bina kerana ianya saringan surveillance bukan saringan kontak rapat,” tambahnya.
Tambah Dr Noor Hisham, pihak pemaju bagi kawasan pembinaan tersebut telah diminta untuk memastikan kesemua yang disaring berada dalam kawasan tapak binaan.
“Dua orang pengawal keselamatan diletak di pintu masuk tapak bina dan pihak polis IPD wangsa maju juga melakukan pemantauan setiap hari.
“Pemaju juga dinasihatkan untuk melakukan kerja-kerja disinfeksi,” tambahnya.
Menerusi perkongsian yang dibuat menerusi Facebook rasminya pada Selasa, Dr Noor Hisham turut menjelaskan bahawa pada 13 November 2020 sehingga 15 November 2020, pemaju telah memberhentikan operasi buat sementara waktu.
“Pemaju mengentikan operasi bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembersihan dan nyahcemar sehingga keputusan saringan diperolehi pada 15 November.
“Release order atau pelepasan dan pemotongan gelang pink telah dilakukan pada 15 November, jam 11 pagi di tapak bina berkenaan.
“Hasil saringan mendapati terdapat satu kes positif sahaja tetapi kes ini tidak tinggal di tapak bina, tetapi menetap di luar tapak bina,” ujarnya lagi.
Untuk rekod, beliau menjelaskan bahawa terdapat kontak rapat yang mana seramai lapan orang telah di kuarantinkan dan tempoh kuarantin ialah selama 14 hari iaitu pada 7 November sehingga 20 November.
“Kesemua pekerja yang lain adalah negatif dan telah diberikan pelepasan (release order) pada 15 November kecuali lapan orang kontak rapat kepada kes positif tadi masih menjalani tempoh kuarantin,” jelasnya lagi.
BACA: COVID-19: 1,210 kes positif, ini lima tumpuan kenyataan media KKM
BACA: COVID-19: 5 kluster baharu dikenal pasti, 5 kluster tamat
Faris Danial Razi
Tue Nov 17 2020
Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah meminta orang ramai mendengar penjelasan daripada pihaknya terlebih dahulu sebelum memberikan komen mengenai isu tular yang merebak pantas di media sosial. - Facebook/@DGHisham
Nahas helikopter: JKM Perak beri bantuan kaunseling kepada keluarga mangsa
Salbiah berkata pihak JKM telah melawat tiga keluarga mangsa dari Perak iaitu di Selama, Lekir dan Sitiawan.
[LAPOR LANGSUNG] Gaza Freedom Flotilla: Misi melalui perairan antarabangsa, bukan Israel
Peguam, Huwaida Arraf memaklumkan misi ini akan melalui perairan antarabangsa sebelum memasuki kawasan perairan Palestin.
Freedom Flotilla to Gaza: Cucu Nelson Mandela antara peserta misi bantuan
Penyertaannya dalam misi ini bagi sama-sama menyokong misi memecah sekatan rejim Israel bagi membolehkan penghantaran bantuan ke Gaza.
Lapan mangsa tragedi helikopter TLDM terhempas selamat dikebumi
Tiada kata-kata yang dapat menggambarkan kesedihan ahli keluarga dan waris yang mengiringi perjalanan terakhir mangsa.
[LAPOR LANGSUNG] Nahas helikopter Lumut: Lapan mangsa selamat dikebumi
Suasana sedih dan pilu menyelubungi majlis pengebumian lapan daripada 10 jenazah mangsa nahas berkenaan.
Nahas helikopter: Pulau Pinang sedia bantu keluarga Muhammad Firdaus
Chow tidak memperinci bentuk bantuan yang bakal disalur namun memberitahu akan melawat keluarga Allahyarham di Pantai Jerejak hari ini.
Hujan sambut ketibaan jasad Joanna di kampung halaman
Jasad mendiang yang tiba dalam suasana rintis syahdu hujan disambut dengan istiadat ketenteraan oleh 27 pegawai dan 80 lain-lain anggota.
Amalan pemakanan tidak sihat, kurang aktiviti fizikal punca utama obesiti - Dr Dzulkefly
Amalan pemakanan yang tidak sihat dan kurang aktiviti fizikal merupakan komponen utama yang menyumbang kepada masalah obesiti, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Tangisan anak bongsu iringi pengebumian Komander Amir
Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di kampung halamannya itu tepat pada jam 12.30 malam.
Tingkat jumlah pelajar antarabangsa: KPT rangka langkah permudah prosedur imigresen
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang merangka langkah untuk mempermudahkan prosedur imigresen dalam usaha meningkatkan bilangan pelajar antarabangsa ke Malaysia.
KKM batal notifikasi enam produk kosmetik mengandungi racun berjadual
Penjual dan pengedar produk berkenaan perlu menghentikan penjualan dan pengedarannya dengan serta-merta.
Kemasukan pesakit COVID-19 ke hospital awam meningkat minggu lepas
Kes baharu naik 5.2% (1,367 kepada 1,438 kes), kes sembuh turun 8.8% (1,497 kepada 1,365), kes kematian naik 300% (dua kepada lapan).
Kes denggi meningkat minggu lepas - KKM
Sepanjang tempoh tersebut 2,149 kes demam denggi dilaporkan, meningkat sebanyak 182 kes atau 9.3 peratus.
Kemasukan pesakit COVID-19 ke fasiliti kesihatan menurun 6.5 peratus
Tiada perubahan dari segi peratus pengisian katil fasiliti COVID-19 pada ME 6/2023, berbanding ME 5/2023, bagi katil bukan kritikal.
Malaysia pengerusi mesyuarat Lembaga Eksekutif WHO buat pertama kali
Malaysia dilantik ahli Lembaga Eksekutif WHO mewakili rantau Pasifik Barat bagi tempoh tiga tahun bermula Mei 2021.
Kes denggi catat penurunan minggu lepas
Kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sehingga kini adalah sebanyak 8,968, berbanding 2,948 kes bagi tempoh sama tahun 2022.
Genap tiga tahun negara 'diserang' COVID-19
Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah merakamkan penghargaan kepada kesemua staf barisan hadapan yang bertungkus-lumus sejak kes pertama dilaporkan.
KKM arah premis ditutup 14 hari berikutan insiden tikus 'jamah' ayam
Dr. Noor Hisham Abdullah menerusi kenyataan media memberitahu, lokasi kejadian dikenal pasti di Pandan Indah, Kuala Lumpur.
Ubat batuk, selesema dari India tidak didaftarkan di Malaysia
KKM menerusi NPRA akan menjalankan pemantauan secara berterusan berkaitan kejadian ini.
Laporan kesihatan Najib: KKM terikat etika kerahsiaan pesakit - Dr Noor Hisham
Laporan kesihatan Najib hanya boleh dikemukakan kepada mahkamah sekiranya diarahkan oleh badan perundangan itu.