awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu tadbir urus rumah ibadat perlu ditangani tanpa sentimen kaum, agama - Kementerian
Konvensyen PKR Selangor: ‘Yang tak mahu kerja, keluar’ - Anwar
Astro perkasa kebersamaan menerusi 'Assalamualaikum Terengganu' dengan tema 'Bila Bersama Lagi Jadi'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu tular kanak-kanak alami cerebral palsy, KKM beri komitmen segera selesai siasatan

Bernama
Bernama
14/06/2023
16:54 MYT
Isu tular kanak-kanak alami cerebral palsy, KKM beri komitmen segera selesai siasatan
KKM memaklumkan pihaknya memahami kesulitan dihadapi pesakit serta keluarga dan sentiasa bersedia membantu mereka.
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) mengambil maklum isu tular berhubung dakwaan dua kanak-kanak mengalami cerebral palsy selepas dilahirkan di fasiliti kesihatan milik kerajaan dan memberi komitmen untuk segera menyelesaikan siasatan mengenainya.
Dalam satu kenyataan, KKM memaklumkan pihaknya memahami kesulitan dihadapi pesakit serta keluarga dan sentiasa bersedia membantu mereka.
Kementerian itu menjelaskan kes berkenaan dikategorikan sebagai aduan kompleks dan pengurusannya dilakukan berdasarkan Guidelines on the Management of Medico legal Complaints in the Ministry Of Health, second edition 2019 yang menetapkan setiap aduan perlu disiasat pihak hospital dan kementerian sekiranya perlu.
"Semakan mendapati aduan bagi kedua-dua kes tersebut telah disiasat di peringkat hospital dan di peringkat KKM dan dalam penelitian lanjut Pejabat Penasihat Undang-Undang KKM.
"Pengurusan kes seperti ini mengambil tempoh panjang kerana perlu penglibatan pelbagai pihak termasuk pakar perubatan yang terlibat dan Jabatan Peguam Negara," menurut KKM.
KKM memaklumkan proses pengurusan aduan itu hanya akan dihentikan sekiranya pihak pengadu atau pesakit mengambil tindakan perundangan.
Menurut kenyataan itu, KKM boleh dihubungi dari semasa ke semasa sekiranya pihak pengadu ingin mengetahui status pengurusan kes berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kanak-kanak
#cerebral palsy
#KKM
#kesihatan
#siasatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan