SEPANG: Menyewa bangunan baharu untuk dijadikan kelas sementara antara tiga cadangan dikemukakan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Sepang bagi menangani isu kepadatan murid di Sekolah Kebangsaan (SK) Cyberjaya.
Ahli Parlimen Sepang, Datuk Aiman Athirah Sabu berkata, dua lagi syor dikemukakan ialah penyuraian pelajar ke beberapa sekolah berhampiran dan menyediakan kelas tambahan dalam bentuk kabin.
Menurutnya, kesemua cadangan bersifat penyelesaian jangka pendek itu dibuat sementara menunggu SK 2 Cyberjaya yang dijangka siap menjelang 2028.
"Saya punya kecenderungan lebih kepada menyewa bangunan untuk dijadikan kelas sementara dan bangunan itu pun telah kita kenal pasti.
"Bagaimanapun prosesnya masih perlu dibincangkan bersama Kementerian Pendidikan (KPM) kerana ia akan melibatkan kos yang agak tinggi," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada program Kasih Ramadan Tanpa Pembaziran anjuran Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) di Bazar Ramadan Kosmopleks, Bandar Baru Salak Tinggi di sini pada Ahad.
Mengulas lanjut, Aiman Athirah yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) berkata, kesemua cadangan atau pilihan yang dikemukakan juga mengambil kira pelbagai faktor antaranya kesesuaian dan keselamatan pelajar.
Beliau dalam masa sama yakin isu sekolah padat itu akan mendapat perhatian serius Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
"Saya yakin isu berkenaan dapat ditangani di bawah dua pimpinan negara yang sangat cakna kepada kesejahteraan dan kebajikan murid," katanya.
Sebelum ini, laman Facebook komuniti setempat memaparkan situasi kepadatan murid Tahun 1 SK Cyberjaya yang kemudiannya mengundang pelbagai reaksi ibu bapa dan warganet.
Difahamkan, jumlah keseluruhan kelas yang dibuka kepada murid sekolah itu adalah sebanyak 13 kelas.
Astro Awani
Sun Mar 17 2024
Aiman Athirah berkata, dua lagi syor dikemukakan ialah penyuraian pelajar ke beberapa sekolah berhampiran dan menyediakan kelas tambahan dalam bentuk kabin. - Gambar Astro AWANI
Jelajah Perpaduan Kayuhan Hijau rentas sembilan negeri di Semenanjung
Jelajah ini bertujuan mempromosikan Kempen Penghijauan Malaysia dengan aktiviti penanaman pokok oleh peserta kayuhan hijau.
Kes denggi menurun - KP Kesihatan
Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, tiada kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan dalam minggu tersebut.
Penduduk Malaysia cecah 34 juta - DOSM
Penduduk Malaysia pada suku tahun pertama 2024 (ST1 2024) dianggarkan berjumlah 34 juta, meningkat 2.3 peratus berbanding suku tahun pertama 2023 (ST1 2023).
AWANI Ringkas: Saman Lim Kit Siang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Universiti seluruh dunia jadi hab sokong perjuangan Palestin
Universiti menjadi hab mega aktivisme bagi pelajar mengangkat perjuangan Palestin dan membantah pembunuhan yang sedang dilakukan oleh Israel dengan sokongan sekutunya, Amerika Syarikat.
Ippo Hafiz gagal hadirkan diri kes tuntutan cerai, hak jagaan anak
-Saya dah failkan kes ini pada Februari, harapnya dia datang lah bagi sebutan kes minggu hadapan supaya boleh selesaikan dengan cara yang baik.
Piala Asia: Kazakhstan calar rekod bersih Malaysia
Skuad hoki dalam dewan wanita alami kekalahan pertama di tangan Kazakhstan, 1-5, pada saingan ketiga Kumpulan A.
Pusat Arkeologi Guar Kepah 98 peratus siap, akan dibuka akhir tahun ini
Pembukaan pada akhir tahun itu setelah mengambil kira fasa pemindahan rangka dan artifak Guar Kepah.
Singapura sedia mengalu-alukan PM baharu pada Rabu
Lawrence Wong, 51, akan menggantikan Lee Hsien Loong, 72, yang telah berkhidmat sebagai perdana menteri sejak tahun 2004.
MBPP, MBSP diarah periksa pokok tua
Arahan juga dikeluarkan untuk kedua-dua pihak berkuasa tempatan (PBT) itu menjalankan pemeriksaan pokok secara berkala.
KPM laksana pelbagai inisiatif perkasa sistem pendidikan
Kementerian Pendidikan (KPM) sedang melaksanakan pelbagai inisiatif untuk memperkasakan sistem pendidikan negara.
KPM harap lebih banyak penglibatan swasta
Kementerian Pendidikan berharap lebih banyak syarikat swasta akan bekerjasama dengan kerajaan dalam membantu menjayakan agenda pendidikan negara.
KPM peruntuk lebih RM134 juta selenggara tandas SBK tahun ini - Wong
Lebih RM134 juta diperuntukkan kepada 1,919 Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK) bagi projek menaik taraf serta menyelenggara tandas sekolah.
KPM sedia pertimbang cadangan keluar keputusan SPM lebih awal
Kementerian Pendidikan bersedia menimbang cadangan semua pihak termasuk NUTP supaya keputusan SPM 2023 diumumkan lebih awal.
Pemerkasaan bahasa Melayu, Inggeris perlu seiring - Fadhlina
Pemerkasaan Bahasa Melayu harus seiring dengan pengukuhan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua agar kedua-duanya tidak dipinggirkan.
Keputusan SPM 2023 diumum 27 Mei ini - KPM
Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 akan diumumkan pada 27 Mei ini.
Reformasi pembangunan TVET perlu dibuat secara holistik
Reformasi pembangunan perlu dibuat secara holistik membabitkan ekosistem Pendidikan TVET sedia ada di Malaysia, kata Presiden Yayasan Mahir Malaysia, Datuk P Sri Ganesh.
Reformasi pendidikan: 'Jangan tambah subjek, beri penekanan interaksi sosial'
Pelajar di peringkat sekolah rendah seharusnya tidak dibebankan dengan terlalu banyak mata pelajaran dalam usaha meningkatkan aspek kualiti dan kecekapan.
Laporan Bank Dunia: Sistem pendidikan didakwa ketinggalan, MASA gesa tindakan segera
Azril mencadangkan agar penelitian tuntas dan telus terhadap sistem pendidikan dilakukan segera terhadap beberapa perkara.
KPM giat laksana pelbagai inisiatif bagi reformasi pendidikan negara
Kelas prasekolah akan diperluas di seluruh institusi pendidikan bawah KPM bagi memastikan isu keciciran murid dapat ditangani daripada awal.