awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Salji sebabkan kesesakan lalu lintas di Paris, utara Perancis
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Gajah mengamuk bunuh enam orang di timur India
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu sempadan Wilayah Persekutuan-Selangor ambil masa lama - Timbalan Menteri

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
24/08/2020
04:17 MYT
Isu sempadan Wilayah Persekutuan-Selangor ambil masa lama - Timbalan Menteri
Santhara Kumar Ramanaidu memberitahu, isu persempadan itu akan mengambil masa yang lama kerana kerajaan perlu menyelesaikan beberapa isu teknikal. Gambar fail/bernama
Proses penyelesaian persempadan Wilayah Persekutuan dan Selangor akan mengambil masa yang lama kerana kerajaan perlu menyelesaikan beberapa isu teknikal termasuk melakukan kerja-kerja pengukuran dan penandaan persempadan yang baharu.
Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Santhara Kumar Ramanaidu memberitahu, perkara itu perlu dimuktamadkan terlebih dahulu.
Menjelaskannya, beliau berkata, ia dalah berikutan pemindahan pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan (PPTGWP) dipindahkan daripada Jabatan Perdana Menteri (JPM) ke Kementerian Wilayah Persekutuan.
Katanya, isu-isu termasuk meminda keanggotaan Jawatankuasa Pengukuran dan Penandaan Sempadan di peringkat negeri, juga perlu diselesaikan.
"Oleh itu, Kementerian Wilayah Persekutuan perlu membetulkan keadaan ini melalui suatu memorandum jemaah menteri.
"Pada masa kini, memorandum itu berada pada semakan terakhir dan akan dibentangkan kepada jemaah menteri dalam masa terdekat," katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini, pada Isnin.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Khalid Samad (Amanah-Shah Alam) mengenai status terkini penyelesaian sempadan Wilayah Persekutuan-Selangor.
Bekas Menteri Wilayah Persekutuan itu bagaimanapun dilihat tidak berpuas hati dengan jawapan berkenaan kerana berpendapat ia sudahpun berlanjutan lebih 26 tahun lalu.
Dalam pada itu, Santhara Kumar menjangkakan, dengan penyelesaian itu, ia akan memberi banyak manfaat termasuk pengurusan hasil dapat dilaksanakan lebih jelas dan teratur untuk percukaian seperti fi dan denda.
Katanya, antara lain, pengurusan hasil pejabat tanah juga akan lebih jelas untuk kutipan sewa cukai, bayaran premium dan pelbagai bayaran pejabat tanah lain.
"Isu penguatkuasaan juga dapat diselesaikan dan menunjukkan sempadan yang jelas bagi pemilik bangunan di Kuala Lumpur dan Selangor.
"Walaupun proses ini mengambil proses lama, namun kementerian komited untuk mencapai persetujuan untuk menyelesaikan dan memuktamadkan isu ini yang akan memberi manfaat kepada semua pihak," ujarnya.
Topic Berkaitan
#cukai fi
#Dewan Rakyat
#kementerian komited
#Parlimen
#pemetaan baharu
#persempadan
#sempadan KL-Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan