awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu RM600 bilion: 'Tiada apa yang disorok, saya akan bekerjasama' - Tengku Zafrul

Fareez Azman
Fareez Azman
08/12/2022
08:34 MYT
Isu RM600 bilion: 'Tiada apa yang disorok, saya akan bekerjasama' - Tengku Zafrul
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata beliau bersedia beri kerjasama sekiranya di panggil SPRM. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata dirinya tidak mendapat sebarang panggilan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memberi keterangan mengenai dakwaan berlaku penyelewengan dana RM600 bilion dalam kerajaan terdahulu.
Ujar Tengku Zafrul, tiada isu yang ingin diselindungi, malah beliau bersedia memberi kerjasama sekiranya di panggil memberi keterangan.
"Setakat ini tiada panggilan daripada SPRM , tidak dapat panggilan, kalau dipanggil kita akan kerjasama dengan SPRM kerana kita tiada benda yang kita nak sorok.
"Saya tak dapat any call from SPRM, kalau ada panggilan, saya tentu akan beri kerjasama, yang paling penting tiada benda yang disorok.
"Saya lebih daripada bersedia, tetapi sekarang tiada panggilan daripada SPRM," katanya ketika ditemui media dalam majlis pelancaran kenderaan elektrik BYD di ibu negara pada Khamis.
Mengulas lanjut ujar Tengku Zafrul, beliau telah menjelaskan sebelum ini mengenai perkara itu.
Bagaimanapun beliau berharap Kementerian Kewangan juga memberi kerjasama berhubung isu itu.
"Saya tak nak jelaskan masa ini, kita tunggu dulu kalau ada apa apa nak dijelaskan. Kementerian Kewangan boleh jelaskan, paling penting ialah kalau ada isu berbangkit tak betul, kita highlight lah.
"Tapi saya rasa tiada isu dan yang penting bagi saya kalau ada panggilan daripada SPRM kita akan kerjasama, Kementerian Kewangan pun kena begitu," katanya lagi.
Selain Tengku Zafrul yang merupakan bekas Menteri Kewangan, pemimpin lain yang dikaitkan dengan dakwaan itu ialah bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.
Memetik portal berita tempatan, siasatan SPRM itu susulan laporan diterima beberapa pihak mendakwa berlaku penyelewengan dalam pengurusan dana negara ketika pandemik COVID-19 melanda negara pada 2020.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki pada Selasa mengesahkan pihaknya telah membuka kertas siasatan berhubung isu dana RM600 billion itu.
Bagaimanapun beliau tidak mendedahkan butiran siasatan yang dijalankan itu.
Topic Berkaitan
#SPRM
#Azam Baki
#Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz
#RM600 billion
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan