awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
LDP Jepun dijangka menang besar, Takaichi kekal PM
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ahmad Zahid lancar buku Ijtihad Demi Rakyat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 800 warga asing diperiksa di pusat bandar Seremban

Bernama
Bernama
18/02/2024
15:33 MYT
Lebih 800 warga asing diperiksa di pusat bandar Seremban
Mohamad Hatta berkata risikan di kawasan terbabit telah dilakukan tiga minggu sebelum operasi dijalankan bagi mengesan kawasan tumpuan warga asing tersebut. - Gambar Bernama
SEREMBAN: Lebih 800 warga asing diperiksa di sekitar pusat bandar di sini menerusi operasi bersepadu polis, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) negeri dan Majlis Bandaraya Seremban (MBS) pada 4.30 petang tadi.
Ketua Polis Daerah Seremban Mohamad Hatta Che Din berkata serbuan hampir tiga jam itu dilakukan di lorong bangunan dan premis kosong yang merupakan kawasan tumpuan warga asing berkumpul terutamanya pada hujung minggu.
Beliau berkata 835 lelaki dan 79 wanita warga asing diperiksa kebanyakannya warga Bangladesh, Nepal, Myanmar dan Indonesia.
"Polis turut menahan beberapa individu didapati menghalang penjawat awam melakukan pemeriksaan, ada dalam kalangan warga asing ini diserahkan kepada imigresen untuk tindakan selanjutnya," katanya kepada pemberita di Jalan Dato Sheikh Ahmad di sini hari ini.
Mohamad Hatta berkata risikan di kawasan terbabit telah dilakukan tiga minggu sebelum operasi dijalankan bagi mengesan kawasan tumpuan warga asing tersebut.
Sementara itu Pengarah Undang-undang dan Penguatkuasaan MBS Hanizam Ahmad berkata 13 kompaun dikeluarkan terhadap pemilik premis perniagaan terutamanya restoran dan kedai runcit.
Beliau berkata antara kesalahan itu ialah jumlah pekerja warga asing melebihi syarat ditetapkan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#warga asing
#mbs
#JIM
#penjawat awam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan