KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan ada memanggil semula Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar pada Isnin lalu.
Sumber SPRM memberitahu, Ahli Parlimen Batu Gajah itu dipanggil semula bagi membantu siasatan kes rasuah pengambilan pekerja asing membabitkan kementeriannya.
Difahamkan, siasatan kini untuk merungkai rantaian kewangan selepas penahanan beberapa individu oleh SPRM berkaitan kes itu.
Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki meminta semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi berhubung siasatan kes itu.
Menurut beliau, orang ramai perlu memberikan masa kepada SPRM untuk melengkapkan siasatan.
Pada Ahad, Sivakumar disahkan hadir ke pejabat SPRM Putrajaya bagi melengkapkan siasatan selepas agensi itu selepas menahan tiga individu termasuk dua pegawai kementerian tersebut pada minggu lalu.
Sementara pada Khamis, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan, Setiausaha Sulit kepada Sivakumar ditahan.
Penahanan Setiausaha Sulit menteri itu dilakukan SPRM kira-kira jam 2.30 pagi selepas seorang pegawai tugas-tugas khas kepada Sivakumar ditahan sebelum itu.
Astro Awani
Wed Apr 19 2023
Sumber SPRM memberitahu, Ahli Parlimen Batu Gajah itu dipanggil semula bagi membantu siasatan kes rasuah pengambilan pekerja asing membabitkan kementeriannya. - Gambar fail
Genting Malaysia nafi terbabit perbincangan
Selepas Berjaya Corporation Bhd dan Kerajaan Negeri Johor, kini Genting Malaysia Bhd pula menafikan sebarang penglibatan dalam perbincangan mengenai pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 27 April 2024.
Lima cedera dalam tembakan di luar kelab malam di Washington
Lima cedera dalam insiden tembakan di luar sebuah kelab malam di Washington, Amerika Syarikat pada lewat Jumaat.
Potensi dilanda tsunami, pihak berkuasa tingkatkan amaran
Pihak berkuasa Indonesia tingkatkan lagi amaran Gunung Ruang di Sulawesi dengan mengeluarkan amaran tsunami susulan berlakunya sekali lagi letusan gunung ruang di wilayah Sulawesi utara pada Rabu.
Houthi tembak Kapal Tangki Minyak Andromeda Star di Laut Merah
Kumpulan Houthi terus melancarkan serangan ke atas kapal komersial di Laut Merah dan terbaharu serangan peluru berpandu mengenai kapal tangki minyak Andromeda Star.
Ratusan rumah, bangunan rosak dibadai puting beliung
Ratusan rumah, bangunan dan ladang ternakan di Omaha, Nebraska rosak akibat kejadian Puting beliung yang membadai kawasan itu pada petang Jumaat.
Hamas sudah terima maklum balas Israel mengenai cadangan gencatan senjata
Rundingan sebelum ini pada November lepas menyaksikan pembebasan 81 rakyat Israel dan 24 warga asing dengan pertukaran 240 warga Palestin termasuk 71 wanita dan 169 kanak-kanak.
95 kanak-kanak mangsa diselamatkan di India
Seramai 95 kanak-kanak berumur empat hingga 12 tahun diselamatkan di Uttar Pradesh di utara India, dipercayai mangsa pemerdagangan manusia dari negeri jiran, Bihar.
Pesara tentera diminta kemaskini data di JHEV
Jelas Adly setakat ini lebih 213 ribu veteran berdaftar dengan jabatan tersebut, berbanding sekitar 300,000 yang telah bersara dalam perkhidmatan.
10 Berita Pilihan - (27 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Rombakan Kabinet: DAP hargai sikap dan kenyataan Sivakumar
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, menjelaskan Sivakumar tidak mempersoalkan keputusan yang dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sivakumar terima keputusan digugurkan, sentiasa berjiwa rakyat
Menurut Ahli Parlimen Batu Gajah itu, beliau telah melakukan yang terbaik sepanjang setahun menjawat portfolio berkenaan.
Kadar pengangguran disasar turun hingga tiga peratus tahun hadapan
Sivakumar berkata kadar sasaran itu mampu dicapai dalam tempoh setahun.
Utamakan tingkat kemahiran, latihan semula untuk pupuk tenaga kerja mampan - Sivakumar
Majikan digesa mengutamakan usaha peningkatan kemahiran dan melatih semula kemahiran sumber manusia, bagi memupuk tenaga kerja yang dinamik, mampan dan berdaya tahan.
Beku kuota pekerja asing masih kekal - Sivakumar
Keputusan untuk membekukan kuota pengambilan pekerja asing termasuk bagi tahun hadapan masih kekal dan Kabinet belum membuat sebarang ketetapan baharu berhubung perkara itu.
Cadangan pekerja asing gantian PRIMAS akan dibincang dengan MOF - Sivakumar
Cadangan PRIMAS supaya kerajaan membenarkan pengambilan pekerja asing gantian akan dibincangkan dalam jawatankuasa bersama Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Kewangan.
LKAN: KSM akan pastikan pengurusan pekerja asing pada tahap cemerlang - Sivakumar
KSM telah mengambil beberapa usaha untuk memastikan pengurusan pekerja asing dijalankan dengan lebih cemerlang.
KSM akui wujud kes amah tidak dibayar gaji selama 19 tahun
KSM mengakui masih banyak kes membabitkan majikan yang mengabaikan pekerja asing termasuk isu tidak membayar gaji amah selama 19 tahun.
MTL: Majikan diminta prihatin, bantu pekerja berdepan musibah banjir - Sivakumar
Katanya, dalam tempoh musim tengkujuh, banjir kilat dan banjir besar boleh berlaku bukan sahaja di Pantai Timur, tetapi juga kawasan lain.
KSM sedang perinci cadangan perluas Skim Keilatan pekerja asing - Sivakumar
KSM sedang memperincikan cadangan memperluas Skim Keilatan kepada pekerja asing di negara ini sebelum dikuatkuasakan dalam masa terdekat.