KETIKA aksi kesilapan Onana pada pertembungan Manchester United dengan Galatasaray awal pagi tadi masih diperdebatkan di kalangan penyokong setia United hari ini, kesukaran kelab gergasi Liga Perdana Inggeris itu nampaknya tidak sedikit.
Beberapa hari lalu beberapa isu besar membabitkan kelab itu turut tersebar dan hangat diperdebatkan di kalangan pemerhati bola sepak antarabangsa dan juga media utama Eropah apabila Red Devils kini berkemungkinan berdepan penggantungan daripada menyertai kancah Liga Juara-Juara 2024/25.
Ia membabitkan masalah peraturan pemilikan kelab ‘multi-club ownership’ oleh UEFA berikutan keterlibatan Sir Jim Ratcliffe yang dilaporkan akan membeli 25 peratus kepentingan dalam Manchester United.
Dalam masa yang sama, jutawan terkenal itu juga, yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif INEOS, merupakan pemilik kepada kelab dari Ligue 1 Perancis iaitu Nice.
Ia jelas akan memberikan implikasi yang besar seandainya ia benar-benar berlaku kerana badan induk bola sepak Eropah itu tidak membenarkan dua kelab yang dimiliki oleh individu sama beraksi dalam Liga Juara-Juara pada satu musim.
Menurut media antarabangsa, perkara itu juga ditegaskan oleh jurucakap UEFA yang mengulangi keperluan semua kelab memenuhi peraturan dan ketetapan yang telah diputuskan sebelum ini.
“Seperti peraturan yang ditetapkan, ia adalah situasi yang jelas. INEOS memiliki Nice dan bersedia untuk memainkan peranan penting dalam mengendalikan United.
"Melainkan peraturan diubah, atau INEOS menjual salah satu kepentingan mereka, mereka tidak boleh bermain dalam pertandingan Eropah, melainkan satu dalam Liga Juara-Juara dan satu lagi dalam Liga Persidangan," jelas kenyataan tersebut.
Astro Arena
Thu Nov 30 2023
Media Eropah melaporkan, Red Devils kini mungkin berdepan penggantungan daripada menyertai kancah Liga Juara-Juara 2024/25 kerana masalah peraturan pemilikan kelab ‘multi-club ownership’ oleh UEFA. - Foto Astro ARENA
Apple dilapor semakin hampir dalam kerjasama guna teknologi OpenAI pada iOS 18
Selain OpenAI, Apple turut berbincang bersama Google untuk penggunaan Gemini pada iOS 18, tetapi masih belum mencapai tahap perbincangan seperti OpenAI setakat ini.
Ajaran The Ahmadi cuba disebarkan semula
Ajaran The Ahmadi cuba disebarkan semula walaupun telah lama difatwakan sesat oleh pihak berkuasa agama Islam di peringkat Persekutuan dan negeri-negeri.
Pertemuan Anwar, Sheikh Mohammed medan terbaik Malaysia faham situasi terkini di Gaza
Malaysia melihat peranan Qatar sangat signifikan memandangkan negara itu merupakan orang penting dalam rundingan antara Palestin dan Israel.
Penunjuk perasaan pro-Palestin dan polis Florida bertempur
Penunjuk perasaan pro-Palestin bertempur dengan polis di Orlando, Florida, pada Sabtu.
Menurut penunjuk perasaan yang menggesa gencatan senjata di Gaza, polis menyembur semburan lada dan gas pemedih mata ke atas kebanyakan wanita dan kanak-kanak yang berdemonstrasi secara aman di sebuah taman.
Menurut penunjuk perasaan yang menggesa gencatan senjata di Gaza, polis menyembur semburan lada dan gas pemedih mata ke atas kebanyakan wanita dan kanak-kanak yang berdemonstrasi secara aman di sebuah taman.
Letupan dahsyat, asap hitam penuhi utara Gaza
Tentera Israel menyeru penduduk Palestin yang berlindung di kawasan Jabalia di utara Gaza untuk mengosongkan kawasan berkenaan selepas mendapat maklumat kononnya Hamas cuba memulihkan semula kawalannya di kawasan itu.
Nasihat Wan Rosdy kepada ahli UMNO: “Ikhlas sertai parti, buang sikap pentingkan diri”
Sikap pentingkan diri menjadi masalah dalaman parti dan andai dibiarkan boleh merosakkan keutuhan UMNO.
Tentera Israel arah penduduk Palestin berpindah dari Rafah
Arahan berpindah itu dikeluarkan menerusi risalah yang digugurkan dari udara.
Bas terbalik di lebuh raya PLUS, 41 penumpang terselamat
Seramai 41 penumpang termasuk pemandu terselamat setelah bas persiaran yang dinaiki mereka terbabas lalu terbalik di kilometer 264.5 lebuhraya utara selatan (PLUS), arah selatan hari ini.
Wartawan baharu perlu aktif turun padang, elak ‘cerita’ disampaikan hambar
Pengamal media perlu aktif turun lapangan bagi mencari bahan berita lebih tulen tanpa perlu bergantung sepenuhnya kepada maklumat diperoleh atau dikongsikan melalui media sosial.
AWANI Ringkas: Dijangka catat dagangan dalam julat kecil
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Arteta tuntut aksi terbaik kalahkan Manchester United
Amaran keras Mikel Arteta buat anak buahnya, pamer aksi terbaik menentang Manchester United di Stadium Old Trafford, malam ini.
Nasib Ten Hag selepas final Piala FA
Manchester United tidak akan memecat Erik ten Hag sebelum perlawanan akhir Piala FA bulan ini.
EPL: Bruno Fernandes beri bayangan tinggalkan Manchester United
"Jika saya perlu berfikir untuk tidak terus berada di EPL maka ia tidak akan berlaku sehingga selepas saingan EURO nanti."
EPL: Man United sama hebat dengan skuad tercorot liga
Penjaga gol Manchester United, Andre Onana menjadi punca buat pasukannya kehilangan kemenangan menentang Burnley.
EPL: Ten Hag anggap reaksi ke atas kemenangan MU umpama 'penghinaan'
Kemenangan yang diraih MU bukan sesautu yang memalukan, reaksi sesetengah pihak berlebihan, bidas Ten Hag.
Perkara mungkin berbeza di Man Utd andai Mourinho terima sokongan seperti Ten Hag
Jose Mourinho percaya kerjayanya di Manchester United mungkin lebih berjaya sekiranya dia diberi kepercayaan yang sama seperti Erik ten Hag.
Piala FA Inggeris: Manchester United pilih skrip mendebarkan ke final
Conventry City mencetuskan cemas buat anak buah Erik ten Hag menerusi kebangkitan luar biasa bagi mengheret perlawanan ke masa tambahan.
Zidane berminat jadi jurulatih Manchester United
Legenda bola sepak Perancis itu dikatakan memantau dengan teliti situasi Erik ten Hag di United walaupun telah mencapai persetujuan dengan Bayern.
Liverpool buat Man United kini berpaling sokong Man City - John Aldridge
Aldridge memberikan tamparan hebat buat penyokong Manchester United yang tampak gembira atas kekalahan Liverpool di tangan Crystal Palace.
EPL: Manchester United hanya mampu seri lagi
Manchester United jatuh ke tangga ketujuh liga sambil berkongsi mata dengan Newcastle United di tangga ke keenam.