KUALA LUMPUR:Tindakan memohon perisytiharan darurat sebagai alasan dan cara untuk menangguhkan proses Pilihan Raya Kecil (PRK) Batu Sapi dan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak bukan sahaja tidak perlu, tetapi disifatkan sebagai bukan jalan terbaik, kata Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan.
Malah menurut beliau, implikasi darurat dilihat lebih besar jika diisytiharkan berbanding menangguhkan kedua-dua pilihan raya berkenaan.
"Saya memahami kebimbangan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa menyampaikan perutusan khas petang semalam, tentang pengendalian PRK Sapi dan PRN Sarawak dalam situasi Malaysia masih berdepan dengan suasana pendemik.
"Namun, memohon perisytiharan darurat untuk menangguhkan keduanya bukan sahaja tidak perlu tetapi bukan jalan terbaik," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Jelas Mohamad, Barisan Nasional (BN) telah mengumumkan untuk tidak bertanding pada PRK itu dan turut menggesa parti lain memberikan laluan kepada Parti Warisan Sabah (Warisan) bertanding tanpa dicabar.
Menurutnya, ini sebagai menghormati mendiang Datuk V. K Liew, bekas Ahli Parlimen Batu Sapi dan mengelakkan PRK diadakan waktu ini.
"Jika persefahaman sebegini boleh diusahakan, maka kita boleh memberi laluan kepada Warisan dalam PRK Batu Sapi sebagai permuafakatan nasional mengurangkan impak wabak korona kepada masyarakat. Jika ini berlaku, PRU Batu Sapi tidak diperlukan," jelasnya.
Sementara itu, beliau berkata, tempoh matang bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ialah pada 7 Jun 2020 dan jika kerajaan negeri berkhidmat sehingga tamat tempoh tersebut, PRN akan diadakan 60 hari daripada tarikh berkenaan.
Perkara ini, jelas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau itu membolehkan PRN Sarawak diadakan dalam bulan Ogos 2021.
"Bayangkan implikasi darurat jika diisytiharkan, hanya untuk mengelakkan PRN Sarawak sedangkan ia boleh diadakan paling lewat 10 bulan akan datang.
"Saya sangat meyakini kebijaksanaan Ketua Menteri Sarawak dan pastinya beliau akan membuat keputusan terbaik dengan mengambil kira pelbagai dimensi kepentingan umum sebelum membubarkan DUN Sarawak," kata beliau lagi.
Dalam pada itu, Mohamad menambah, Malaysia mempunyai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang bebas dan mampu mengendalikan pilihan raya dalam keadaan apa sekalipun sesuai keperluan Perlembagaan.
"Adalah untuk SPR membuat keputusan bagaimana ia akan mengendalikan pilihan raya dengan protokal kesihatan sewaktu pandemik dan SPR berwibawa memastikan proses demokrasi berjalan dengan sebaiknya.
"Malaysia adalah sebuah demokrasi yang berfungsi dengan baik dan ia mesti terus berfungsi dalam keadaaan paling getir sekalipun.
"Justeru itu, semua pihak mesti menghormati kearifan Yang di-Pertuan Agong untuk menolak darurat, mempertahankan Perlembagaan dan mengiktiraf pencapaian baik kerajaan mengawal pandemik waktu ini," ujarnya.
Fauzi Suhaimi
Sun Nov 01 2020
Mohamad berkata, implikasi darurat dilihat lebih besar jika diisytiharkan berbanding menangguhkan keduanya pilihan raya berkenaan. - Gambar Astro AWANI
Ringgit ditutup tinggi sedikit berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit naik kepada 4.7745/7775 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
Inspirasi bermakna daripada Forum Umrah & Ziarah 2024
Usaha meningkatkan kapasiti Mekah dan Madinah bagi membolehkan lebih ramai umat Islam mengerjakan umrah kini menjadi fokus utama kerajaan Arab Saudi.
Forum Umrah & Ziarah 2024 yang diadakan di Madinah telah membincangkan banyak hal berkaitan perkhidmatan umrah dan ziarah termasuklah pengadaptasian teknologi terkini, pengurusan yang lebih cekap serta pengurusan kewangan yang lebih berdaya saing.
Ikuti laporan hari terakhir forum berkenaan bersama Hilal Azmi.
#ForumUmrahZiarah2024
#AWANI745
Forum Umrah & Ziarah 2024 yang diadakan di Madinah telah membincangkan banyak hal berkaitan perkhidmatan umrah dan ziarah termasuklah pengadaptasian teknologi terkini, pengurusan yang lebih cekap serta pengurusan kewangan yang lebih berdaya saing.
Ikuti laporan hari terakhir forum berkenaan bersama Hilal Azmi.
#ForumUmrahZiarah2024
#AWANI745
Penjawat awam perlu amal kecepatan dan kepesatan dalam pelaksanaan tugas - PM Anwar
Penjawat awam digesa untuk sentiasa mengamalkan kecepatan dan kepesatan dalam pelaksanaan tugas supaya dasar-dasar kerajaan dapat dilaksanakan dengan pantas.
Kerajaan kekal komited laksana dwirangkaian 5G, DNB penuhi syarat terdahulu - Gobind
Kerajaan semakin hampir untuk melaksanakan dwirangkaian 5G selepas pengumuman Ahli Lembaga Pengarah baharu Digital Nasional Bhd (DNB).
Kos SUKMA Sarawak dianggar hampir RM300 juta
Kos penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak tahun ini dianggarkan hampir RM300 juta, antaranya meliputi kerja-kerja menaik taraf venue sukan serta perbelanjaan keperluan logistik.
Break The Siege: Misi flotila ke Gaza belayar esok
Syaff Shukri membawakan perkembangan terkini misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza yang dijadualkan esok.
#AWANI745
#AWANI745
Peruntukan Pembangkang: Terpulang untuk Muhyiddin kata apa - TPM Fadillah
Terpulang kepada pihak pembangkang untuk mempersoalkan keikhlasan Kerajaan berhubung draf perjanjian persefahaman (MoU) peruntukan pembangkang, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
Ketua Whip Kerajaan Perpaduan itu berkata, beliau enggan melayani sindiran bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin tentang isu tersebut.
#AWANI745
Ketua Whip Kerajaan Perpaduan itu berkata, beliau enggan melayani sindiran bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin tentang isu tersebut.
#AWANI745
Pelantikan ahli lembaga baharu DNB kemajuan penting dalam penyusunan semula rangkaian 5G - Gobind
Gobind berkata perkembangan terkini itu merupakan satu langkah penting ke arah memenuhi komitmen kerajaan terhadap pelaksanaan dasar 5G dwi rangkaian.
SSPA terbaik pernah diperkenalkan kerajaan - PM Anwar
Kerajaan memberi jaminan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang bakal diumumkan dalam tempoh terdekat, sebagai antara yang terbaik pernah diperkenalkan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Namun, katanya lagi, langkah itu bakal membabitkan implikasi kewangan yang tertinggi berbanding yang pernah dilakukan sebelum ini.
#AWANI745
Namun, katanya lagi, langkah itu bakal membabitkan implikasi kewangan yang tertinggi berbanding yang pernah dilakukan sebelum ini.
#AWANI745
KESUMA tawar lebih 3,000 pekerjaan industri hijau dengan gaji RM3,000 hingga RM16,000
Kementerian Sumber Manusia menawarkan lebih 3,000 peluang pekerjaan dalam industri hijau menerusi Karnival Kemahiran dan Kerjaya Hijau KESUMA 2024.
Panel lima hakim Mahkamah Rayuan akan dengar permohonan Muhyiddin
Muhyiddin memohon bagi mendapatkan kebenaran menyemak keputusan panel sebelum ini yang mengembalikan semula empat pertuduhan salah guna kuasa membabitkan RM232.5 juta terhadapnya.
Muhyiddin tidak layak beri kenyataan selagi gagal bantu panggil menantu hadapi tuduhan pecah amanah - Fahmi
Katanya, Muhyiddin gagal membantu pihak berkuasa meminta menantunya yang menghilangkan diri untuk tampil bagi menghadapi pertuduhan.
Peruntukan pembangkang: 'Kalau ikhlas, tak perlu ada MoU' - Muhyiddin
Tidak perlu ada memorandum persefahaman (MoU) jika Kerajaan Perpaduan ikhlas untuk memberikan peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
PRK Kuala Kubu Baharu: PN muktamad calon esok, umum 25 April - Muhyiddin
PN memuktamadkan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu esok dan dijangka mengumumkan calon mereka pada 25 April ini.
Muhyiddin mohon lima hakim dengar permohonan semakan
Muhyiddin mohon semakan kehakiman bagi mencabar keputusan yang mengarahkan kes rasuah berjumlah RM232.5 juta.
Saya bersedia berhadapan sebarang kemungkinan yang berlaku - Syed Abu Hussin
Syed Abu Hussin menjelaskan sebagai seorang politik beliau perlu sentiasa bersedia dalam apa jua kemungkinan yang bakal berlaku.
Sokong PM: Bersatu ambil tindakan terhadap 7 wakil rakyat selepas Aidilfitri
Perkara dilakukan mereka bertentangan dengan dasar dan perlembagaan parti yang memungkinkan kerusi mereka dikosongkan.
Muhyiddin mohon kebenaran cabar keputusan Mahkamah Rayuan
Muhyiddin memfailkan notis usul di pejabat pendaftar, Mahkamah Rayuan di sini pada Rabu, melalui Tetuan Chetan Jethwani & Company.
PMO tentukan kelulusan projek Jana Wibawa, rundingan terus atau tender terbuka - Saksi
Mahkamah Sesyen diberitahu bahawa Pejabat Perdana Menteri yang menentukan sama ada kelulusan projek Jana Wibawa melalui rundingan terus atau tender terbuka prakelayakan.
Jelajah PN: Syed Saddiq beri penjelasan kepada kepimpinan MUDA
Syed Saddiq berkata sebarang keputusan untuk bekerjasama dengan mana-mana parti, perlu dibuat demi kepentingan rakyat dan bukan atas nama parti.