Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mencatatkan kutipan hasil sebanyak RM15.140 bilion dari seluruh negara sejak Januari lepas sehingga Ahad.
Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Khazali Ahmad berkata jumlah itu adalah 33.31 peratus daripada keseluruhan sasaran hasil sebanyak RM45.441 bilion.
"Di peringkat negeri Pahang pula, sebanyak RM293.609 juta berjaya dikutip sehingga kini yang mewakili peratus pencapaian sebanyak 24.66 peratus.
"Semoga pihak Kastam dapat mengekalkan prestasi pungutan hasil yang konsisten bagi tempoh lapan bulan lagi tahun ini supaya supaya sasaran kita dapat dicapai," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Pejabat Kastam Cameron Highlands di sini, pada Isnin.
Selain itu, Khazali berkata setakat ini, sejumlah 377,157 syarikat telah berdaftar untuk Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), termasuk 13,159 di Pahang.
Beliau turut mengulas laporan berhubung lebih 3,000 pegawai Kastam melakukan penyamaran bagi mengambil tindakan terhadap peniaga yang mengingkari peraturan GST, pada 1 Mei lepas.
"Kita ada menerima laporan daripada pegawai-pegawai di seluruh negara. Kebanyakan (kesalahan) membabitkan masalah tidak faham sahaja. Ada (peniaga) yang kata mereka tidak tahu barang itu dikenakan cukai atau tidak.
"Tetapi kita sudah pun memberi panduan barang bercukai dan tidak bercukai. Oleh itu, situasi sebegini memerlukan kita memberi kefahaman kepada setiap orang agar masyarakat tidak dianiaya," katanya.
Khazali turut meminta kerjasama orang ramai melaporkan kepada JKDM atau Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mengenai salah laku peniaga mengenakan harga yang tidak berpatutan.
Sementara itu, Pengarah Kastam Pahang, Datuk Sarip Ismail berkata Pejabat Kastam Cameron Highlands itu bertujuan memberi kemudahan untuk sektor perhotelan, termasuk sebagai pusat sehenti bagi pelesen-pelesen di situ.
"Pejabat dilengkapi ciri-ciri keselamatan serba canggih itu dapat menampung keperluan perlesenan dan penguatkuasaan (perkastaman) di kawasan itu. Ia turut memberi khidmat nasihat kepada pelanggan sekitar dengan lebih efisien," katanya.
Pejabat itu diuruskan lima kakitangan iaitu seorang pegawai kanan iaitu Penguasa Kastam Gred W41, dua pegawai kanan Gred W22 dan dua pegawai Gred W17.
Bernama
Mon May 18 2015
KHAZALI: Jabatan Kastam kutip hasil RM15 bilion sejak Januari. -Gambar fail
EPL: Pertahan teman wanita, Rice buktikan masih wujud lelaki budiman
Pemain tengah Arsenal Declan Rice memuji teman wanita Lauren Fryer dan mempertahankannya selepas beberapa kumpulan pembenci memalukannya.
Reaksi penstrukturan semula akaun KWSP kepada tiga akaun
Bersama ditalian, Ketua Kluster Mikroekonomi, Pusat Kajian Pembangunan Inklusif dan Lestari (SID), Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Mustazar Mansur.
Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur
Pada 9.23 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.35 mata kepada 1,571.83 daripada 1,571.48 ketika ditutup pada Rabu.
Tahanan reman lima individu termasuk anak MB disambung hingga esok
Kesemua suspek berusia 27 hingga 37 tahun itu ditahan oleh SPRM antara pukul 7 dan 8 pagi Selasa lepas di sekitar Perlis.
[TERKINI] KWSP akan struktur semula akaun KWSP kepada tiga akaun
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan inisiatif penstrukturan semula akaun KWSP berkuat kuasa 11 Mei 2024 bagi tujuan menambah baik keselamatan pendapatan persaraan di samping memenuhi keperluan kitaran hidup ahli.
KWSP struktur semula kepada tiga akaun mulai 11 Mei
Akaun KWSP akan distruktur semula daripada dua kepada tiga, iaitu Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel.
Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Kedua-dua negara juga berhasrat memperkukuhkan kerjasama mengenai perkongsian maklumat dalam pengurusan dan penyelenggaraan lebuh raya, cerun serta pertukaran tenaga kepakaran dan teknikal.
Apple dilapor kurangkan pengeluaran Vision Pro susulan permintaan rendah
Walaupun jualan pada awalnya amat memberangsangkan, momentum tidak berterusan kerana unit awal hanya dibeli oleh peminat paling tegar Apple.
Nahas dua kenderaan punca insiden kecoh semasa pengebumian pegawai TLDM - Polis
Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada jam 7.45 malam selepas pemandu kereta terlanggar sebuah motosikal berhampiran dengan masjid.
KL20: MYStartup platform boosts Malaysia’s startup ecosystem
Kastam rampas Range Rover bernilai hampir RM2 juta tiada AP
JKDM Zon Tengah menyita sebuah kereta mewah jenis Land Rover Range Rover SV Auto yang tidak mempunyai permit import (AP) dianggarkan bernilai hampir RM2 juta.
Kurma dari Israel: Matahari mohon maaf, akui terlepas pandang
Matahari mengakui terlepas pandang berhubung asal usul produk itu semasa proses pelabelan.
DBKL tutup serta-merta pusat hiburan
Premis tersebut dikenakan tindakan di bawah bawah Seksyen 17, Akta Hiburan 1992.
Kastam Johor rampas rokok keretek, putih seludup bernilai RM1 juta
JKDM Johor merampas 2.35 juta batang rokok keretek dan putih dipercayai diseludup bernilai RM1 juta dalam serbuan di sebuah kedai di Shah Alam, Selangor pada 9 Jan lepas.
Kastam Perlis rampas sembilan motosikal berkuasa tinggi
JKDM Perlis merampas sembilan motosikal berkuasa tinggi dianggar bernilai RM1.13 juta termasuk cukai di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Wang Kelian, 16 Jan lepas.
Cubaan bawa masuk 17,000 unit pistol angin RM4.4 juta gagal
Cubaan membawa masuk 17,000 unit pistol angin bernilai RM4.4 juta gagal apabila dikesan JKDM sebelum sebuah kontena dirampas di Pelabuhan Barat.
Kastam rampas daging lembu, babi RM2.6 juta
JKDM merampas daging lembu dan babi seberat 164,800 kilogram (kg) dianggarkan bernilai RM2.6 juta.
PM umum RM50 juta tambah baik perumahan Kastam, janji bonus lebih baik
Perdana Menteri mengumumkan peruntukan RM50 juta bagi menambah baik perumahan anggota Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) untuk tahun 2024.
Kastam bongkar makmal proses ubat batuk tiruan, campur ketum
JKDM membongkar kegiatan pemalsuan ubat batuk berjenama sedia ada di pasaran selepas menyerbu sebuah rumah sewa di Simpang Empat, di sini yang dijadikan makmal pemprosesan.
LHDN, JKDM lepasi sasaran kutipan cukai - PM
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam) berjaya melepasi sasaran kutipan hasil negara.