awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Khamenei beri amaran kepada AS serangan akan mencetuskan perang serantau
Angka korban kebakaran bar di Switzerland meningkat kepada 41
Pakistan umum boikot perlawanan Piala Dunia T20 Lelaki ICC
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu terima dana dari UMNO, Pas sedia disiasat SPRM - Hadi

Bernama
Bernama
12/10/2018
13:44 MYT
Isu terima dana dari UMNO, Pas sedia disiasat SPRM - Hadi
Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata PAS berulang kali menyatakan kesediaan untuk disiasat berhubung perkara itu bagi memastikan parti itu bersih daripada sebarang anasir yang tidak baik. -Bernama
PAS menegaskan bahawa dakwaan kononnya ada pemindahan dana berjumlah RM2.5 juta daripada UMNO kepada parti itu hanyalah satu fitnah yang bertujuan memburuk-burukkannya.
Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata PAS berulang kali menyatakan kesediaan untuk disiasat berhubung perkara itu bagi memastikan parti itu bersih daripada sebarang anasir yang tidak baik.
"Isu dana dah jawab acap kali dan saya juga dah beritahu banyak kali yang PAS terbuka untuk disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), termasuk menteri besar kita, dan exco jika ada salah laku," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Diskusi Kesihatan di Dewan Tok Guru, Masjid Rusila di sini hari ini.
Beliau berkata PAS sentiasa bersikap terbuka kepada sesiapa sahaja termasuk orang bukan Islam yang ingin menyumbang atau memberikan derma bagi meneruskan kelangsungan parti tersebut.
"Oleh itu mana-mana pihak termasuk UMNO boleh menyumbang kepada akaun parti tanpa perlu diketahui identiti atau dipersoal sumber kewangan itu," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Abdul Hadi Awang
#fitnah
#PAS
#pemindahan dana
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan