Bukan dasar kerajaan persekutuan untuk memberi saranan kepada kerajaan negeri supaya menggubal undang-undang kecil untuk mengharamkan penggunaan dan penjualan rokok elektronik atau vape di kalangan masyarakat setakat ini, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. S. Subramaniam.
Beliau berkata demikian bagi mengulas kekeliruan media berhubung kenyataan timbalannya, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya yang didakwa mengalu-alukan segala inisiatif terhadap rokok elektronik berkenaan.
"Saya tidak cakap pun macam itu. Kita di peringkat persekutuan sedang membincangkan hal ini dengan pelbagai kementerian berkaitan mengenai penguatkuasaan undang-undang terhadap vape kelak," katanya kepada pemberita di sini pada Sabtu.
Beliau ditemui pada majlis ramah mesra kepimpinan MIC Negeri Sembilan bersama Menteri Besar Negeri Sembilan yang juga pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan.
Turut hadir Timbalan Presiden MIC Datuk Seri S. K. Devamany dan Naib Presiden MIC Datuk Jaspal Singh serta Pengerusi MIC Negeri Sembilan, Datuk L Manickam.
Subramaniam yang juga Presiden MIC berkata kementeriannya juga sedang menimba pengalaman dari negara lain berhubung vape.
"Sama ada hendak gubal undang-undang baharu atau bergantung pada undang-undang sedia ada, semuanya masih lagi dalam proses. Itu semua keputusan kabinet," katanya.
Ketika berucap pada majlis itu, beliau berkata MIC mesti menunjukkan kekuatannya pada Pilihan Raya Ke-14 (PRU14) akan datang jika ingin terus kekal relevan dalam iklim politik negara ini.
Oleh itu, katanya semua pemimpin dan anggota parti perlu bersatu padu untuk memastikan parti itu terus kuat.
"Setelah kita akhiri kemelut parti baru-baru ini, kita perlu bergerak dan terus bergerak ke depan dalam perjuangan parti. Kita tidak ada masa lagi untuk bergaduh sesama kita. Kini adalah masa untuk kita bersatu padu dan bergerak ke hadapan kerana dalam menghadapi pelbagai cabaran, kesatuan kita mesti kukuh dan kuat," katanya.
Sementara itu, Mohamad berkata anggota parti MIC mesti yakin dengan kepimpinan baharu parti membela nasib masyarakat India di negara ini.
"Presiden MIC yang baharu Datuk Seri Dr. Subramaniam telah membuka lambaran baharu untuk memperkuatkan parti dan yang penting semua mesti memberikan sokongan kepadanya. Saya juga yakin masa depan masyarakt India di negara ini lebih terjamin dalam BN," katanya.
Bernama
Sun Dec 06 2015
Beliau berkata demikian bagi mengulas kekeliruan media berhubung kenyataan timbalannya, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya yang didakwa mengalu-alukan segala inisiatif terhadap rokok elektronik berkenaan. - Gambar Fail
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Tiada hospital baharu di Balik Pulau, kata Menteri Kesihatan
Dr Dzulkefly berkata pembinaan hospital baharu Balik Pulau itu sebenarnya adalah janji sahaja daripada seorang ahli politik kerajaan terdahulu dan tidak pernah tersenarai dalam RMK11.
BN yakin pertahan Parlimen Balik Pulau
Beliau berkata keyakinan itu berdasarkan faktor pertambahan pengundi dan parti komponen BN yang bekerja keras serta agresif untuk mendapatkan sokongan lebih ramai pengundi.
Yakin raih tambahan sokongan pengundi Cina - Dr Hilmi
UMNO dan Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang yakin akan meraih tambahan undi daripada pengundi Cina pada PRU14 nanti.
Tiada cadangan jadikan ketum ubat tahan sakit, rawat penagihan dadah - Dr Hilmi
Kementerian Kesihatan tidak bercadang untuk menjadikan ketum sebagai ubat penahan sakit dan rawatan penagihan dadah.
Profesion kejururawatan Malaysia diiktiraf di peringkat dunia
Profesion kejururawatan negara ini diiktiraf di peringkat dunia apabila keupayaan dan kemahiran jururawat Malaysia diterima baik.
Nelayan lega kerajaan persekutuan tegas tangani isu tambak laut
Ketegasan kerajaan persekutuan dalam menangani isu tambak laut di negeri ini telah memberikan kelegaan besar kepada penduduk di sini.
Kementerian Kesihatan tambah 500 ambulans tahun depan - Dr Hilmi
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata daripada jumlah itu, 120 ambulans akan diagihkan ke hospital dan klinik di Sabah dan Sarawak.
Wad Diraja HSA belum digunakan kerana belum ada keperluan- Hilmi
Hospital sementara Angkatan Tentera Malaysia telah ditempatkan di perkarangan HSA yang menumpukan kepada kes rawatan kecemasan dan mula beroperasi Isnin lalu.
Perpindahan pesakit di bangunan induk Hospital Sultanah Aminah selesai - Dr Hilmi
Bagi memastikan operasi hospital terbabit tidak terjejas, pakar-pakar dan pasukan dari HSA akan dibawa untuk membantu merawat pesakit yang dipindahkan.
'Tiada cadangan gantung syarikat konsesi HSA' - Dr Hilmi
Kerajaan tidak bercadang menggantung perkhidmatan syarikat konsesi perkhidmatan sokongan hospital, Medivest Sdn Bhd sepanjang tempoh siasatan terhadap kebakaran yang berlaku di HSA.