awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
New Zealand tidak akan sertai Lembaga Keamanan tajaan Trump
Pegawai kanan TLDM paksa kontraktor sewa di dua buah hotel miliknya - Azam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu pelancong asing 'overstay', JKPK panggil wakil KDN dan JIM

Bernama
Bernama
27/03/2024
08:51 MYT
Isu pelancong asing 'overstay', JKPK panggil wakil KDN dan JIM
Malaysia berdepan masalah kenaikan jumlah pelancong asing yang tinggal melebihi tempoh masa ditetapkan. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Wakil daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Imigresen (JIM) telah dipanggil bagi memberikan penerangan tentang faktor yang menyebabkan jumlah kenaikan pelancong asing tinggal melebihi tempoh masa ditetapkan dan langkah menangani isu itu.
Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Keselamatan (JKPK) bagi Siasatan Terhadap Isu Overstay Pelancong Asing di Malaysia Datuk Jonathan Yasin berkata turut dipanggil adalah wakil daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC).
Beliau berkata wakil kementerian diminta memberikan taklimat berkenaan prosedur dan pemantauan aktiviti ejen pelancongan tidak berdaftar yang menjurus kepada isu pelancong tinggal melebihi had masa ditetapkan.
"Jawatankuasa berpandangan isu 'overstay' (tinggal melebihi tempoh masa ditetapkan) dalam kalangan pelancong asing di negara ini tidak boleh diabaikan. Kehadiran mereka yang tidak dapat dikesan ataupun dipantau sehingga menimbulkan persoalan tentang kegiatan dilakukan dan berkemungkinan boleh mengganggu gugat keamanan serta keharmonian masyarakat negara ini," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut Jonathan selain menangani kebimbangan berkaitan isu itu, sesi prosiding berkenaan juga telah membuka peluang kepada jawatankuasa untuk menyemak prosedur yang dilakukan oleh Jabatan Imigresen di pintu-pintu masuk negara dan MOTAC bagi mengawal kegiatan dan aktiviti ejen pelancongan tidak berdaftar.
"Mereka ini membawa masuk pelancong ke Malaysia dan turut menyumbang kepada jumlah pelancong 'overstay' di negara ini," katanya.
Jonathan yang juga Ahli Parlimen Ranau berkata jawatankuasa terbabit komited untuk memainkan peranan sebagai mekanisme semak dan imbang kepada badan eksekutif.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pelancong asing
#tempoh lawatan
#KDN
#Imigresen
#MOTAC
#overstay
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan