awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Nicki Minaj dakwa sebagai ‘peminat nombor satu’ Donald Trump
Sekurang-kurangnya lima maut selepas Ribut Kristin melanda Portugal
Iran bakal umumkan nama dan butiran mangsa terkorban dalam protes terbaharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu pekerja gig harus dibincangkan secara tripartit agar keputusan seimbang - Aktivis GEM

Astro Awani
Astro Awani
28/01/2026
22:50 MYT
Isu pekerja gig harus dibincangkan secara tripartit agar keputusan seimbang - Aktivis GEM
Jose Rizal berkata, rundingan tersebut harus bersifat tripartit iaitu melibatkan kerajaan, wakil pekerja gig dan entiti platform. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Isu melibatkan pekerja e-hailing dan p-hailing harus dirunding secara berstruktur melalui Majlis Perundingan Gig (MPG).
Ketua Aktivis Gabungan E-Hailing Malaysia (GEM), Jose Rizal berkata, rundingan tersebut harus bersifat tripartit iaitu melibatkan kerajaan, wakil pekerja gig dan entiti platform.
“Pendekatan ini memastikan suara pekerja gig didengar secara rasmi dan keputusan yang dicapai adalah adil, seimbang serta berpaksikan situasi sebenar di lapangan,” katanya melalui kenyataan yang dikeluarkan pada Rabu.
Pada masa sama, Jose turut menyatakan sokongan terhadap kenyataan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R Ramanan berhubung isu gaji minimum serta peranan MPG dalam menentukan kadar pendapatan minimum pekerja gig.
Menurutnya, pandangan Ramanan adalah berlandaskan realiti sebenar ekosistem pekerja gig yang berstruktur, anjal serta model operasi berbeza daripada pekerjaan konvensional.
“Pendekatan ini munasabah dan realistik, khususnya melalui pelaksanaan Akta Pekerja Gig yang telah diwartakan pada Disember 2025, serta penubuhan mekanisme MPG yang merupakan langkah tepat, progresif dan berasaskan keperluan sebenar pekerja gig,” katanya.
Tambahnya, GEM turut menghargai penjelasan bahawa kadar gaji minimum RM1,700adalah rujukan kepada dasar gaji minimum konvensional dibawah Akta Pekerja bukan melibatkan pekerja gig.
Dalam pada itu, Jose menyeru semua pihak agar memberi kepercayaan kepada MPG untuk melaksanakan peranannya sebagaimana diperuntukkan oleh undang-undang, demi kepentingan jangka panjang pekerja gig dan kestabilan industri.
GEM turut menyatakan komitmen kerjasama dengan Kementerian Sumber Manusia dan semua pihak berkepentingan bagi memastikan kebajikan, perlindungan dan masa depan pekerja gig terus diperkukuh selaras dengan aspirasi Kerajaan MADANI.
Topic Berkaitan
#gaji minimum
#KESUMA
#Kerajaan Madani
#e-hailing
#pekerja gig
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan