GEORGE TOWN: Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) mengambil tindakan membuat pindaan serta-merta terhadap semua surat tawaran penjualan tanah dengan meletakkan klausa berkaitan perubahan saham syarikat sebelum menandatangani perjanjian dengan mana-mana pihak.
Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata tindakan itu bagi memastikan isu penjualan tanah membabitkan tanah PDC di Byram, Kawasan Perindustrian 2 Batu Kawan (BKIP2), Batu Kawan dekat sini, tidak berulang pada masa hadapan.
"Isu perubahan saham oleh pihak UMECH Land Sdn Bhd (UMECH) yang berlaku sebelum menandatangani perjanjian adalah perkara yang didapati pertama kali berlaku tanpa sebarang makluman daripada pihak UMECH kepada PDC.
"Oleh yang demikian, bagi mengatasi perkara yang sama berulang, pihak PDC telah membuat pindaan serta-merta ke atas semua surat tawaran dengan meletakkan klausa berkaitan perubahan saham syarikat sebelum menandatangani perjanjian supaya perkara yang sama tidak berulang," katanya.
Beliau menjawab soalan Lee Khai Loon (PKR-Machang Bubuk) yang ingin tahu berkenaan isu penjualan tanah di Byram, BKIP2 oleh PDC kepada UMECH pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang di sini hari ini.
Media sebelum ini melaporkan pelbagai pihak termasuk Dewan Perniagaan Tionghua Pulau Pinang (PCCC) mempersoalkan mengenai penjualan tanah seluas 223.6 hektar di Byram kepada UMECH.
Susulan pelbagai isu berhubung penjualan tanah itu, Lembaga PDC memutuskan untuk menamatkan perjanjian usaha sama dengan pihak UMECH Land Sdn Bhd dengan memberikan notis tiga bulan.
Chow yang juga Pengerusi PDC berkata tiada kelemahan atau kesilapan dalam proses dan prosedur penjualan tanah kepada UMECH kerana ia dibuat selaras dengan amalan PDC selama ini iaitu sama ada secara tender terbuka, cadangan permintaan atau rundingan terus.
Beliau berkata dalam hal UMECH, penjualan adalah secara rundingan terus hasil usaha promosi yang dijalankan oleh PDC di Ekspo Dubai 2020 pada 16 hingga 23 Jan 2022 dan UMECH satu-satunya syarikat yang menunjukkan minat bersungguh-sungguh untuk menjalankan perniagaan di Pulau Pinang.
"Sebelum penyertaan Ekspo Dubai 2020, hebahan dan promosi berkaitan projek-projek yang akan dibawa telah dilaksanakan dan pemilihan UMECH juga melalui proses yang panjang dan telus berdasarkan punca kuasa yang telah ditetapkan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 20 2023
Chow berkata tindakan itu bagi memastikan isu penjualan tanah membabitkan tanah PDC di Byram, Kawasan Perindustrian 2 Batu Kawan tidak berulang pada masa hadapan.- Gambar fail/Bernama
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Warga emas guna PPR sebagai lokasi transit PATI
Seorang lelaki berusia 62 tahun ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah selepas menyimpan 22 PATI warga Myanmar di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) miliknya di Kuala Nerang, Kedah sebelum dihantar ke ejen pekerjaan di Pulau Pinang.
Nilai ringgit kukuh, inflasi terkawal petanda positif lonjakan pertumbuhan negara
Nilai Ringgit yang kembali pulih, inflasi kekal terkawal serta kadar pengangguran kekal rendah merupakan antara petanda positif yang akan melonjakkan keyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi negara.
Zon khas untuk jual barangan tanpa subsidi bakal diperkenal
Kerajaan bakal memperkenal zon khas di kawasan sempadan untuk penjualan barangan tanpa subsidi bagi menangani aktiviti penyeludupan dan ketirisan barang kawalan.
Jenazah bayi ditahan: Laporan KKM siap selewat-lewatnya minggu depan
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzukelfy Ahmad memohon orang ramai memberi ruang kepada siasatan, ekoran keunikan kes tersebut.
[TERKINI] Polis rakam keterangan empat individu, jenazah bayi dalam peti sejuk
Polis merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
AWANI Ringkas: Spekulasi Tengku Zafrul tinggalkan UMNO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
PDC tidak beri tanah kepada swasta untuk dibangunkan - Chow
Bank tanah perindustrian PDC terletak di lokasi strategik dan dapat dipasarkan kepada pelabur kategori industri digalakkan.
Isu penjualan tanah: PDC buat pindaan semua surat tawaran jualan tanah
Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) mengambil tindakan membuat pindaan serta-merta terhadap semua surat tawaran penjualan tanah.
Titijaya Land Berhad, PDC bakal bangunkan Medi-Tech City di Batu Kawan
Titijaya Land Berhad dan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang telah menandatangani MoU untuk membangunkan Medi-Tech City yang akan meliputi kawasan seluas 230 ekar tanah di Batu Kawan, Pulau Pinang.
Struktur tiang jambatan Batu Kawan runtuh
Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata kerajaan negeri melalui Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC), akan memulakan siasatan susulan kejadian tersebut.