NATIONAL
Isu sandwic ham: Henti spekulasi, jangan beri tekanan - Armizan

Armizan menegaskan bahawa siasatan akan dilakukan secara telus dan menyeluruh, termasuk oleh Jabatan Kimia dan pelbagai proses lain. -Gambar fail/Bernama
PUTRAJAYA: Semua pihak dinasihat tidak mencetuskan spekulasi berhubung penjualan sandwic diragui status halal berlabel ‘ham and cheese’ yang dijual di Universiti Malaya (UM), baru-baru ini.
Ringkasan AI
- Semua pihak dinasihatkan untuk tidak mencetuskan spekulasi berhubung penjualan sandwic 'ham and cheese' yang diragui status halal di Universiti Malaya (UM), kerana siasatan masih berjalan.
- Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali, menegaskan bahawa siasatan akan dilakukan secara telus dan menyeluruh, termasuk oleh Jabatan Kimia dan pelbagai proses lain.
- Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengesahkan bahawa produk 'ham and cheese' yang dijual di UM tidak mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) dan syarikat yang menghasilkan produk tersebut bukan pemegang SPHM.
“Siasatan bukan hanya kepada Jabatan Kimia itu sahaja tetapi melalui pelbagai proses secara menyeluruh.
"Komitmen kerajaan adalah biar ia dibuat secara telus, segera, dan tunggu keadilan berjalan dengan sebaiknya,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Perutusan Hala Tuju KPDN 2025, di sini, pada Isnin.
Jelasnya, jika terdapat sebarang perkembangan, ia akan dimaklumkan segera supaya dapat meredakan keadaan.
“Apa jua penemuan nanti, jika tiada kes, kita maklumkan. Kalau ada kes, bagi saya platform terbaik adalah melalui pendakwaan.
"Jangan kita buat spekulasi dan sebagainya, itu yang sebaiknya,” ujarnya.
Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, keputusan mengenai produk itu akan diumumkan oleh KPDN dan difahamkan ia sepatutnya diketahui hari ini.
Sebelum ini, UM menerusi satu kenyataan memaklumkan, arahan penutupan serta-merta membabitkan dua premis jualan runcit 24 jam dikeluarkan bagi memberi ruang untuk siasatan.
Susulan itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dalam kenyataan media mengesahkan produk 'ham and cheese' yang dijual di UM itu tidak mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) dan syarikat yang menghasilkan produk itu juga bukan pemegang SPHM.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami