awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu PLV, UiTM dan ringgit antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini

Astro Awani
Astro Awani
25/06/2024
23:00 MYT
Isu PLV, UiTM dan ringgit antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Mesyuarat kedua, penggal ketiga Parlimen ke-15 akan berlangsung selama 15 hari hingga 18 Julai ini. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Pelaksanaan Pelan Liberalisasi Visa (PLV), cadangan membenarkan bukan bumiputera menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan nilai ringgit antara perkara yang menjadi tumpuan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Menurut aturan urusan mesyuarat di portal Parlimen, kesemua soalan berkenaan akan diajukan pada sesi soal jawab lisan.
Isu PLV dibangkitkan Datuk Nik Muhammad Zawawi Salleh (PN-Pasir Puteh) kepada Menteri Dalam Negeri yang mahu jaminan bahawa pelaksanaan pelan itu tidak akan menggugat keselamatan rakyat dan negara.
Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh meminta Menteri Pendidikan Tinggi menyatakan sama ada kerajaan bercadang untuk membenarkan bukan bumiputera menuntut di UiTM dengan meminda Akta UiTM 1976.
Soalan berkaitan ringgit pula diajukan Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim yang ingin tahu punca nilai ringgit semakin kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat akhir-akhir ini kepada Menteri Kewangan.
Selain itu, Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Wee Ka Siong bertanyakan soalan kepada Menteri Kewangan sejauh mana kesediaan kerajaan untuk mengenakan penalti susulan prestasi perkhidmatan perbankan yang kerap tergendala sehingga menyusahkan pengguna.
Usai sesi itu, persidangan Dewan Rakyat diteruskan dengan perbahasan bagi Rang Undang-Undang (RUU) Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (pembubaran) 2024 untuk bacaan kali kedua daripada Menteri Pengangkutan.
Turut tersenarai dalam aturan mesyuarat hari ini ialah pembentangan RUU pihak berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (pindaan) 2024, juga daripada Menteri Pengangkutan.
Mesyuarat kedua, penggal ketiga Parlimen ke-15 akan berlangsung selama 15 hari hingga 18 Julai ini.
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#PLV
#UiTM
#ringgit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan