Isu derma RM2.6 bilion dan SRC International tidak boleh dibahas di Parlimen.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said dalam kenyataan hari ini berkata, mengikut Peraturan 23 (1), sebarang isu yang dibicarakan di mahkamah tidak boleh dibahaskan di Parlimen.
"Kerajaan tidak boleh lagi menjawab soalan berkaitan isu tersebut di Parlimen disebabkan ia tertakluk kepada Peraturan Mesyuarat 23 (1) (g) yang menyatakan 'sesuatu pertanyaan tidak boleh dikarangkan cakapnya sekira-kira harus menggelengcungkan perkara yang sedang dibicarakan oleh Mahkamah dan tidak boleh ditanya berkenaan dengan apa-apa perkara dalam pertimbangan mahkamah (sub judice)", katanya di sini.
Bagaimanapun, kerajaan sentiasa komited untuk memberikan jawapan mengenai sebarang isu yang melibatkan akauntabiliti termasuk isu RM2.6 bilion dan SRC International.
Beliau berkata demikian bagi merujuk satu tindakan saman pemula yang difailkan di Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) oleh Badan Peguam Malaysia terhadap Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali pada 14 Mac 2016.
Presiden Badan Peguam, Steven Thiru berkata dalam permohonan itu, Badan Peguam mahu agar keputusan Apandi Ali yang membersihkan Najib daripada sebarang pertuduhan pada 26 Januari lalu diketepikan.
Anthea Yap
Wed Mar 16 2016
Menurut Azalina kerajaan sentiasa komited untuk memberikan jawapan mengenai sebarang isu yang melibatkan akauntabiliti termasuk isu RM2.6 bilion dan SRC International. - Gambar fail
Penolong pegawai perubatan didenda RM3,000 terima rasuah urus jenazah
Seorang penolong pegawai perubatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh didenda RM3,000 kerana menerima rasuah berkaitan kerja pengurusan jenazah.
KBS laksana kajian impak penganjuran Sukan SEA 2027
Mesyuarat mengenai perkara itu masih berjalan dengan penglibatan pelbagai pihak bagi mengenal pasti kelebihan dan kekurangan.
19 individu ditahan dipercayai terbabit sindiket pelaburan palsu
Mereka terdiri daripada lapan lelaki dan tujuh wanita tempatan serta empat lelaki warga asing berusia antara 16 hingga 38 tahun.
[TERKINI] Selamatkan Gaza: Dialog dua Perdana Menteri di Mesyuarat Khas WEF Arab Saudi
Tiga PM iaitu PM Palestin, Jordan dan Mesir serta wakil PBB di Gaza duduk sepentas berdialog secara langsung mencari formula menyelamatkan Gaza yang menjadi pusat graviti kepada kestabilan rantau Asia Barat.
OCC: Masih banyak usaha perlu dibuat dalam isu hak kanak-kanak - Azalina
Malaysia masih ketinggalan berbanding negara lain dalam menangani isu penderaan dan masalah sosial melibatkan kanak-kanak.
Piala Asia B-23: Indonesia tekad roboh benteng kebal Uzbekistan
Bintang skuad Garuda Muda, Witan Sulaeman, teruja dengan peluang untuk melakar lebih banyak sejarah ketika membuat persiapan menghadapi aksi separuh akhir PIala Asia B-23 malam ini.
Airbus RACER helikopter terpantas dunia?
Ketika masih dikenali sebagai pesawat eksperimen X3, ia memegang rekod sebagai helikopter terpantas dengan kelajuan mencecah 472 km/j.
AWANI Ringkas: Letupan bom di Thailand | Hadapi dua pertuduhan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Mesyuarat Khas WEF: Tekanan politik dalaman punca Israel ‘menggila’ - PM Jordan, Mesir
Kedua-dua perdana menteri negara Asia Barat itu setuju serangan ketenteraan di Rafah hanya akan memburukkan keadaan yang sudah sedia meruncing.
Tingkat kawalan di sempadan tangani kemasukan kambing, lembu murah menjelang Aidiladha
KPKM meminta jabatan dan agensi kerajaan berkaitan kawalan sempadan memperhebat penguatkuasaan serta kawalan di pintu masuk negara bagi menangani kemasukan kambing dan lembu murah menjelang Aidiladha.
Pengesahan Arab Saudi automatik nafikan perjuangan 'Selamatkan Malaysia' - KJ
Gerakan Selamatkan Malaysia secara automatik hilang tujuannya selepas pengesahan dari Arab Saudi, kata Ketua Pemuda UMNO.
Najib 'disabit' kesalahan dalam perbicaraan melalui media - Salleh
Mereka yang memfitnah perdana menteri perlu memohon maaf kepadanya.
Isu RM2.6 bilion tidak boleh dibahas di Parlimen - Azalina
Mengikut Peraturan 23 (1), sebarang isu yang dibicarakan di mahkamah tidak boleh dibahaskan di Parlimen.
"Saya tetap istiqamah dan fokus jalankan pentadbiran" - Najib
Najib sedar beliau berhadapan dengan tekanan dan kempen benci yang rancak dijalankan.
Usul minta Peguam Negara letak jawatan cabar prerogatif Agong - Hafarizam
Badan Peguam Malaysia akan membahaskan pada mesyuarat agung tahunannya Sabtu ini, satu usul meminta Mohamed Apandi mengundurkan diri sebagai Peguam Negara.
Badan Peguam fail semakan kehakiman terhadap keputusan Peguam Negara, Apandi Ali
Ia dibuat berdasarkan pendapat bahawa kuasa pendakwaan berdasarkan budi bicara Peguam Negara mengikut Artikel 145(3) Perlembagaan Persekutuan tidak bersifat mutlak atau tidak terbatas.
'Najib dapat kebenaran lupus permohonan saman PKR' - Hafarizam
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memberi kebenaran untuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk melupuskan permohonan membuang writ saman PKR.
Peguam Negara disyorkan lantik panel bagi siasatan SRC International, RM2.6 bilion
Peguam Negara disyorkan membentuk sebuah panel bebas untuk mempertimbangkan hasil siasatan yang bakal dikemukakan oleh SPRM berkenaan kes SRC International dan dana RM2.6 bilion.
Derma RM2.6 bilion dari negara 'bersaudara' yang mahu parti menang PRU - Nazri
Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz menegaskan derma RM2.6 bilion yang disalurkan ke akuan peribadi Datuk Seri Najib Razak, datang daripada negara "bersaudara" yang mahu parti tertentu menang.
Saya belanja kurang RM50 juta untuk menang lima pilihan raya - Tun Mahathir
Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau menghabiskan kurang daripada RM50 juta bagi lima pilihan raya umum.