Pejabat Menteri Wilayah Persekutuan hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung pencerobohan dua lot tanah kerajaan di Medan Imbi, Bukit Bintang.
Pegawai Tugas-tugas Khas II kepada Menteri Wilayah Persekutuan, Zulhazmi Shariff berkata laporan itu dibuat bagi membolehkan suruhanjaya itu menyiasat jika terdapat unsur salah laku dan penyalahgunaan kuasa dalam memberi kebenaran merancang untuk membina struktur kekal di atas tanah terbabit.
"Adalah pelik bagaimana DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur) boleh meluluskan kebenaran merancang di atas tanah bukan milik syarikat yang membina ataupun milik DBKL.
"Kita merasakan ada pihak yang terlibat dalam proses ini mendapat imbuhan atau habuan daripada sama ada pihak syarikat dan sebagainya," katanya kepada pemberita sebelum membuat laporan tersebut di ibu pejabat SPRM, di sini.
BACA: Transaksi tanah: Ku Nan berang, akui dipanggil SPRM lebih 12 kali
Zulhazmi berkata dokumen yang diserahkan kepada SPRM termasuk kronologi kes, laporan Jabatan Integriti DBKL serta laporan dan notis pemberitahuan mengosongkan tapak oleh Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Menurutnya, notis mengosongkan premis telah diberikan kepada pemilik bangunan pada 3 Jan lepas, namun tidak diendahkan syarikat terbabit.
BACA: 97 transaksi penjualan tanah DBKL disiasat - Khalid Samad
Pada 16 Jan, Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad dilaporkan berkata siasatan dalaman Jabatan Integriti DBKL mendapati kedua-dua tanah itu iaitu Lot 568 merupakan milik Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan manakala Lot 716 adalah hak milik Jawatankuasa Kerja Tanah Wilayah Persekutuan di bawah seliaan Ketua Setiausaha Negara.
Khalid berkata dua lot tanah seluas 0.14 hektar (16,000 kaki persegi) itu pada asalnya adalah taman permainan dan kawasan lapang yang dipenuhi pokok-pokok tetapi kini digantikan dengan sebuah bangunan pejabat enam tingkat serta gerai buah-buahan.
BACA: 'Orang dalam' lulus projek bangunan atas tanah kerajaan: Khalid dedahkan minggu depan
Menurutnya, adalah tidak wajar untuk pihak berkuasa pada ketika itu mengatakan tidak tahu tentang penyelewengan yang berlaku di atas tanah bernilai hampir RM20 juta terbabit memandangkan terdapat bantahan dibuat oleh dua anggota Parlimen pada masa itu dan kes berkenaan turut mendapat liputan media.
Khalid berkata arahan bagi meluluskan pembinaan bangunan dipercayai milik syarikat tempatan itu dibuat pada 2016 dan kerja pembinaan siap pada Februari tahun lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 23 2019
Zulhazmi berkata, notis mengosongkan premis telah diberikan kepada pemilik bangunan pada 3 Jan lepas, namun tidak diendahkan syarikat terbabit. - Gambar fail
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Polis cari lelaki melompat di landasan monorel Bukit Bintang
Polis sedang mengesan seorang lelaki yang merakam aksi melompat melintasi landasan monorel di stesen Bukit Bintang pada 24 Sept lepas.
'Tak pernah dibuat orang' - Poster ah long tawar pinjaman tergantung di KLCC, bertebaran di Bukit Bintang
Apa yang menarik perhatian apabila poster tersebut turut memaparkan wajah pelawak popular tanah air iaitu Johan, Zizan dan Datuk Afdlin Shauki.
Lebih 1,600 anggota polis ditugaskan di empat lokasi sambutan Ambang Merdeka
Seramai 1,656 anggota polis Kontinjen Kuala Lumpur ditugaskan di empat lokasi sambutan Ambang Merdeka di ibu negara pada Jumaat ini.
'Port' khidmat urutan gadis di Bukit Bintang digempur
Operasi kira-kira jam 9.30 malam itu dijalankan sepasukan pegawai pelbagai pangkat dari Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya.
Polis siasat pasangan tunggang skuter elektrik di Bukit Bintang
Perbuatan pasangan tersebut yang menunggang skuter elektrik di jalan awam boleh mendatangkan bahaya kepada diri sendiri atau pengguna jalan raya yang lain.
Selepas agih ayam secara percuma, geng bertopeng belanja telur sepapan pula!
Ada yang memuji tindakan mereka sehingga memberikan gelaran 'Robin Hood' dan ada juga yang was-was dengan kegiatan yang dilakukan.
Imigresen laksana pemantauan 'omnipresence' di sekitar ibu negara
Antara kawasan tumpuan ialah KLCC, Jalan Silang, Kota Raya, Bukit Bintang dan Chow Kit.
Polis serbu 10 rumah urut di Bukit Bintang
Polis menahan 81 tukang urut serta penjaga premis yang dipercayai terlibat dengan perkhidmatan urutan dan aktiviti tidak bermoral.
Warga asing jadikan Bukit Bintang pusat sindiket penipuan Forex diserbu
Sindiket penipuan pelaburan dalam talian didalangi warga asing dan tempatan dilumpuhkan dengan tangkapan seramai 49 individu susulan serbuan di sebuah premis di Jalan Bukit Bintang, 6 Februari lalu.
Pergaduhan dalam restoran: Lelaki warga asing disiasat mengikut seksyen 507A KK - Polis
Warga asing yang terlibat dalam pergaduhan di sebuah restoran makanan segera di Bukit Bintang disiasat mengikut Seksyen 507A Kanun Keseksaan.