IPOH: Dakwaan yang mengatakan Perbadanan Menteri Besar Perak (MB Inc) melakukan penganiayaan dan pengusiran secara paksa terhadap pengusaha pertanian di kawasan Mukim Pasir Panjang Ulu, Daerah Perak Tengah adalah tidak benar, sebaliknya dibuat mengikut proses undang-undang.
Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pihak MB Inc telah mengadakan beberapa siri rundingan secara langsung bersama pengusaha terbabit sejak 2021, selain menawarkan ex-gratia dengan kadar munasabah.
Malah, beliau mendedahkan pengusaha pertanian tanpa kebenaran itu meminta pampasan RM100,000 bagi 0.4 hektar jika mahu mereka keluar dari tanah yang diusahakan itu.
"MB Inc tidak bersetuju dengan permintaan itu dan hanya bersetuju memberikan bayaran ex-gratia sebanyak RM2,000 bagi 0.4 hektar kepada pengusaha-pengusaha tanpa kebenaran di tanah seluas 324.15 hektar," katanya pada sidang media selepas Program Mesra Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak Siri 1/2024 di Stadium Indera Mulia di sini hari ini.
Saarani berkata kadar pampasan yang dituntut sangat tidak adil kepada MB Inc kerana selaku tuan rumah, badan itu perlu membayar kepada pengusaha dengan jumlah besar untuk mengusahakan tanah milik MB Inc sendiri.
Beliau berkata operasi Pembersihan Fasa 1 pada 29 Dis tahun lepas melibatkan sebahagian kecil kawasan tanaman sawit seluas 8.09 hektar daripada keseluruhan tanah pajakan melombong MB Inc seluas 324.15 hektar.
"Operasi terbabit dilakukan untuk membangunkan projek perlombongan bijih timah yang masih mempunyai potensi mineral untuk dimajukan dan bakal menyumbang hasil kepada kerajaan negeri.
"MB Inc selaku anak syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dipertanggungjawabkan membangun dan melaksanakan aktiviti melibatkan sumber mineral negeri," katanya.
Saarani berkata pihaknya tidak mahu isu yang dibangkitkan itu menjadi modal oleh pihak tertentu mengambil kesempatan dengan mengeruhkan lagi keadaan.
"Kita sentiasa komited mengambil pendekatan berhemah dalam menyelesaikan isu seperti ini terutamanya melibatkan pengambilan semula tanah milik kerajaan negeri.
"Begitu juga tindakan yang kita ambil terhadap peneroka tanah Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) di Silver Valley Technology Park di Chemor dan Kanthan yang kita uruskan mengikut lunas undang-undang," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 04 2024
Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pihak MB Inc telah mengadakan beberapa siri rundingan secara langsung bersama pengusaha terbabit sejak 2021, selain menawarkan ex-gratia dengan kadar munasabah. - Gambar fail/BERNAMA
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 29 April 2024.
WEF gemakan wawasan, keterbukaan Malaysia melalui tiga hasrat
Malaysia mahu perkasa hubungan bilateral antara negara, selain perbincangan mengenai pelaburan dan usaha mengukuhkan jalinan kerjasama sedia ada.
Thailand-Brunei perkukuh kerjasama sempena ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-40 dalam hubungan diplomatik pada tahun ini, Thailand dan Brunei berharap dapat mengukuhkan lagi kerjasama dua hala dan meningkatkan kerjasama ekonomi.
Rangka manusia dijumpai di Gemas
Satu rangka manusia dijumpai di ladang kelapa sawit Felda Sungai Kelamah, Gemas, Tampin pada 2.10 petang hari ini.
Putera Mahkota Arab Saudi berhasrat adakan lawatan rasmi ke Malaysia akhir tahun ini - PM
Hasrat itu dizahirkan semasa dialog khas Putera Mahkota Arab Saudi itu bersama beberapa pemimpin negara lain di luar Mesyuarat Khas WEF 2024 pada Ahad.
10 Berita Pilihan - (29 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Selasa - 30 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
SC, IsDB jalin bersama majukan pasaran modal Islam dan kewangan sosial
SC hari ini memeterai MoU dengan IsDB, sekali gus membuka ruang kerjasama lebih erat dalam ICM dan meluaskan jangkauan teknologi kewangan (fintech) dan kewangan sosial Islam, terutama wakaf.
Hamidin sedia terima kritikan, terbuka dicabar
Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin tidak terkecil hati dan sedia menerima kritikan mana-mana pihak termasuk bekas Timbalan Presiden FAM Khairy Jamaluddin.
Isu pengusaha pertanian Mukim Pasir Panjang: Tiada penganiayaan, pengusiran paksa - MB
Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pihak MB Inc telah mengadakan beberapa siri rundingan secara langsung bersama pengusaha terbabit sejak 2021.