awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
40 rumah musnah dalam kebakaran di Tawau
Orang ramai diingatkan tidak lakukan aktiviti berbahaya di Jambatan Angkat - Pihak pengurusan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu penyakit tidak berjangkit, pemantauan warga asing antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini

Bernama
Bernama
27/10/2025
01:55 MYT
Isu penyakit tidak berjangkit, pemantauan warga asing antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Usai sesi soal jawab, mesyuarat Dewan Rakyat diteruskan dengan perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan 2026) yang memasuki hari ketujuh, selepas dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 10 Okt.
KUALA LUMPUR: Isu penyakit tidak berjangkit (NCD) dan pemantauan terhadap warga asing yang telah diberikan visa jangka panjang, antara tumpuan mesyuarat Dewan Rakyat hari ini.
Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman rasmi Parlimen, Datuk Adnan Abu Hassan (BN-Kuala Pilah) bertanyakan kepada Menteri Kesihatan mengenai inisiatif kementerian dalam mengurangkan beban NCD seperti diabetes, hipertensi dan obesiti melalui pendekatan bersepadu merangkumi promosi gaya hidup sihat dan pengukuhan rawatan primer.
Beliau juga ingin tahu berhubung kerjasama rentas kementerian bagi memastikan keberkesanan intervensi kesihatan awam di seluruh negara, pada sesi soal jawab lisan.
Pada sesi sama, Mohd Hasnizan Harun (PN-Hulu Selangor) meminta Menteri Dalam Negeri menjelaskan langkah pemantauan dan penguatkuasaan terhadap warga asing yang diberikan visa jangka panjang atau terlibat dalam Program Malaysia My Second Home (MM2H) supaya mematuhi undang-undang negara dan tidak terbabit dalam kegiatan yang menjejaskan keselamatan awam.
Selain itu, Datuk Wan Saifulruddin Wan Jan (PN-Tasek Gelugor) bertanyakan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri mengenai langkah yang telah dan akan diambil untuk memimpin ASEAN mengurangkan halangan bukan tarif bagi membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berkembang di rantau ini.
Usai sesi soal jawab, mesyuarat Dewan Rakyat diteruskan dengan perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan 2026) yang memasuki hari ketujuh, selepas dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 10 Okt.
Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Parlimen ke-15 Dewan Rakyat berlangsung selama 35 hari hingga 4 Dis ini.
-- BERNAMA
Kalkulator Belanjawan 2026 - Ketahui Apa Manfaat Anda di sini!
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#Parlimen
#Rang Undang-Undang
#Belanjawan 2026
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan