Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Perbadanan Kota Buku (PKB) menafikan tuduhan pihak-pihak tertentu bahawa insiden rampasan buku Manifesto Komunis terbitan Thukul Cetak di Pesta Buku Antarabangsa Indonesia (PBAI) disengajakan bertujuan untuk memalukan negara.
Dalam satu kenyataan media bersama, ketiga-tiga badan tersebut menyifatkan dakwaan bahawa mereka membuat pakatan sulit dengan pembangkang dan sengaja membawa penerbit buku indie bagi tujuan menyebarkan idea komunis dan sosialis di Indonesia sebagai satu tuduhan berniat jahat.
"Apa sebenarnya berlaku hanya salah faham berpunca daripada ilustrasi logo Komunis pada kulit buku, sekali gus mengundang kehadiran pihak berkuasa Indonesia ke Pavilion Malaysia untuk merampas enam naskah buku tersebut pada hari keempat pesta buku berlangsung," menurut kenyataan media itu yang dikeluarkan di sini, hari ini.
ITBM, DBP dan PKB juga menjelaskan Manifesto Komunis diterima menyertai PBAI kerana kandungannya disahkan sendiri pihak berkuasa Indonesia bahawa ia tidak bertentangan undang-undang negara mereka.
"Berkait ilustrasi kulit buku Manifesto Komunis, kami menerima penyertaan buku tersebut untuk pameran di Pavilion Malaysia berikutan tidak wujud sebarang halangan terhadap jualan buku itu di Malaysia, selain kandungannya yang disahkan sendiri pihak berkuasa Indonesia bahawa ia tidak bertentangan undang-undang negara berkenaan.
"Apa yang berlaku hanyalah ilustrasi logo yang asalnya dihasilkan atas tuntutan pemasaran, iaitu mengundang perhatian pembaca bagi rangsangan jual beli - tanpa menyedari logo tersebut amat sensitif di Indonesia.
"Pada masa sama, pihak Ikatan Penerbit Indonesia (IKAPI) selaku penganjur PBAI juga sebelum ini tidak pernah memaklumkan kepada kami selaku agensi delegasi Malaysia berhubung perkara sensitif yang perlu diberi perhatian oleh setiap wakil peserta," kata kenyataan itu lagi.
Sehubungan itu, ITBM, DBP dan PKB menafikan sekeras-kerasnya cubaan jahat pihak tertentu untuk mengaitkan mereka dengan apa juga usaha bermotifkan politik, baik secara langsung mahupun tidak langsung.
"Tanggungjawab kami adalah kepada negara, dan hanya kepada negara tanggungjawab kami," tegas ketiga-tiga badan itu.
Astro Awani
Tue Oct 04 2016
Buku Manifesto Komunis menimbulkan kekecohan sempena Pameran Buku Antarabangsa Indonesia baru-baru ini. - Foto sumber Thukul Cetak
Anwar gesa pemilihan PKR segera dilakukan, junjung prinsip demokrasi
Anwar berkata barisan kepimpinan parti juga harus melibatkan gandingan baharu dan lama.
Tiada lagi penyeri keluarga, pemergian 'Amoi' amat dirasai
Bapa mangsa, Lan Endor, menyifatkan pemergian Nurul Asikin atau lebih dikenali sebagai Amoi sebagai seorang yang sentiasa ceria dan tidak pernah lupa memberitahu ibunya setiap kali ingin ke mana-mana.
11 projek sakit dikenal pasti di Sarawak di bawah RMK-10
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, keseluruhan projek pembinaan yang telah dikenal pasti melibatkan sektor pendidikan, kesihatan dan pembangunan desa.
Projek hospital pengajar UNIMAS dijadual beroperasi 2026
Status pembinaan projek hospital pengajar UNIMAS mengikut jadual ditetapkan dengan status tersebut kini mencecah kepada 52 peratus.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza.
SAPP bebas buat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan NAsional (PN).
SAPP main dua kolam - Bung Moktar
Ketua Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin ,menyifatkan tindakan sapp itu seperti sudah dijangka terutama ketika situasi politik sabah yang tidak menentu ketika ini.
Malaysia hasrat jadi tuan rumah lebih banyak acara e-sukan antarabangsa - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid menyatakan kesediaan Malaysia untuk menjadi tuan rumah bagi lebih banyak acara sukan elektronik atau e-sukan antarabangsa pada masa akan datang.
Koordinasi agensi pelaksana Persekutuan-negeri perlu penambahbaikan - Fadillah
Koordinasi antara agensi pelaksana Persekutuan dan negeri perlu ditambah baik bagi membolehkan maklumat tepat diperoleh berhubung status kemajuan projek kerajaan Persekutuan di Sarawak.
Perdana Menteri Thailand tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra tiba di Malaysia hari ini bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari, atas jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PBAKL 2022: 1.24 juta pengunjung dicatatkan dalam tempoh 10 hari
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2022 yang berakhir hari ini, mencatatkan kunjungan seramai 1.24 juta pengunjung dalam tempoh 10 hari pesta buku itu diadakan.
Cubaan memperbetulkan sudut pandang tentang Rusia
Buku Senandika Cinta & Korona di Rusia tulisan bakal doktor, anak muda warga Malaysia, bermatlamat menukar sudut pandang tidak tepat tentang Rusia, Covid-19 dan cabaran jihad menimba ilmu di Rusia
Wanita UMNO gesa pihak berkuasa rampas buku Tommy Thomas
Wanita UMNO bahagian seluruh negara telah membuat laporan polis dan berharap tindakan segera dapat diambil berhubung perkara itu.
Dakwaan memfitnah: Polis panggil bekas Peguam Negara, Tommy Thomas
Polis Selangor membuka kertas siasatan terhadap bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas berhubung dakwaan memfitnah.
KLWBC 2020: 'Live Streaming' dan potensi penjualan buku cara baharu
Banyak perkara sedang berubah di media sosial terutama Facebook. Sekaligus mengubah landskap media sosial yang kini dipenuhi akaun perniagaan.
KLWBC 2020: Berhijrah ke platform digital
Pengalaman terbang ke sana-sini bersama ibunya membuatkan Tony berfikir: perlu wujud syarikat tambang murah bagi peniaga kecil seperti ibunya.
Siapa Cempaka Putih? Saksikan kesudahan SYOK Seram: 'Buku' malam ini
Drama ini mengisahkan seorang penyampai radio yang telah menerima sebuah buku pemberian wanita misteri bernama Cempaka Putih.
KLWBC2020: Muzik perpaduan Andy Flop Poppy
Andy sudah 25 tahun melalui kehidupan 'havoc' dalam dunia muzik sebagai bintang pop bersama band Flop Poppy.
KLWBC 2020: Mengenal Pyanhabib lelaki sunyi yang berani
Ketika muda dan mula menyerap populariti di dunia hiburan dan dikenali di bidang kesusasteraan - Pyanhabib sebenarnya lelaki sunyi.
KLWBC 2020: Apabila novelis menulis skrip
Menonton telefilem Pencipta Pegang Waktu (PPW) pada Jumaat, 31 Julai jam 10 malam terasa sentuhannya. Malah, melahirkan rasa kagum.