awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gempa bumi bermagnitud 6.4 landa perairan Pacitan, tujuh cedera
Malaysia kekal destinasi pelancongan hujung tahun utama penduduk Singapura
Indonesia, Australia tandatangani perjanjian keselamatan terbesar dalam tiga dekad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ISWAMI Malaysia seru media perkukuh hubungan Malaysia–Indonesia

Astro Awani
Astro Awani
21/12/2025
11:00 MYT
ISWAMI Malaysia seru media perkukuh hubungan Malaysia–Indonesia
Ahmad Zaini (foto) berkata laporan media seharusnya menjurus kepada usaha memperkukuh hubungan kedua-dua negara serumpun itu, selain memberi kefahaman terhadap isu-isu yang berkepentingan bersama. -Gambar fail/Facebook
KUALA LUMPUR: Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia Indonesia (ISWAMI) Malaysia meminta media massa di kedua-dua negara memainkan peranan penting dalam mensejahterakan hubungan dua hala Malaysia dan Indonesia dengan menghormati dasar atau kebijakan kepimpinan masing-masing.

Ringkasan AI
  • ISWAMI Malaysia meminta media massa di Malaysia dan Indonesia memainkan peranan penting dalam mensejahterakan hubungan kedua negara dengan menghormati dasar kepimpinan masing-masing.
  • Media perlu memberi laporan yang memperkukuh hubungan kedua negara serumpun serta memberi kefahaman terhadap isu-isu bersama yang berkepentingan.
  • Media perlu berhati-hati dalam membentuk naratif pelaporan terutamanya berkaitan bencana alam untuk memastikan hubungan baik serta persefahaman antara Malaysia dan Indonesia terpelihara.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Presiden ISWAMI Malaysia, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman berkata, laporan media seharusnya menjurus kepada usaha memperkukuh hubungan kedua-dua negara serumpun itu, selain memberi kefahaman terhadap isu-isu yang berkepentingan bersama.
Menurut beliau, Malaysia dan Indonesia mempunyai hubungan rapat yang terjalin sejak sekian lama, sama ada di peringkat kepimpinan mahu pun rakyat.
“Malaysia dan Indonesia adalah negara serumpun. Jika salah satu negara ditimpa musibah, kedua-dua negara akan sentiasa bersama untuk membantu, sama ada di peringkat kerajaan atau rakyat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau menegaskan media perlu sentiasa mendukung segala usaha yang dilakukan oleh kerajaan dalam menangani permasalahan serta isu-isu bersama, termasuk yang melibatkan bencana alam.
Merujuk kepada kejadian bencana alam yang berlaku di Pulau Sumatera baru-baru ini serta pendirian Indonesia yang tidak menerima bantuan luar negara, Ahmad Zaini menekankan bahawa media di kedua-dua negara perlu berhati-hati dalam membentuk naratif pelaporan.
Katanya, pelaporan yang tepat dan beretika amat penting bukan sahaja untuk memastikan masyarakat menerima maklumat yang sahih, malah bagi mengekalkan hubungan baik serta persefahaman antara dua negara jiran yang berkongsi sejarah, budaya dan kepentingan strategik serantau.
“ISWAMI Malaysia sentiasa menghormati segala dasar atau kebijakan pemerintah Indonesia. Media Malaysia yang membuat liputan berkaitan bencana tersebut perlu beretika dan prihatin terhadap musibah yang berlaku di Acheh atau beberapa provinsi di Sumatera Utara,” katanya.
Beliau turut menegaskan bahawa laporan yang dibuat mestilah bersifat positif dan konstruktif, tanpa membentuk naratif negatif yang boleh menjejaskan keharmonian hubungan Malaysia–Indonesia.
Dalam pada itu, ISWAMI Malaysia menyatakan keyakinan bahawa semangat ASEAN serta hubungan akrab antara kedua-dua negara di bawah kepimpinan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, akan terus memperkukuh ikatan persaudaraan antara dua negara serumpun itu.

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah yang diminta oleh Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia Indonesia (ISWAMI) Malaysia kepada media massa di Malaysia dan Indonesia? A: ISWAMI Malaysia meminta media massa di kedua-dua negara memainkan peranan penting dalam mensejahterakan hubungan dua hala Malaysia dan Indonesia dengan menghormati dasar atau kebijakan kepimpinan masing-masing.
  • Q: Mengapa Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman menekankan pentingnya laporan media berkaitan dengan hubungan Malaysia-Indonesia? A: Ahmad Zaini menekankan bahawa laporan media seharusnya menjurus kepada usaha memperkukuh hubungan kedua-dua negara serumpun itu, selain memberi kefahaman terhadap isu-isu yang berkepentingan bersama.
  • Q: Apa yang menjadi fokus utama bagi media Malaysia dan Indonesia dalam liputan bencana alam di Pulau Sumatera? A: Media di kedua-dua negara perlu berhati-hati dalam membentuk naratif pelaporan bencana alam di Pulau Sumatera, serta memastikan pelaporan bersifat positif dan konstruktif tanpa membentuk naratif negatif yang boleh menjejaskan hubungan Malaysia-Indonesia.
  • Q: Bagaimanakah ISWAMI Malaysia menekankan perlunya laporan media berkaitan dengan bencana alam di Acheh dan Sumatera Utara? A: ISWAMI Malaysia menegaskan bahawa media Malaysia perlu beretika dan prihatin dalam membuat liputan berkaitan bencana alam di Acheh dan Sumatera Utara, serta memastikan laporan bersifat positif dan konstruktif.
  • Q: Siapakah yang dipercayai oleh ISWAMI Malaysia akan terus memperkukuh ikatan persaudaraan antara Malaysia dan Indonesia? A: ISWAMI Malaysia menyatakan keyakinan bahawa semangat ASEAN serta hubungan akrab antara kedua-dua negara di bawah kepimpinan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, akan terus memperkukuh ikatan persaudaraan antara dua negara serumpun itu.

Topic Berkaitan
#Iswami
#Hubungan dua hala
#media massa
#Malaysia-Indonesia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan