PUTRAJAYA: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) berjaya menyelamatkan seorang wanita Tanzania berusia 25 tahun dipercayai mangsa sindiket pemerdagangan manusia, selepas menyerbu sebuah pangsapuri di Kuala Lumpur, dua hari lepas.
Ketua Pengarah Imigresen Datuk Ruslin Jusoh berkata serbuan pada pukul 4.30 petang itu dilancarkan oleh Unit Risikan Operasi Bahagian Pencegahan ATIPSOM dan AMLA Imigresen Putrajaya hasil maklumat dari Suruhanjaya Tinggi Republik Tanzania di Kuala Lumpur.
Beliau berkata wanita warganegara Tanzania itu dipercayai menjadi mangsa eksploitasi dengan dijanjikan pekerjaan oleh sindiket yang menguruskan kemasukannya ke dalam negara.
"Wanita itu dikawal oleh anggota sindiket yang juga merupakan warganegara Tanzania untuk dieksploitasi sebagai pekerja seks," katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya seorang wanita Tanzania berusia 32 tahun dikenali sebagai 'madam' turut ditahan dalam serbuan itu kerana disyaki menyalahguna kemudahan Pas Pelajar, dan menjadi 'ibu ayam'.
Ruslin berkata operasi itu menggunakan pendekatan siasatan awal bagi mengenal pasti mangsa pemerdagangan manusia berpandukan kepada National Guideline on Human Trafficking Indicators (NGHTI) 2.0.
Sementara itu, Ruslin berkata modus operandi sindiket adalah dengan menjanjikan pekerjaan termasuk peluang untuk melanjutkan pelajaran di Malaysia.
"Ahli sindiket dikesan sering berpindah-randah dari satu kediaman mewah ke kediaman mewah lain bagi mengelak kegiatan jenayah mereka dikesan pihak berkuasa," katanya.
Ruslin berkata mangsa kini ditempatkan di rumah perlindungan di bawah arahan perlindungan sementara Interim Protection Order (IPO) dan kes disiasat di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 (Akta 670).
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 31 2024
Wanita warganegara Tanzania itu dipercayai menjadi mangsa eksploitasi dengan dijanjikan pekerjaan oleh sindiket yang menguruskan kemasukannya ke dalam negara.
OpenAI umum aplikasi desktop untuk ChatGPT, boleh akses pantas ketika lakukan tugasan
Aplikasi desktop ini diperkenalkan terlebih dahulu untuk pengguna berbayar MacOS, dan dijangka diperluaskan kepada pengguna Windows tidak lama lagi.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.05 pagi, FBM KLCI turun 1.24 mata kepada 1,601.67 daripada 1,602.29 semalam.
Polis tumpas kegiatan proses arak tiruan, rampasan lebih setengah juta ringgit
Secara keseluruhan, 1,683 liter alkohol dirampas dalam serbuan itu selain sebuah kereta jenis Toyota Estima disita.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Dolar AS kekal stabil walaupun terdapat laporan mengenai jangkaan inflasi yang lebih tinggi menjelang pengumuman data penting AS.
Rungutan beras berkurang berbading peringkat awal - Mat Sabu
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata rungutan beras berkurangan sedikit berbading peringkat awal. #AWANInews
Piala Belia: FAM pandang serius insiden gaduh aksi Melaka, Sri Pahang
FAM sudah terima laporan lengkap kejadian yang disifatkan sebagai tidak beradab itu dan akan menentukan bentuk hukuman sewajarnya.
Kadar SSL daging ternakan ruminan di Malaysia bawah 20 peratus - Mat Sabu
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata kadar tahap sara diri (SSL) daging ternakan ruminan di Malaysia bawah 20 peratus. #AWANInews
30 hari bicara kes pegawai kanan polis bunuh pelajar
Hakim Datuk Bhupindar Singh Gucharan Singh Preet, menetapkan tarikh perbicaraan itu bermula 4 November 2024 hingga 17 Januari 2025.
[KOLUMNIS] Apakah Kedah negeri berdaulat?
Pada kurun ke-18, Kedah memiliki kedaulatan ke atas wilayah yang dikuasainya dan penduduk Kedah sendiri mengakui Sultan sebagai pemerintah.
Pecut kereta, polis pengiring KM Melaka selamat daripada dihempap pokok
Kenderaan yang dipandu Koperal Mohd Hafifi Kadrai bersama rakan setugasnya, Koperal Wira Putra Johari berada di depan tiga kenderaan rombongan termasuk yang dinaiki Ab. Rauf.
Pusat karaoke guna pintu kebal tawar GRO diserbu
Seramai 90 PATI ditahan membabitkan 37 lelaki dan 51 wanita serta dua kanak-kanak perempuan atas pelbagai kesalahan.
DBKL tutup serta-merta pusat hiburan
Premis tersebut dikenakan tindakan di bawah bawah Seksyen 17, Akta Hiburan 1992.
31 pekerja warga asing ditahan dalam serbuan di premis makanan
Majikan yang terlibat telah diberikan notis untuk hadir bagi membantu siasatan kerana menggajikan warga asing tanpa dokumen sah.
Lebih 800 warga asing diperiksa di pusat bandar Seremban
Lebih 800 warga asing diperiksa di sekitar pusat bandar di sini menerusi operasi bersepadu polis, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) negeri dan Majlis Bandaraya Seremban (MBS) pada 4.30 petang tadi.
PATI jadikan kondominium di Putrajaya sebagai asrama diserbu
Seramai 127 individu telah diperiksa di 47 unit rumah di empat blok berketinggian 21 tingkat.
Jabatan Imigresen selamatkan wanita Tanzania mangsa pemerdagangan manusia
Wanita warganegara Tanzania itu dipercayai menjadi mangsa eksploitasi dengan dijanjikan pekerjaan oleh satu sindiket.
Gempur penempatan pekerja ladang, 51 PATI ditahan
Semua PATI warga Myanmar, Bangladesh dan Indonesia berusia antara 17 hingga 50-an ditahan dalam operasi selama kira-kira tiga jam.
Penempatan, kebun PATI digempur
Terdapat warga asing yang cuba bersembunyi hampir 30 minit di kawasan semak sebelum berjaya dijumpai dan merayu agar tindakan tidak diambil.
Permohonan pasport secara online sepenuhnya di 3 pejabat Imigresen bermula Jun - Saifuddin
KDN akan memperkenalkan perkhidmatan permohonan pasport secara dalam talian sepenuhnya di Pejabat Imigresen Kajang, Kelana Jaya dan Wangsa Maju bermula 1 Jun depan.
MYEG susut 26.7 peratus susulan laporan perkhidmatan imigresen kembali ke JIM pada 2025
MYEG dibuka 30 sen atau merosot 31.41 peratus kepada 65.5 sen daripada 95.5 sen sewaktu ditutup pada Jumaat.