Skip to main content

Malaysia

Isu saham Azam Baki: Beban ke atas pihak buat tuduhan untuk kemuka bukti - Saifuddin

Putrajaya , 12 Febuari 2026. Menteri Dalam Negeri , Datuk Seri Saifuddin Nasution menyampaikan ucapan pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri di Kompleks Setia Perkasa Putrajaya.Astro AWANI / SHAHIR OMAR
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata pihak membuat tuduhan terhadap Tan Sri Azam Baki perlu mengemukakan bukti terlebih dahulu. -Gambar Astro AWANI/Shahir Omar

PUTRAJAYA: "Pihak yang membuat tuduhan terhadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki perlu mengemukakan bukti terlebih dahulu".

Demikian kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, mengulas gesaan supaya kerajaan menjalankan siasatan bebas berhubung dakwaan Azam Baki memiliki saham dalam beberapa syarikat.

Advertisement

"Seperti yang disebut oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kita biarkan proses undang-undang berjalan. Sekarang ini, beban ke atas pihak yang membuat tuduhan untuk mengemukakan bukti.

"Ketika ini, saya belum dimaklumkan lagi tentang sebarang laporan polis dibuat berkait Azam Baki," ujar Saifuddin dalam sidang media selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan KDN, di sini, pada Khamis.

Sebelum ini, media antarabangsa, Bloomberg melaporkan Azam didakwa memiliki 17.7 juta saham Velocity, sebuah syarikat perkhidmatan kewangan tersenarai di Bursa Malaysia.

Ia berdasarkan pemfailan tahunan oleh syarikat berkenaan kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada 3 Februari tahun lalu.

Nilai pegangan tersebut dianggarkan bernilai hampir RM800,000 setakat penutupan dagangan pada Isnin lalu.

Azam dalam satu sidang media pada Rabu menegaskan beliau sudah melupuskan semua sahamnya dan kini tidak mempunyai sebarang pemilikan saham dalam mana-mana syarikat.

Menurut Azam, beliau membeli saham Velocity tersebut pada awal 2025, dan kemudian melupuskan keseluruhan pegangan itu pada Julai 2025 tanpa mendapat sebarang keuntungan daripada urus niaga tersebut.

Must Watch Video