awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua rentung: Kebakaran dilakukan anak mangsa - Polis
Pemasangan pengecas EV perlu strategik, kerajaan digesa atasi isu sambungan grid
Ketibaan pelancong asing ke Thailand turun 7.25%, Malaysia kekal penyumbang utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu perkauman: Politik 'keterlaluan' antara masalah - Soh Chin Aun

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
12/01/2020
08:14 MYT
Isu perkauman: Politik 'keterlaluan' antara masalah - Soh Chin Aun
"Buat masa ini di negara kita, ramai ahli politik yang yang bercerita pasal perkauman dan sebagainya. Tapi sebenarnya, di hati mereka, saya rasa mereka tidak mahu masalah perkauman," kata Datuk Soh Chin Aun - Foto BERNAMA
Melihat kepada wujudnya bibit keretakan perpaduan rakyat di negara ini, legenda bola sepak negara, Datuk Soh Chin Aun menzahirkan kekecewaannya.
Beliau akui, isu keretakan perpaduan yang sedikit sebanyak berkait kemelut politik perlu diselesaikan dengan baik oleh para pemimpinnya.
"Buat masa ini di negara kita, ramai ahli politik yang yang bercerita pasal perkauman dan sebagainya. Tetapi sebenarnya, di hati mereka, saya rasa mereka tidak mahu ada benda (masalah perkauman) macam ini berlaku.
"Saya fikir, kita tidak mahu cerita berkenaan masalah perkauman dan sebagainya, itu akan menjadikan kita lebih baik kerana perkara seperti ini adalah sensitif. Bagi sesiapa pun, mereka tidak suka.
"Kita mesti duduk satu meja, bercakap dengan baik. Kita tidak mahu bila jadi isu seperti ini (perkauman), orang rasa tidak sedap (tidak suka). Mereka (ahli politik) hanya suka bercakap kerana mereka mempunyai agenda la. Jadi, kita biarkan sahajalah," ujarnya ketika ditemui Astro AWANI di sini pada Ahad.
Beliau sebelum itu menjadi tetamu jemputan pada Pertandingan Bola Sepak Perpaduan Piala Khalid Samad yang menyaksikan penyertaan 16 pasukan pelbagai kaum dalam pertandingan sehari itu.
Mahu melihat Malaysia menjadi lebih baik, Chin Aun berkata sukan sepatutnya menjadi penyatuan perpaduan rakyat.
"Kita perlu ada pertandingan (berkonsep) sebegini. Di padang, kita bersama bermain bola, kita lupakan perkara lain.
"Kita hanya fikir bagaimana untuk jaringkan gol. Itu sahaja. Kita tidak bercakap soal politik, atau perkara lain.
"Kita mahu menang dalam pertandingan bola sepak, bukan menang dalam isu-isu sebegini (isu perkauman)," katanya.
Pertandingan bola sepak 9 sebelah itu mensyaratkan supaya setiap pasukan mempunyai sekurang-kurangnya tiga anggota berlainan bangsa.
Sejumlah 16 pasukan bertanding dengan disertai oleh bukan sahaja mereka yang berbangsa Melayu, Cina, India dan Sikh, tetapi juga etnik lain seperti Iban, Murut dan Bidayuh.
Topic Berkaitan
#bola sepak
#bola sepak perpaduan
#Datuk Soh Chin Aun
#kepelbagaian kaum
#perpaduan
#sukan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan